.
Nov 25, 2014
My Philodendron Moonlight yang sangat besaq!
Ahli taman sari yang tukang kebun adopt at longgok sampah at my friend's house. Kesian.
Waktu tukang kebun amik tu cik Philo kuyus dan daun ada dalam 5-6 helai saja. Mungkin itu sebabnya kena buang. Dah tak segak. Kesian.
Tukang kebun tak bleh tengok pokok yang santek begitu kena buang. Tukang kebun amik dan bawa balik rumah. Tukang kebun bagi rumah baru, letak baja dan jadi kawan sehingga kini. Dah empat tahun cik Philo jadi penyeri taman sari - thank you!
Cik Philo adalah sejenis tanaman indoor tropika dan tergolong dalam keluarga Araceae atau keladi. Akarnya panjang dan suka keluar menjalar ke dalam pasu lain yang berhampiran. Naughty betul nak amik makanan orang lain. Kalo dipotong, akarnya akan mengeluarkan bau seperti bau daun pelam. Wangi.
Seperti kebanyakan pokok keladi lain, cik Philo sangat mudah dijaga dan tidak cerewet. Setakat ini ia bukan kegemaran mana-mana serangga atau makhluk perosak. Efek cik Philo pada taman sari tukang kebun sangat besar. Kecantikannya, saiznya yang besar dan warna hijaunya yang terang dan segar membuatkan taman tukang kebun kelihatan sangat tropika dan subur.
Thank you cik Philo, smoga cik Philo terus gembira dan berbahagia di taman sari tukang kebun.
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"