Lagi sekali tukang kebun tanam pokok labu. Walopun tempat yang ada di kebun dapur tu cuma sekankang kucin dan tanaman sumernya di dalam pasu, tapi tukang kebun gigih nak tanam labu jugak...hahaa
Sebenarnya, tukang kebun sayang nak buang biji labu macam tu saja. Instead of buang, tukang kebun tabur dalam pasu. Eh! Eh! tumbuh plak ia. Takpalah cik labu, kalo ada rezeki kamu hiduplah di taman sari tukang kebun nie. Makan, minum, pakai, inshaAllah tukang kebun boleh jaga. Aiceh!
Sempena bulan banyak hujan sekarang nie, meriah pula cik labu membesar. Dah pandai menjalar-jalar. Alhamdulillah subur elok. Tapi terus terang tukang kebun abaq bahawasanya tukang kebun tak expect apa-apa hasil dari cik labu. Kalo cik labu happy, keluarlah labu sebiji dua untuk tukang kebun rasa. Kalo cik labu takmo berbuah, tukang kebun dah cukup happy dah bila melihat cik labu membesar sihat. Cukuplah stakat tukang kebun dapat rasa masak lemak pucuk labu. Ahaks!
As of today, cik labu dah kluarkan putik bunga di usianya yang mencecah hampir dua bulan.
Ini pula, batch adik-adik cik abu terkini. Kiranya batch yang ketiga. Again, tukang kebun sayang nak buang biji labu, maka kali nie tukang kebun nak buat experiment.
Tukang kebun nak cuba buat pumpkin sprout. Aiceh!
Selepas 6 hari, inilah hasilnya.
Sebenarnya, agak lewat sebab dah 6 hari. Sprout dah agak besar. Sepatutnya 2-3 hari dah cukup untuk sprout. Maklumlah, tukang kebun balik kerja dah malam. Tak sempat nak harvest. Sempat siram saja. Melihat keadaan fizikal pumpkin sprout ini, ia tidak tahan lama jika disimpan. Daun dan batangnya akan mudah berlendir. Maka, tukang kebun amik keputusan harvest bila nak masak nanti.
Tiba masa untuk harvest walopun usia sprout sudah 6 hari. Takkan tukang kebun nak tanam cik labu yang ratusan pokok nie kan. Tukang kebun bukan ada tanah 20 ekar. Nama pun experiment.
Tukang kebun cuba juga google ada tak orang tanam dan makan pumpkin sprout, tapi takdak info. Errkk! Betul kar bleh makan nie? Tukang kebun redho.
Tukang kebun buat garlic stir fried saja. Huh! bau dan rupa dah lazat. Namun, sprout nie akan mengeluarkan air sebab baby pumpkin retains water dalam daun dan batangnya.
Bismillah....
Uh! Rasa dah sedap tapi bila geget sprout tu rasanya pahit. Pahit okay....hahaa
Maka dengan itu selesailah experiment tukang kebun. Pumpkin sprout cantik dipandang tapi pahit dimakan. Ahaks! Mungkin itulah rasanya atau mungkin juga sebab usia sprout sudah tua. Okay takpa. At least satu semangat ingin tahu tentang alam sudah tukang kebun ungkaikan.