Sekali lagi kami ke Terengganu untuk tahun ini. I love Terengganu. Negeri dan pulau-pulau di Terengganu sangat cantik. Kali ini kami ke Terengganu dengan satu tujuan iaitu nak makan! Yes, nak makan. Kami pi pun sat saja. Just on weekend. Tak drive, naik flight instead. Dah banyak kali kami ke Terengganu namun tidak pernah meluangkan masa di sekitar Kuala Terengganu. Ada lar dua tiga kali checked-in kat KT untuk transit ke pulau Perhentian, Redang dan Lang Tengah. Kali ini kami tekad untuk MAKAN!


No check in luggage. Baju pun packed cukup-cukup saja. On last minutes kami purchased 15kg check in luggage, mana lar taw nak beli kepok lekor bawa balik kann...Selagi tak purchase, AA asik hantar reminders suruh beli luggage kalo takmo kena bayar lebih. Marketing sangat.


Sebaik tiba di KT airport, kami amik airport taxi ke resort yang telah ditempah lebih awal. Bayaran teksi ke resort kami cuma RM20. Masa perjalanan hanya 8 minit.

Pada mulanya, kami tak dak idea langsung nak menginap di mana. Puas juga survey sini sana. Akhirnya hati kami berat memihak kepada resort Anjung Pantai yang terletak di Seberang Takir. Resortnya biasa-biasa saja. Dua bintang kami bagi. Lagipun, kami decided not to spend much on accomodation sebab kami nak makan dan rempit naik moto. I won't be at hotel room most of the time. Tiada sebab mengapa kami memilih resort ini. Mungkin dah penin kot, malas nak pikir panjang lagi maka a decicion was made. A week after that baru kami found out that the resort is so near to the airport, near to tempat makan best dan paling awesome near dengan brader sewa moto. Alhamdulillah. Allah telah permudahkan urusan kami.

Citer pasai sewa moto nie memang tragis. Kat KT mana ada orang sewa motor deiii. Ingat Ubud ka? Ahaks! Cari punya cari hingga lubang cacing jumpa lah satu pak haji yang recommended a brader. That brader plak recommended his friend. Kawannya pula bukan bisnes sewa motor, tapi ada motor lebih. Jadi dia sudi nak tolong kami. Alhamdulillah. Cumanya....motor itu ialah Honda 7 kupang! hahaaaa......
Tak penah kami naik Honda 7 kupang. Aww! Kami sewa RM40/sehari. Isi minyak RM10 round KT. Ambik moto minyak empty, kami pulangkan motor minyak full! Takpalah, sedekah.


Cantik kan? Ini adalah pantai yang menganjur dari Seberang Takir hingga ke Pantai Teluk Ketapang. Waktu-waktu begini nak masuk musim tengkujuh memang takdak orang mandi laut. Ombaknya sangat kuat.

Seberang Takir adalah perkampungan nelayan. Sepanjang pantai terdapat beach hut seperti ini. Kami pasti ianya dibina oleh para nelayan. Fungsinya? Kami tak pasti.

Talking about resort nie kan, kami nak kongsi sket lah pengalaman sengal kami di resort yang tersebut tu. Uh!

Waktu kami tepon untuk buat reservation, pulun kakyam reservation tu dok tanya kami nie Cik kar Puan? Banyak kali plak tu. What the heck? Apa masalahnya? Kalo nak kata you sangat berbudi bahasa tak perlu tanya orang tu cik kar puan. You can straight away address her cik. Lain lah kalo orang pompuan meroyan bila orang panggil cik, dia terasa sebab dia dah kawen dan sepatutnya dipanggil puan. Erkkk! Nonsense!

Straight away kami replied just call me by name. I don't care what the title can bring you to. Kalo dia seorang yang berbudi bahasa dia akan panggil kami cik [nama] tanpa mengira kawen atau bujang. As simple as that.

Paling lawak guling-guling bila kami plak tanya siapa nama dia. Maklumlah, satgi sampai resort mana lar taw reservation kami tak masuk sistem boleh kami point to the responsible person. Dia jawab "Puan x"

Owh mai goatt!!!! shumpah kami nak muntah. Kalo tanya kucin pun, kucin tak jawab "saya puan kucin" Iskkk! K-mon lar.
Kalo cikjah nak taw, adab yang betul untuk memperkenalkan diri sendiri ialah dengan menyebut nama. Bukan title or even salutation. This included Datin, Dato dan seumpamanya.

Jika orang yang bertanya atau orang sekeliling mempunyai adab dan budi bahasa, mereka akan hormat dengan memanggil kita dengan penambahan cik, puan, akak, makcik dan sebagainya pada nama kita. Remember that cikjah. It sounds seriously so arrogant bila you introduce yourself as cik, puan dan sebagainya. Lainlah kalo orang sekeliling sukar nak bedakan samada yourself tu lelaki kar pompuan, sebab tu kena introduce as puan. Sengal sangat okay.

On the check in day, kena isi borang dan bayar balance. Again depa tanya kami cik kar puan sebab nak tulis dalam resit. Owh my! Pengsan.......

I made a booking 3 weeks in advance for bilik A, bila kami checked in dia bagi kami bilik B. Dia kata bilik A ada orang duduk tak check out lagi. Aiks? hari tu call nak reserve takdak masalah apa pun. Bilik ada jar. Bad resort! Suka-suka hati nak ubah reservation orang. Kami tak suka orang yang tak well organized. See, cara kak yam tu introduced herself dah membayangkan betapa dia seorang yang ................... [sila isi tempat kosong].

Satu lagi hal, I was requested to remit a sum of booking fee into their account and need to sms to the number given to secure the booking. Lagi sehari nak check in, kakyam tu tepon tanya kami dah bank in ka blum? Owh my! kakyam owh kakyam. Kami nie orangnya well organized okay. On the same day the reservation is done kami dah transferred the deposit and smsed her. Rasanya dah 3 minggu kot payment remitted. Very poor administration. Uh!

Sebab tu kalo cikjah dapat sms or e-mail WAJIB reply. Just said information or documents or what so ever received with thanks. Or kalo dah sengal sangat reply noted pun dah cukup. Kami pantang betul kalo dalam urusan kerja ada orang-orang yang pemalas nak reply e-mail atau sms. Itu etika kerja bukan suka-suka mau buat atau dak. Selain etika, dah tergambar budi bahasa dan persona si-pekerja itu. Ha! kan dah berletiaq.

Orang Malaysia memang berat mulut untuk melafazkan ucapan terima kasih. Tak taw pesepa. Kalo pun dah terjadi budaya kita, mengapa nak teruskan budaya yang buruk macam tu? From now own, kami nak ajak cikjah selalulah ucapkan terima kasih. Ajar anak-anak cikjah dan sesiapa saja untuk selalu ucap terima kasih....and please jadikan budaya untuk reply e-mail dan sms yang diterima. Budaya bawa mulut dah boleh buang dalam longkang. Okbai!

Di akhir urusan check in kami bagitaw kami nak late check out at 2.30pm sebab flight kami pukul 4pm and the girl left to attend me said okay.

On the check out day, kami informed reception suruh call teksi [airport taxi actually] to pick me up to the airport at 2.30pm. Punyalah sengal budak reception tu bila dia tanya kami siapa nak call - him or myself. Ya Allah! tak dak hospitality langsung. Ingatkan breakfast jar takdak.

Tak lama kemudian, while I was outside, budak reception called untuk bagitaw that kami kena bayar RM10 sebab late check out. What??? RM10 pun nak berkira? Yang kami marah ialah bila kami request late check out, the girl said nothing. To cover, budak reception tu cakap itu staff baru, dia tak taw. Eh! hello...is that my problem? Stakat RM10 kami bleh bayar, tapi cara resort tu memang tak kena langsung. Lagipun, it was not on school holiday or peak season. It was on working day. Takdak orang pun check in kat resort tu.

Booked bilik lain, bagi bilik lain. Bilik yang kami dapat tu kotor! Lemari baju bau busuk macam dah 10 tahun tak penah buka dan pakai. Habuk dan pupu cicak bersepah kat atas meja cerek air, kopi dan teh. Nasib baik just 1 night. Memang kami tidur dan mandi jar lar. Bila tanya wifi, dia cakap wifi susah nak connect. Kalo nak kena kluar bilik pegi ke halaman. But on my iphone terang-terang ada wifi untuk bilik lain. Very strong signal. Bila kami minta password for that wifi, dia takmo bagi - katanya wifi tu susah nak connect. Memang such a bad resort. Won't recommend anyone to stay there.

After the telephone call, straight away kami terus rempit bawa moto balik resort and do the check out immediately. Returned the key and left my luggage at the reception after I confirmed with him that I don't have to pay extra if I leave my luggage there. Nah amik ko! aku bukan dok kat bilik pun walopun late check out. Eh hello! almost all the time kami stayed at Shangri-la hotel dapat late check out sampai pukul 6pm taw! Other resorts and hotels even private villas pun not fussy like this one. Apa yang kecoh sangat kalo lebih 2 jam kat resort 2 star ja pun?

Pok Long ICT at Pantai Ketapang, Seberang Takir

Dengan moto, akhirnya kami sampai ke tempat makan paling best! Kami nak makan ikan celup tepung (ICT). Yeyy!! yeyyy!! Naik moto dari resort cuma 8 minit. Bayangkan, kami tanya resort sengal tu selalunya ICT kat Pantai Ketapang buka dan tutup pukul brapa pun depa tak taw. Erkk! Pengsan! Memang tak informative.

Jalan utama di hadapan kedai Pok Long ICT, Pantai Ketapang

Untuk makluman cikjah, Pantai Ketapang memang sangat popular dengan sajian ICT. Terdapat banyak kedai seperti di atas di sepanjang pantai. Hidangan utama ialah ICT. Rata-rata kedai dibuka sekitar jam 3 petang hingga 7 malam.

Kedai Pok Long ICT adalah antara yang paling popular. Waktu perniagaan ialah 2.30pm - 7pm atau sehingga habis jualan. Sebabnya, jualan ICT kat sini sold out very fast!
Percaya atau tidak, kami adalah pelanggan nombot satu pada hari itu. Wahhh!!
Makcik-makcik kedai bukan main sibuk menggoreng pelbagai hasil laut. Owh sedapnya! Terus terang kami katakan memang rambang mata. Sumer nak!


Ikan, udang, sotong, ketam dicelup dengan adunan tepung dan digoreng hingga keemasan. Bila digeget, terasa kesegaran hasil laut dan krupp..kruppp bunyinya. Heaven!


Sebaik jam 3pm, orang datang bertali arus tanpa henti. Ramai juga yang beli bungkus.


Nahh!!! kami amik sumer sekali.


Super big crab. RM18 each.




Terdapat dua jenis ikan; ikan kembung dan sardin. Dua-dua manis!

Pelbagai aneka CT yang super fresh ini dinikmati dengan hidangan sampingan seperti bihun goreng atau mee goreng. Satu kole kecil mihun/mee ialah RM2. Kalo kat KL sah-sah dengan nasi lemak.

Bihun kat sini sedap. Macam bihun kantin sekolah rendah!


Oleh kerana pelanggan yang datang tak putus dan ramai, kami tulis bil sendiri untuk jimatkan masa. Satgi kat kaunter nak kena cakap satu-satu, leceh plak kan. Makcik tu pun sibuk, Sambil menggoreng, sambil menghidang dan sambil jadi cashier. Owh! everywhere I go memang always carry a pen and a notebook. Memang pelanggan yang prihatin...hehee. Total price is RM70. Hebat kan? Sedap, fresh dan murah!

Kami juga singgah makan di kedai Air buah gelas besar di hadapan pejabat KEMAS. Memang besar gelasnya. Ada pelbagai campuran buah. Pelik-pelik juga. Tapi kami cuba yang biasa saja. Jus tembikai...hahaa
Juga tersedia makanan lain di sini tapi rasanya biasa-biasa saja. Okay lar kalo nak duduk makan-makan.


Kemudian, kami ke Jeti Seberang Takir. Dari situ kami naik bot tambang dengan harga RM1/sehala untuk ke bandar KT. Masa perjalanan sekitar 8-10 minit. Tiada jadual bot. Asalkan ramai penumpang [lebih dari 4 orang] bot dah boleh jalan. Kami parking motor kat bawah pokok nie.

Terdapat dua jalan untuk ke bandar KT dari Seberang Takir. Jalan laut atau jalan darat melalui Jambatan Sultan Mahmud. Kami mencuba kedua-dua cara. Best sangat!


Jalan laut adalah satu pengangkutan yang popular bagi kalangan kaum wanita yang bekerja di sekitar bandar KT. Mudah, cepat dan tak perlu bersesak di atas jalan raya. Kalo kami kerja kat KT dan tinggal di Seberang Takir, kami pun nak naik bot tambang pegi kerja. Pakai high heel 4 inci kedek-kedek melangkah masuk bot. Ahaks! Kami pasti rasanya sama seperti orang KL pegi kerja naik LRT.


Bot-bot nelayan


Bot tambang dengan kapasiti penumpang 12 orang sahaja. Tapi waktu kami naik dari KT ke Seberang Takir, pakcik bot tunggu sampai bot dia penuh baru jalan. Maklumlah peak hours. Ramai kakyam baru balik kerja. Ada 18 orang dalam bot and a bike! Alhamdulillah, selamat.


Dari Jeti Seberang Takir kelihatan bandar KT di seberang sana.


Boat interior.


Temporary jetty di bandar KT. Jeti sedia ada ditutup sementara ketika ini [October 2014] kerana terdapat massive earth works di kawasan tepi pantai.


Pienkcat yang keriangan dan penuh keterujaan menaikki bot tambang. Rasanya enak sekali bila pegi bercuti di tempat orang dan dapat berkongsi pengalaman masyarakat setempat. It was fun!


Bazar warisan yang menjadi kemegahan bandar KT. Di sini terdpat banyak kedai dan butik sutera Terengganu. Santek-santek! Kelabu mata kami...uh!


Bandar KT sekarang sudah cantik dan diberi nafas baru. Penuh seni ukiran tradisional dan terdapat beberapa tempat menarik di sekitar Pasar Payang. Antaranya ialah World Heritage Lane Chinatown. Cikjah hanya perlu berjalan kaki saja dari Pasar Payang untuk ke sini. It just like a Jonker Walk street in Malacca and Heritage Lane in Penang.

Macam Korea tak?

Di sepanjang jalan Chinatown ini terdapat lorong-lorong yang didedikasi dan dihias sebegitu rupa untuk memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung seolah-olah berada di negara luar.

Tapi awas! cikjah kena berebut amik gambar dengan pengantin kat sini...hahaaa
Kerana keunikkannya, lorong-lorong di sini adalah antara lokasi favourite di kalangan wedding photographer dan juga pengantin.

Selain tu, kami mohon kepada cikjah, jika cikjah ke sini, jaga adab-adab mengambil gambar okay - thanks! Sentiasalah alert dengan orang sekeliling. Kalo dah abes posing, cepat-cepat bagi laluan kepada orang lain plak nak amik gambar. Jangan lar prasan like the lorong tu tok cikjah yang punya. Ahaks!

Kalo hujan, bleh amik payung free kat sini.
Eh! berteduh di sini...hahaa


Anyone ada hilang kasut? Too late, dah jadi pasu bunga. Sila beli baru

Ini adalah kedai yang masih beroperasi. Cantik sangat!

Beetle sapa nie? Klasik
Cute!

Inilah i-City / Pulau Warisan di KT. Di kala malam, pokok-pokok berlampu akan bergemerlapan menghiasi kawasan ini.

Lagi kedai santek di Chinatown

Chinatown Road

Dah lewat petang, kami pun pulang ke Seberang Takir. Risau juga sebab takut kalau-kalau kami terlepas bot tambang terakhir. Rupanya, bila kami tanya, biasanya bot tambang beroperasi hingga 9-10 malam. Wahh! Tapi kami takut nak naik bot di waktu malam. Gelap!

Perjalanan dari bandar KT ke Seberang Takir
Cara membayar tambang di sini unik sekali. Sebaik turun dari bot, akan ada seorang pakcik menunggu di laluan pejalan kaki, Bila lalu, hulurkan RM1 kepada pakcik tu. Bukan bayar atas bot macam naik bas tau.


Hari berikutnya misi kami ialah mencari nasi dagang terhebat di KT. Awal pagi lagi kami dah keluar untuk bersarapan nasi dagang. Kami ke bandar KT melalui jalan darat iaitu Jambatan Sultan Mahmud.


Kami nak mencuba nasi dagang makngah di Chendering. Katanya sedap dan femess sangat dikalangan orang tempatan. Pusing-pusing jugak lar kami nak cari jalan ke Chendering. Hampir give up sebab tanya dua orang tempatan tapi bagi direction salah! Akhirnya kami sampai jua. Alhamdulillah. Nasi dagang makngah terletak di tepi jalan utama berhampiran masjid Raja Chendering yang sangat cantik ini.


Inilah nasi dagang pujaan itu. Memang penuh dengan orang. Nak cari tempat duduk agak sukar. Nasi dagang asli Terengganu adalah menggunakan beras berwarna putih. Di Kelantan dan setengah tempat beras nasi dagang berwarna perang.

Hanya dua lauk disajikan untuk nasi dagang. Gulai ikan atau telur. Kami amik dua-dua! Nasinya dihidang di atas daun pisang. Senang tak payah basuh pinggan.
Pada kami, rasanya biasa saja. Tak setandinglah dengan apa yang dicanangkan. Mungkin juga kami bukan orang Terengganu. Selera berbeza. Nasi dagang Pak Malau kat Langkawi tu lagi sedap!!! [Bleh refer entry food trail Pulau Lagenda] Namun kami gembira sebab berpeluang berkongsi citarasa tempatan.


Pulang dari sarapan, kami singgah di kedai kerepok lekor Bukit Tok Beng [BTB]. Femes jugak nie. Siap kena amik nombor macam bank kalo terlalu ramai orang. Kalo dulu kepok lekor Losong kat nombor satu carta, sekarang BTB dah rampas takhta. Kepok lekor BTB terletak di Seberang Takir.

Nasib baik di saat akhir sebelum fly to KT, kami beli extra luggage 15kg. All that 15kg dedicated khas untuk kepok lekor saja. Tudia! Alang-alang di KT kami bawa pulang buat buah tangan untuk sedara dan kawan-kawan.



While waiting for the shop assistant packing up my kepok lekor, kami makan kepok lekor cheese dulu. RM6. Amboi! Abes sumer benda depa cheese-kan. Kepor lekor cheese, pisang goreng cheese, naan cheese and etc. Tak taw ka cheese tu kalori? 1 inci cube cheese approximately contains 70 calories. Untuk menghilangkan 70 kalori ini adalah bersamaan dengan 8 minit jogging. Haa? dah brapa banyak makan cheese? Ada pegi jogging? swimming? cycling? atau yang paling senang walking? Ada? hahaa

Rasanya sedap. Kami suka bukan kerana cheese, tapi kerana tekstur kepok lekor itu. Kenyal dan memang rasa isi ikannya.

Di sini, terdapat dua jenis kepok lekor. Ada rebus dan goreng. Maksudnya direbus dan digoreng separuh masak sebelum dipaket untuk jualan. Kami confuse. Tak taw nak amik yang mana. Goreng atau rebus? Harga sama. Kami pun tanya kat mek sipenjual. Tapi jawapan mek tu memang tak bleh blah. Mengapakah ada orang perlu bersikap brain dead sebegitu rupa?

Me: Kak, kepok mana yang sedap? Yang goreng kar yang rebus?
Mek: Ikut kita nak makan yang mana

Ek elehhh!, tanya itik pun okay kalo lagu tu. hahaaa...kesian mung! kesian sungguh!

At least abaq lar fakta sket. Hat rebus bila dah goreng rasanya gini. Hat goreng plak rasanya gini. Paling vongok pun cakap lar dua-dua sedap. Guana mu nih? Kata jual kepok lekor. Orang tanyo tak geti nak qoyak. Tok seii lar lagu nie...uh!

Lepas tu bila kami tanya boleh bungkuskan untuk masuk flight, mek cakap sini tak dak. Bungkus plastik biasa saja. Okay fine.

Bila nak bayar, kami tanya cashier which is the counter exactly next to mek penjual. She said boleh bungkus. Depa memang ada sediakan khidmat bungkus untuk masuk flight. Ya rabbi! Tadi kami cakap dengan itik kot. Confirm itik nila....hahaa


Sudahnya, kami beli kepok lekor rebus with vacum pack for easy storage. RM10/pack ada 10 batang.


Kepok lekor BTB memang ada menyediakan khidmat bungkusan kepok lekor di dalam kotak polistrine. Untuk saiz begini muat 15kg harganya ialah RM9. Paling kami bangga bila kami tengah carrying the box, suddenly I was approached by a man and he asked me how to get the packing like mine. Kami dengan bangganya membantu beliau dengan segala maklumat yang kami ada. That man pun nak balik KL naik flight same day with me.


Untuk makluman cikjah, adalah dinasihatkan untuk wrap the polistrine sebelum masuk kargo or else memang pecah. Wrapping service available at the airport with RM10/luggage/box.

Rupanya, bila balik KL, I was told yang goreng lebih sedap berbanding yang rebus. Rasa dan kekenyalannya sedikit berbeza.


Takpalah, nak buat macam mana, janji kepok lekor Terengganu. Namun, kami nak share satu tips dengan cikjah. Tengah-tengah malam kami dok terpikiaq. Bila nak goreng kami pun try test the teknik. It tastes better dan jimat masa. Kalo simpan kepok lekor di dalam freezer mungkin akan ambil masa yang lama untuk thawing sebelum boleh digoreng. Kami memang simpan kepok lekor dalam freezer for longer life span. Lagipun stok kami banyak dan tak pasti bila nak goreng. Jadi, kalo simpan di dalam chiller atau fridge, kepok lekor akan cepat rosak.

Caranya ialah rebus kepok lekor beku itu di dalam air mendidih sekitar 3-5 minit untuk melembutkannya. Kemudian, gorenglah seperti biasa. Rasanya lebih enak dan kenyal.

Alhamdulillah, short weekend getaway untuk makan-makan di KT tercapai. InshaAllah kami kembali lagi nanti untuk MAKAN lagi!