Dalam sebulan, brapa kali cikjah ulang-alik pegi pasar beli barang dapur? Ada setengah orang sebulan sekali, dua minggu sekali, seminggu sekali dan ada yang hari-hari.
Ada juga yang tak pi langsung sebab tak masak. Ahaks!

Dulu dalam keluarga kami ketika waktu membesar, groceries stock was handled by my dad. Unlike zaman sekarang, rata-rata ianya adalah tugasan para isteri. Segala bawang, beras, tepung, garam, gula, kicap, telur, dan sebagainya akan dibeli dan dipastikan cukup oleh ayah kami. My mother will do the cooking dan beli ikan dan sayur setiap pagi. Yes, hampir setiap pagi. Di kampung dulu memang senang, ada pakcik jual ikan datang naik moto berhenti depan rumah. Pon! Ponn!! lepas tu pakat kluar kakyam, kakton, kaknah mai pilih ikan. Tapi pilihan tak banyak lar. Ikan ada lima enam jenis, sayur sawi, togei dan kobis wajib sentiasa ada dan beberapa pilihan sayur asas macam cabai merah, timun, cabai melaka dan sebagainya. Ayam memang takdak kecuali kalo order. Kadang-kadang, merungut juga kakton sebab pakcik ikan bawa barang yang sama jar setiap hari...hahaaa

Tapi kalo request nak ikan atau sayur tertentu, nanti pakcik ikan akan bawa kalo ada. Tapi sorry lar, zaman dulu kami tak penah tengok pakcik ikan bawa brokoli...hahaaa. Brokoli pun tak masuk kampung. Kalo ada pun jarang-jarang sekali kat stall auntie cina kat market.

Kini, walopun I am far away from home, kami mengambil alih tugasan ayahanda menjaga groceries stock for mom. Bila balik kampung, rutin kami ialah stock up groceries semaksima mungkin untuk memudahkan my mom. Sampai dah jadi macam mini kedai runcit...hahaa 
Kalo dulu kami chartered tukang masak untuk masak dan deliver food for mom and dad every single day, but now kekanda sedikit relax walopun bekerja and she is the one yang masak dan buat delivery -- my kekanda memang awesome! 

Sekarang zaman dah berubah. Susah kot nak jumpa pakcik jual ikan naik moto berhenti depan rumah lagi. Di kampung-kampung pun dah semakin kurang. Kedai ikan dan sayur Aceh pun dah pandai masuk kampung sekarang nie. Cuma kami tak suka pi kedai Aceh sebab depa kurang bersih. Nak pijak lantai pun kembang tekak...Errk! Sayur layu buruk pun jual harga sama macam pasaran. Sekarang sudah ada banyak kedai dan pasaraya besar yang dapat menampung keperluan barangan dapur dengan hanya sekali visit. Penuh troli beli barang dapur. Lepas tu balik rumah penin nak simpan macam mana...hehee



Pesan mesra kami, jangan main sumbat dalam peti ais saja terutamanya jika stok untuk dua minggu atau lebih. Banyak tu! Barang belian terutama sayuran haruslah dibersihkan dan disimpan elok-elok di dalam peti sejuk agar tidak mudah rosak dan tahan lama. Sayanglah bila dah belanjakan duit untuk beli barang dapur tapi kita takdak usaha untuk membuat penjimatan. Ingat cikjah, kita bukan saja segak, tapi juga bijak. Wink!

Believe it or not, dengan sedikit tips, tabiat menyimpan yang baik dan sifat rajin, cikjah bukan saja dapat menjimatkan kos belanja dapur, malah jimat masa dan tenaga untuk ulang-alik ke pasaraya atau market. Tak perlu kita bising terjerit sana sini pasai minyak naik dua kupang sedangkan kita tak mau dan tiada kesedaran untuk amalkan sifat berjimat dan berbelanja hemah. Aiceh!
Kalo di sana naik, maka kita kena cari jalan untuk turunkan yang di sini. Kalo di rumah tibi on, computer on, ipad on, iphone pun on, cuba on salah satu saja. InshaAllah kita dapat berjimat.



Selalunya, sebaik sampai di rumah sayuran hendaklah segera dicuci dan disimpan. Sebelum disimpan di dalam bekas, lap atau keringkan dahulu sayuran untuk mengelakkan sayur cepat rosak kerana kandungan lembapan yang terlalu tinggi. Selain menjamin kebersihan, sayuran juga insyaAllah akan tahan lebih lama.

Salad bersaiz besar lebih sesuai disimpan di dalam bekas
Kami lebih gemar menggunakan ziplock beg untuk menyimpan sayuran kerana ia akan memberi lebih ruang. Selalunya, brokoli yang kami beli dan simpan di dalam ziplock beg akan bertahan hampir sebulan! Yes, sebulan. Masih segar dan hijau. Sayuran lain secara standardnya akan bertahan sehingga dua ke tiga minggu.


Antara barangan yang wajib ada di dalam fridge kami ialah cili merah, cili padi, halia dan limau nipis. Simpan barang-barang nie ikut kategori supaya senang nak guna nanti.


Tips untuk menyimpan daun sup dan daun bawang pula ialah di dalam container kerana saiznya yang besar dan bushy. Daun sup di atas adalah selepas tiga minggu disimpan dalam peti sejuk. Masih segar dan hijau.

Tips menyimpan lemon dan limau nipis pula ialah di dalam ziplock bag di dalam peti sejuk. InshaAllah, jangka hayat lemon dan limau nipis akan bertahan lebih dari sebulan.


Barangan basah seperti ikan, ayam, daging, udang dan sebagainya pula haruslah disiang dan dibersihkan sebelum disimpan santek-santek di dalam containers. Bila nak masak nanti pun lebih senang. Selalunya kami dah rancang hidangan makan malam kami. Sebelum keluar kerja pada waktu pagi, kami akan kluarkan barangan basah dari tempat beku dan simpan dalam chiller. By the time balik rumah after office or gym, sumber protein kami dah hampir 80% thaw dalam peti sejuk. Time management.

Barangan basah juga hendaklah disimpan sebaik mungkin. Tips untuk mengekalkan kesegaran udang dan tahan lebih lama ialah sebaik dicuci, simpan udang di dalam bekas. Perahkan jus limau nipis dan simpan. Udang kami tahan sebulan dengan kesegaran maksima!

Ayam dan daging disimpan mengikut porsi penggunaan agar kerja-kerja menyahbeku lebih mudah. Tak perlu nak nyahbeku 18 ketul isi ayam sedangkan nak guna empat ketoi saja. Lagipun cikjah pasti lebih arif tentang porsi hidangan sebab dah lama dok jaga keluarga, jadi dah bleh agak kuantiti yang diperlukan dalam setiap hidangan.


Pastikan juga selain sayuran, cikjah juga ada menyimpan stok buahan di rumah. Buah seperti epal dan orange memang tahan lama. Kadang-kadang sampai dua bulan. Bila stok makanan di rumah lengkap, bersih dan siap sedia digunakan pada bila-bila masa, kerja-kerja memasak pun akan jadi lebih mudah, cepat dan menggembirakan...Yeyyy!

Yang paling penting, cikjah pasti bangga dengan diri sendiri kerana dapat berjimat dan tiada pembaziran, InshaAllah.