Cikjah fenin tak? Fenin bukan sebab nak pilih baju mana nak pakai bagi matching ngan liptik tapi fenin sebab dok pikiaq pagi nie nak masak apa, tengahari satgi nak masak apa, malam nak masak apa? Haaa! Tak payah fenin-fenin aihhh....pi makan kedai lah senang. Hehee
Tapi fenin jugak, Nak pi makan kedai mana? Dah tengok menu hat 5 muka surat pun tak taw nak makan apa? Ishhh...fenin aihhh....hahaaa
Dok tepuk dada tanya selera, tapi tak keluar apa pun, sakit dada kena tepuk. Ahaks!

Kami pun sama jugak macam cikjah. Fenin. Tapi take it easy lah cikjah. Let it comes by nature. Aiceh! Selalunya sebelum sampai rumah, kami dah terbayang-bayang apa ada dalam peti ais, dah bleh  brainstorming satgi nak masak apa. Dah sampai rumah, buka peti ais....Ting! Okay got it!

Kadang-kadang buka peti ais tak dapat idea, kami jenguk kebun dapur secoett belakang rumah tu....hurmmmm


Tengok cik kesum....Haaaaa!!! okay, terinspirasi nak masak asam pedaih! Set! Mesin bawang, cabai, perah ayaq asam jawa...sat saja. Yang penting kena ada daun kesum. Baru terasa asam pedaih dia. Lain kali kalo taw, tanam timun dan kangkung. Senang nak masak asam pedaih Kedah hat lazat tu....hahaaa


Dok tak dok di suatu petang tu sambil dok tunggu nak tengok rancangan favourite Agrotek kat RTM tiba-tiba terinspirasi bila tengok pokok kaduk kat kebun dapur. Segak bergaya cik kaduk sekarang. Maklumlah musim hujan. Walopun dah pukul 5pm, pulun kami dok hiris, sangan dan mesin bahan-bahan nak buat Mieng Kham.


Tara! Siap dah Mieng Kham. Sambil dok buat Mieng Kham dok pulun pi depan nak tengok Agrotek pukul 6pm. Nasib baik episod ulangan. Lega sebab dah tengok dah. Tapi heran taw, awat RTM asik dok ulang episod yang sama walopun selang cuma beberapa minggu. Kadang-kadang cuma beza 3 minggu. Takdak QC ka? Rancangan ilmiah macam tu buat lar banyak episode sket. Please producer - thank you.


Ini adalah hasil pertama kacang komak kami. Sengaja kami tak petik ketika muda untuk buat sayur sebab tiada keperluan untuk kami berbuat demikian. Bila inspirasi datang, kami petik kacang yang sudah sedikit matang. Isi kacang di-perisi dan di rebus dengan garam dan dimakan sebagai snek sambil tengok tibi. Amboi! sedap berlemak-lemak.


Perkenalkan cikjah, ini sawtooh coriender / long coriender / ketumbar jawa. Rasa dan bau sama seperti ketumbar biasa. Tapi kami sebenarnya tak suka makan daun ketumbar. Pada kami baunya busuk...Errkk! sorry yer cikjah, pendapat peribadi. Bau dia boleh potong selera especially dalam tomyam atau kerabu. Kalo makan di luar, memang kami pesan takmo letak daun ketumbar. Sejujurnya, seumur hidup hanya sekali kami guna daun ketumbar dalam masakan kami iaitu ketika buat Thai green curry untuk dapatkan efek warna hijau. Namun, rasanya tak ketara sebab dimesin bersama bumbu yang lain seperti lengkuas, serai, cili hijau dan bawang.

Kami terinspirasi dari sumber bacaan kami dan ketika menonton Marion buat Thai salad kat channel 703. Owh my! Kami memang sukakan sesuatu yang pelik dan jarang dijumpai. Kami menyimpan hasrat untuk mencari benih bagi menanam pokok ketumbar jawa nie walopun tak pernah lihat secara live atau makan. Untuk makluman cikjah, ketumbar jawa atau long coriender nie sangat popular dalam sajian orang Vietnam dan juga Thailand. Orang Malaysia lebih sinonim dengan penggunaan daun ketumbar biasa kerana ia lebih mudah didapati.

Guess what cikjah? Kami ke pasar malam sebab mengidam nak makan putu mayam, alangkah gembira lompat bintang, bila jumpa makcik jual this ketumbar jawa. Yeyyy!!! Alhamdulillah. It was absolutely rare. Rare sangat okay.

Paling teruja, sambil memilih, ada kakyam sebelah kami dok tanya "ini daun apa". Belum sempat makcik penjual nak buka mulut, kami dengan kembangnya abaq kat dia "ini daun ketumbar jawa". Aiceh! Kegembiraan kami jelas kelihatan di mata makcik penjual tu. Dia pun tersengih-sengih kat kami. Lantas kami bersembang cara kegunaan dalam masakan. Makcik tu bagi taw, slalu orang jawa buat bubur nasi, pastu letak hirisan daun ketumbar jawa di penghujungnya. Wangi katanya.

Daun ketumbar jawa ditanam melalui akar. Kami cuba semai dari beberapa pokok belian kami yang ada akar. Tapi akarnya kontot sangat. Pray hard supaya ia tumbuh. Amin

Baunya? Adehh...pekat melekat cikjah. Kami basuh daun nie tapi baunya lekat kat tangan sampai 1 jam lebih kurang. Punyalah power.

Rasanya? Urmmm...sama macam ketumbar biasa, tapi ada sket beza. Kami makan buat ulam saja. Boleh lah makan 3-5 helai. Lebih-lebih kami tak boleh pegi sebab perlukan lebih latihan supaya taste bud kami boleh menerima rasa dan bau daun ketumbar. Namun begitu, kami gembira sebab now I know how it tastes and smells like. Happy!

What inspire you cikjah? Daaaa...