MashaAllah! SubhanAllah!
Santeknya negeri Kedah. Negeri lain pun santek jugak, cuma negeri Kedah lebih sket. Ahaks!

Walopun dah terlewat nak bicara pasai Raya Haji sebab dah masuk Maal Hijrah namun kami nak juga citer pasai kepulangan kami menyambut raya haji di kampung tiga minggu yang lalu...kalo tak citer, tak dapat lar kami tayang gambaq kampung halaman negeri Kedah yang meletop-letop nie...hehee

Gambar meletop snapped with iphone di atas tu ialah rumah sedara kami ketika pergi menziarah raya haji.


Sebab cuti tak lama, kami balik naik flight saja on Raya Haji's eve. Ramainya orang kat airport sampai tak cukup tempat duduk. Hampir sumer evening flights delayed sebab cuaca buruk. Hujan lebat dan sedikit ribut. Sungguh kami tak sangka masih ramai yang rendah moral dan takdak sivik. Tempat duduk di dalam boarding hall memang dikhaskan untuk manusia duduk tapi depa buat tempat letak beg! Kalo orang tak ramai okay lah letak beg atas kerusi, tapi ini tidak, orang punya lah ramai  berdiri dan dok pusing-pusing hall cari seat, Sket pun kakyam, kaknah and kakpiah tak terasa nak ubah beg supaya orang lain boleh duduk walopun orang dah lalu depan batang idung dia yang kembang tu. Uh! Memang kesian. Muka lawa, pakai lawa tapi moral rendah.

Berbeda plak dengan situasi kami, Kami siap panggil amoi tu duduk sebelah kami sebaik saja kami ubah beg kami. Smoga cikjah tak macam kakyam yang rendah moral tu. Apa salahnya berkongsi. Bukan berkongsi suami pun...erkkk!

Oleh kerana kami balik on raya's eve, kami dah minta tolon kekanda belikan daging, tulang dan barang-barang nak masak untuk hidangan pagi raya. Biasanya hidangan untuk raya haji tak semeriah raya puasa. Ketupat dan makanan utama saja. Kuih raya kalo ada adalah suatu bonus. Kami dah planned nak masak bihun sup for the pagi raya. So, sambal cili kami buat siap-siap kat KL dan bawa balik kampung. Sebab kami sampai Kedah dah malam, kami juga dah minta tolon kekanda rebus tulang dalam slow cooker. Esok pagi raya kami tumis kuah sup saja. Owh, demikian lah perancangan kami. Alhamdulillah sumernya berjalan lancar. Kami buat 3 bungkus bihun.

Daun sup kat rumah kami bungkus elok-elok bawa balik Kedah.
Haaa...takmo membazir okay. Dah ada tak perlulah beli baru lagi.


Sebaik memasuki ruang udara Alor Setaq, tudia! bendang terbentang luas penuh dengan air. Kuantiti air dalam bendang sampai dah melimpah ruah. Kalo hujan masih berterusan sehari dua lagi, gerenti banjir.








Kesian para petani, kerja-kerja bendang tak dapat diteruskan kerana kuantiti air dalam bendang terlalu banyak. Kena tunggu surut sket kot.


Kagumilah gambaq kami ini cikjah. Juga kawasan bendang sekitar rumah sedara kami. Memang santek!


Bendang kekanda di belakang rumahnya pun penuh dengan air.


Taraa! Kucing baru at my mom's house. Muka nebess giles sebab this kitten consider pretty wild. Tak penah mix dengan human since baby. The mother is a stray cat that decided to make my mom's house as her permanent resident. Tak bela sangat lar cuma sentiasa bagi makan. Masuk rumah pun jarang-jarang. Tapi kami terer sebab dapat tangkap dia. Gotcha!

I named her Congett sebab bila nampak manusia terconget-conget dia melarikan diri....hahaaa


Paling best kalo menyambut raya haji di Kedah nie ialah kenduri korban! Yes!! best giless.
Tahun nie kebetulan both my mom and kekanda buat korban. So, banyaklah kami makan kenduri lauk daging korban yang lazat dan hebat! Suka!!!

Selalunya kalo kenduri korban menunya sangat ringkas seperti nasi daging cecah ayaq asam atau nasi putih dan gulai daging campur kacang panjang. Fuh! Tak payah lauk lain dah. Makan nasi berpinggan-pinggan.

Tapi kenduri korban kekanda paling terbaik. Ada macam-macam lauk. Ada nasi putih lauk gulai daging ceroi-ceroi, gulai itik, daging masak kicap, ikan bakar cecah ayaq asam, nasi kerabu dan sayur keladi! Lepas tu ada pencuci mulut bubur pulut hitam yang meletop! Tudia! Kebetulan plak it was my lunch just before flying back to KL. Lepas makan terus ke airport. Kekanda bungkuskan lauk plak tu. Owh my kekanda! I love you!! Sampai KL, lauk gulai pun panas lagi. Sekali lagi makan sedap time dinner. Yeahh!


Cer cikjah tengok, sekotak tu penuh dengan daging korban untuk bekalan pulang ke ibu kota. Dasat.


Tips kami untuk bawa pulang daging korban ialah pastikan daging disejuk-beku dan simpan kemas di dalam bekas plastik untuk mengelakkan sebarang kebocoran atau lelehan air. Sampai KL, daging still keras macam batu.

Kami tak suka campur aduk barang makanan di dalam beg pakaian. Lebih mudah dan selesa kami masukkan sumernya ke dalam satu kotak. Tenteram jiwa dan tak perlu fikir apa-apa. To travel in style, pastikan kotak tu kotak yang elok dan dibungkus serta sealed dengan santek. Janganlah tangkap muat saja okay. Ahaks!


Taraa! ada macam-macam. Bahulu ikan wajib sebab favourite cecah dengan ayaq tea..hehee


Sebekas penuh kekanda titipkan cabai melaka. Kecik potet jar saiz dia. Tapi pedas berdengungg!


Separuh kami dah buat cabai jeruk. Nyum!


Ini kami pelik. Sangat-sangat pelik. Rasanya naik flight bukan naik bas. Ahaks!
Entah macam mana boleh lepas ground security and cabin crews check. Bukan saiz cabin baggage pun. There are so much bigger! Twice bigger! Beruntung pasangan suami isteri nie sebab depart from Alor Setaq airport. Kalo kat KLIA2 or worst LCCT tobat kena tinggal baggage nie kat airport. Kalo nak bawa jugak sila bayar ratusan ringgit if taking AA.

Lepas tu macam comell jar kan parking beg kat dalam flight macam tu....hahaa
Pada hemat kami, rasanya depa nie sampai airport sangat sangat lambat. Kaunter check in dah tutup. Fortunately depa dah buat web check in, so depa bleh boarding as usual. Cuma masalah luggage saja. Namun begitu? takkan takdak satu mekanisma untuk menanggani masalah macam nie? Banyak masalah yang timbul lebih-lebih lagi melibatkan aircraft safety.

Stewardess dah jeling-jeling. Nasib baik abang kargo ada lagi, so naik lah abang kargo dalam aircraft amik beg depa, tagging and bring it to the back of the aircraft. Humakkhaii!

Servis tip top betul Fireflyz nie. Passenggers tu tak dak kena apa-apa pun, in fact dilayan dengan baik plak tu. Untung depa. Orang Kedah memang baik-baik belaka. Ahemm!


Sebaik memasuki ruang udara KL, Uwek! Meluat! Menyampah!
Jerubu rentas sempadan tak habis-habis walopun hujan hampir setiap hari. ..alahaiii negara jiran. Gajah terbang pun memang tak nampak. I saw nothing!
Immediately terus rindu langit biru negeri kedah..............................