Mega. Ini projek mega cikjah. Kira mega lar untuk tukang kebun yang ada tanah sedepa kucin nie kan...hehee
Dah lama tukang kebun pendam perasaan nak berkebun macam nie tapi sebab kekangan masa dan bahan mentah, tukang kebun simpan diam-diam dalam lubuk hati. Aiceh!
Bukan apa, kawasan untuk cucuk tanam keliling rumah dah abes. Lantai bersimen pun dah penuh dengan pokok pasuan. Dah banyak sangat pokok. Tapi tukang kebun bangga dengan diri sendiri sebab walopun banyak pokok, Alhamdulillah tukang kebun rajin menjaganya. Taklah semak dan kotor rumahnya. Tukang kebun suka benda yang santek-santek dan bersih sahaja. Errkk! Tak kesah cikjah nak kata tukang kebun bangga diri sebab tukang kebun yang buat bukannya orang lain. Tukang kebun yang tertonggek-tonggek saban minggu dan waktu masa terluang menjaga dan membelai kebun. Tukang kebun yang berpanas mentari, keringat berjurai dan belemoih piang mengalahkan kuda belang waktu gardening...hahaaa
Berkebun nie siok! Berbudi pada tanah kata orang. Kalo ada rezeki, dapatlah tukang kebun makan hasilnya. Kalo pun tak menjadi, tukang kebun tak kisah. Memang frust sket tapi tukang kebun tak rugi apa pun. Berkebun tu is a part of my workout routine. Terus terang tukang kebun katakan bahawa tukang kebun tak bleh tengok rumah besar habes disimen dan takdak pokok walopun sepasu. Rasa sangat rugi.
Lain pula dengan tukang kebun, tanah dah abes, pinjam tanah majlis lar plak....heheee
Dari lalang tumbuh sedepa, baik tukang kebun tanam sayur atau pokok buahan. Ini namanya kebun luar kawasan. Hehee
Projek mega nie tooks the entire saturday and sunday. Dua hari cikjah! First stage tukang kebun re-potting pokok dalam pasu yang dah terlalu besar. Bagi rumah baru supaya ia tumbuh dengan lebih gembira. Tegeliat pinggang waktu mencabut pokok dari pasu lama, maklumlah pokok-pokok pun dah dewasa.
Sambil-sambil tu prune here and there. Selalunya, pokok yang boleh ditanam semula after pruning memang tukang kebun tak buang. Contohnya pokok di atas. Senang sangat nak tumbuh. Cucuk saja.
On second stage, kerja-kerja kebun bertambah hebat. Yeyy! dah dapat benih ubi kayu. Happy! Tukang kebun beli online dari one kebun owner and self collection. Fuhyo! batang ubi kayu pun beli online? Cikjah ingat handbag jer bleh beli online? Ahaks!
Alhamdulillah. Akhirnya tukang kebun berjaya mencapai hasrat nak tanam ubi kayu, ulam raja dan terung pipit/belanda dan keladi bunting. Terima kasih jugak to the kind kebun owner sebab sedekahkan dua biji nangka muda kepada tukang kebun. Owh my! bergulai lar kita! Yey! Yeyy! But before that, kena berkebun sampai habes dulu.
Mula-mula kena buat batas, Nah! cangkul cikjah jangan tak cangkul. Sambil-sambil mencangkul, sempat juga tukang kebun potong jantung pisang. Santek lar tue, ada gulai nangka, ada ulam jantung pisang cecah sambal blanchan. Gulp!
Alhamdulillah. Ini lah yang tukang kebun dok terbayang selama nie. Pesan kami kat cikjah, sekiranya nak bercucuk tanam kat kebun luar kawasan atau tanah bukan milik kita, pastikan tanam elok-elok. Plan betul-betul. Jangan main tanam jar. Buat lar bagi santek-santek agar tak sakit mata memandang.
Selain menjadi tukang kebun, tukang kebun juga kadang-kadang menjadi tukang kayu. Hahaa...multi tasker. Tukang masak, tukang cuci, tukang sapu dah slalu sangat.
Next, tukang kebun nak buat frame untuk tanam pokok-pokok herba atau sayuran renek.
Tanah kat sini tak elok sangat. Banyak batu dan kurang subur. Jadi, tukang kebun kena cangkul, gembur dan tambah tanah beli kat nursery.
Taraa! Boleh lar kan. As of now tukang kebun tanam pokok cabai, selasih dan terung belanda. Testing jar dulu. Sebab kawasan nie sangat terbuka dan banyak serangga serta ulat. Tukang kebun tanam serai dua pokok pun agak slow pertumbuhannya. Kalo this batch survive dengan jayanya, bleh lar tukang kebun pelbagaikan lagi jenis tanaman.
Tukang kebun berdoa agar sumer ahli baru kebun dapat tumbuh sihat dan gembira. Amin!
Cer tengok! Kucin demok itam tukang kebun nie memang suka curi tulang. Dia dok lepak bawah pokok jar sepanjang tukang kebun dok tertongggek-tonggek gardening. Haishh! Bukan nak tolong amik ayaq siram pokok.
Satu lagi ahli baru di taman sari. Water hyacinth atau keladi bunting. Pun tukang kebun beli. Kalo kat kampung memang lar bleh dapat free amik dalam sungai. Kalo kat KL nie, sumer kena beli cikjah. Batu sungai pun kena beli...hehee
Tukang kebun ada baca, pokok keladi bunting nie adalah tumbuhan terendam dalam air dan sukakan tanah yang sedikit kotor macam sisa-sisa parit atau daun reput. Uh! Jangan plak cikjah dok pi korek parit busuk tak bersih tu. Bayangkan parit yang ayaqnya jernih ada ikan karin dok berenang-renang.
Alhamdulillah. Akhirnya selesai projek kebun mega tukang kebun. Tak lar mega sangat kan, tapi at least mega di hati tukang kebun.
Owh ya, still remember buah nangka muda yang tukang kebun dapat free tu? Selesai berkebun, tukang kebun pun tumis lar gulai. Buah nangkanya elok sangat. Tapi getahnya...Eeuww! bercawan-cawan. Nasib baik tukang kebun pakai sarung tangan. Lumur minyak kat sarung tangan dan pisau agar getahnya tak melekat terlekat sangat. Selalu beli kat kedai orang dah siap potongkan...hihii
Tukang kebun buat satu periuk besar jugak. Maklumlah dua biji. Kalo tukang kebun nak makan memang tak terhabis. Alang-alang dah menumis, tukang kebun masak lebih untuk antar kepada geng bas skolah. Boleh jugak depa buat lauk tengah hari. Tukang kebun bekalkan gulai nangka muda dan sambal belanchan. MashaAllah! sedapnya gulai nangka nie. Harapnya depa makan dengan gembira sebab ada geng bas skolah sampai termimpi jumpa tukang kebun dalam mimpinya. Katanya tukang kebun datang bawa makanan. Hahaaa...
Ada rezeki lebih nie, tukang kebun kongsi. Sekurang-kurangnya dapat melepas rindu masakan orang Kedah...WeeeEeeEeeee