Antara menu makan malam kami yang senang dan cepat disediakan. Jimat masa dan tak perlu berperang sangat kat dapur...hahaa


Bahan:

Udang saiz sederhana 
Salad pilihan
Timun
Tomato cherry
Lada Benggala hijau

Bahan [salad dressing]

Jus orange [dari 1/2 biji]
3tbsp olive oil
Garam
Gula [sedikit]
Lada hitam

Cara:
  1. Kupas kulit udang, devein dan cuci bersih. Celur di dalam air mendidih 3-5 minit. Tos.
  2. Satukan jus orange, olive oil, garam, lada hitam dan sedikit gula. Kacau sebati.
  3. Gaulkan dressing bersama salad dan rehatkan 10 minit sebelum dinikmati. Yummy!




Oleh kerana udang yang kami guna agak besar dan fresh walopun sudah dua minggu di dalam freezer, maka kami ambil kepala dan kulit udang untuk dijadikan stok. Boleh guna untuk masakan yang lain. . Hampas kisaran kepala dan kulit udang kemudian boleh dijadikan baja pada pokok. Dapat berjimat dan tiada pembaziran.

Tips untuk menyimpan udang supaya tahan lama dan segar ialah cuci udang dengan tepung dan simpan di dalam bekas. Perahkan limau nipis dan simpan di dalam freezer. InshaAllah ok!

Cara membuat stok udang:
  1. Didihkan air dan rebus kepala dan kulit udang selama 15-20 minit.
  2. Biarkan sejuk dan kisar hingga halus.
  3. Tapis dan masukkan di dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk.

Stok udang yang pinky 

Haa! best kan cikjah? Dapat masak dan makan makanan sihat serta dapat berjimat plak tu. Wheww!!