Jom! kita pi cycling sekali lagi di Taman Botani Negara, Shah Alam yang dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah. A revisit trip. Best!  The weather was perfect, cerah berawan dan tak panas sangat.

Reached the park about 8.20am tapi giless nevess sebab tengok banyakkkknya keta kat parking lot dan dipenuhi dengan lautan manusia berbaju kuning....apakah?
Aramakk! camner nie kalo nanti tak dapat beskal?....T___T
Nak lari tapi malu-malu, maka kami berjalan laju...hahaaaaa
Beli tiket pastu berjalan laju lagi menuju kaunter basikal. Q dah panjang. Kembangg kempiss beratuq dan Alhamdulillah dapat basikal,  tapi basikal mahaii! RM10/hour. Setiap 1 jam berikutnya RM10....Toinkkk!!! Terlebih 15minit akan dikira sebagai 1jam....erkkk!
Basikal taklah baru sangat cuma okay saja lar.  Ini semua sebab ada big group booking....depa dah booking basikal yang RM5/hr punya....haishhhhh.....nie mesti  big group baju kuning tadi.
Tapi tak kesah lah...janji dapat cycling....YeyyyYY!



This time memang  kami dah set nak cycle ke arah Skytrek saja. Sebab laluan Skytrek lebih best dengan keindahan semulajadi dan dusun buah-buahan. Tak mo cycle ke arah taman 4 musim. Sebab laluan tu terlalu crowded dengan pejalan kaki dan trem yang lalu lalang setiap 10 minit.
Sedang berbasikal, kami terlihat kawasan paya yang tak dak orang. Kami kona lipat masuk ke sini. Woww! cantiknya!


Sepanjang berbasikal, takdak sapa pun perasan lokasi paya nie sebab laluan masuk ke sini macam semak dan ditinggalkan.  Tapi bila depa nampak ada orang stop kat situ, ramai plak yang turut stop and join kami :)


Semulajadi dan tenang




Setelah 1 jam berkayuh dan berkilo-kilooo meter telah kami harungi, maka kami decided to have breakfast here.


Santapan nasi lemak pertama untuk bulan ini. Nasi setengah senduk jar taw...heheee


Awesome!


Kerana kesiankan cik semut-semut kat sini, kami sedekah sket nasi kami kat depa :)
Less than 30seconds, dah banyak semut datang!



I don't eat egg yolk.
So sedekah kat cik semut jugak. Nak angkat egg yolk berat, so after a while boleh lihat each and every semut carry a piece of small egg yolk bawak balik rumah. So cute!


It was their lucky day!  Tiba-tiba dapat makanan out of nowhere ^____^ Kendurii!


Dan ini adalah tabiat buruk! Entah manusia  berwajah siamang mana yang suka-suka hati buang botol ayaq kat sini. Takdak sivik langsung!  Padahal tong sampah ada disediakan di merata tempat.

Kalolah cikjah datang sini, jangan lupa lepas makan atau minum tolong buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan okay!  Thank you  ^___^


After breakfast, tenaga pun dah bertambah. Kami sambung cycle lagi for another 1 hour. Sebab tu makan nasi lemak...heheeee 


Setelah berpuas hati dengan aktiviti berbasikal, peluhpun dah berjurai-jurai maka kami pun returned the bike dengan berat hati sebab kalo buleh nak kayuh dan terus kayuh sebab sangat best. 
Di kaunter basikal, ramai lagi yang masih menunggu giliran untuk mendapatkan basikal. Kesiannn depa. Itu lar, lain kali sila datang awal sket. Ada yang setengah tu, pukul 11am baru nak sampai. Matahari pun dah terpacak. 

Untuk hilangkan penat dan sejukkan badan, kami sambung naik trem menuju ke arah taman empat musim sehingga ke penghujung taman ke Empangan Sungai Baru. Kami tak  turun dari trem.  Memang cadang nak enjoy the scenic ride saja. Angin sejuk rimba menghembus pipi sebab pakcik tu bawa laju...heheee


Wheeewww! cikjah teruja? best taw. Apa lagi, hujung minggu nie atau kalo ada masa lapang jemputlah ke sini kita sama-sama beriadah secara sihat dan hebat! :) 

Happy cycling!