Update cik pumpkin. tak taw lar sempat berbuah ke dak, Halloween dah dekat nie...hahaa


Ini lar rutin kucin itam demok kalo berada di backyard garden. Golek-golek dan lepak-lepak tengok pokok tukang kebun dan burung di langit.


Pokok labu tukang kebun pun bukan main meriah sekarang nie. Menjalar sini sana. Kalo kucin itam demok tidur di situ semalaman, tukang kebun pasti ia pun kena belit dengan cik labu.


Sengaja tukang kebun treat kucing itam demok roaming freely di kebun dapur while tukang kebun sibuk memasak. Tapi every 10 seconds tukang kebun mesti jeling ke luar. Takut jugak tetiba kucing itam demok meroyan cuba melarikan diri...hehee


Eh, hello! jangan makan ulam daun cekur tukang kebun tu. 


Tudia! bukan main lagi tidoq ternganga. Tukang kebun tumis gulai pun tak bangun. Gulai tukang kebun sedap kot...awat tak bangun?




Cer tengok tu, one happy cat tengah ronda-ronda di taman sari. Aiceh!


Selepas seminggu cik labu mengeluarkan putik bunga, kini ia sedang berkembang mekar. Sempat tukang kebun tengok the first bloom. Happy! Awal-awal pagi lagi cik semut dah berderet beratuq dari luar dapur rumah terus menuju ke dalam bunga labu. Amboi! Cepat betul gossip tersebar. Harap bunga cik labu nie dapat bertahan dari serangan cik semut.




Tahniah cik labu! Banyak betul kuntuman bunga. Jangan lupa hadiahkan tukang kebun sebiji dua buah labu okay.


Bunga cik labu lazimnya mekar pada awal pagi. By 10am to 11am dah kuncup. Bunga labu hanya mekar sekali sahaja. Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Cara mudah untuk kenal pasti bunga betina ialah bunga betina ada macam bulb atau bola kecil pada bawah bunga di mana that bulb will grow menjadi buah labu kemudian. Manakala bunga jantan pula hanya kuntuman bunga semata.


Dari pengamatan tukang kebun, sumer kuntuman bunga yang terhasil adalah bunga jantan. Bunga jantan tak akan menghasilkan buah. Ia akan gugur bila sudah kuncup. Namun, adalah normal bagi pokok labu untuk mengeluarkan banyak bunga jantan sebelum mengeluarkan bunga betina pertama. Nampak gayanya, all those flowers tukang kebun amik buat celup tepung saja...Nyum!