Jom tukang kebun perkenalkan cik kacang. Ahli baru di kebun dapur. Muda lagi, baru berumur 3 bulan.

Kacang apa?
Haaa! Tukang kebun pun kurang arif kacang apakah ini sebenarnya. Tukang kebun amik benih kat rumah kawan. Katanya, benih kacang tu imported mai dari Bangladesh nun. Amboi! Hahaa...Entahlar, janji kacang bulih makan.

Teringat tukang kebun waktu kecik dulu, bonda tukang kebun suka tanam pokok. Setakat pokok kacang, bonda tanam pejam mata saja. Bila dah tumbuh, dibiarkan menjalar kat pokok-pokok besar tepi rumah. Yang penatnya ialah tukang kebun bila dipaksa petik buah kacang. Pastu kena perisi biji kacang. Hahaaa...banyak okey.


Tukang kebun berusaha improvise rumah cik kacang supaya cik kacang dapat tumbuh gumbira. Maklumlah saiz kebun dapur sangat kecil. Tanam dalam pasu plak tu. Pulun tukang kebun ikat besi belit tali bagai untuk buat rumah cik kacang.


Baru dua hari, cik kacang dah belit-belit. Suka ler tu!



Lepas dua minggu, tudia! cik kacang bukan main lagi. Sampai menggapai awan. Eh hello! Jangan atas sangat, nanti susah tukang kebun nak harvest kacang...hehee


Di usia 3 bulan, cik kacang mula mengeluarkan bunga pertama. Yeyy!




Selepas seminggu putik bunga mula mekar. Bunga yang 'menjadi' akan mengeluarkan buah di hujungnya. Alhamdulillah.


Congrats cik kacang! and thank you sebab sudi belanja tukang kebun buah kacang yang comel-comel itu.  Tukang kebun dah buat research nama kacang ini kemungkinan besar ialah Lablab bean atau Kacang Komak. Buah kacang ini boleh dipetik ketika muda untuk dijadikan sayur. Jika dipetik ketika matang, bijinya akan direbus atau dimasak bersama bahan lain.


Tak sabarnya tukang kebun nak masak sayur kacang. Aww!