Ahaa! Jangan terkezutt cikjah. Yes, Pajeri Mangga atau lebih sedap lagi orang Kedah panggil Pajeri Pelam.  This dish adalah normal di kalangan orang utara. Masakan orang tua-tua dulu. Orang moden-moden nie maybe dah jarang masak lauk nie. Umum mungkin lebih maklum akan pajeri nenas dan terung. Namun ketahuilah mangga/pelam dan buah kedondong/amra pun boleh di-pajeri-kan. Kalo nak lagi ultra moden, jom kita pajeri-kan epal plak nanti...hahaaa


Lebihan mangga telur buat cecah garam blanchan kami dok simpan dalam fridge. Kebetulan, my friend bagi sebijik mangga tong dram [panggilan orang Kedah sebab saiz mangga tu besaq]. Tak taw nak buat apa. Dah tak larat nak mencecah. Nasi pun dah lama tak makan. Tetiba terbayang kuah pajeri...uishhh! sedap. Okay lah skali skala makan nasik. Nasik sket jar okie...hiehieee

Bahan-bahan:

Mangga [mangga telur/tong dram]
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Segenggam ikan bilis
1/2 paket rempah kari [ikan/daging/ayam...terpulang]
1 sudu besar cili mesin [kisar cili kering rebus + sedikit belacan + sedikit asam jawa]
2 sudu besar bawang mesin [kisar 1 labu bawang besar + 3 ulas bawang putih]
Sedikit serbuk kunyit
Santan
1 paket kecil kerisik

Cara:




  1. Satukan rempah kari bersama bawang mesin, cili mesin dan serbuk kunyit dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau. Masukkan ikan bilis dan biarkan seketika.
  3. Masukkan bancuhan rempah dan biarkan hingga naik minyak. Kacau sekali-sekala.
  4. Bila rempah sudah agak kering masukkan potongan mangga. Renehkan seketika supaya mesra rempah. 
  5. Masukkan santan. Bila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan kerisik. Biarkan mereneh 5-10 minit dan kuah menjadi agak pekat sebelum tutup api. Siap!

Mentalnotes:  

Sila agak-agak kuantiti santan yang dimasukkan. Santan jangan terlalu cair atau banyak macam nak masak gulai. Kuah pajeri sebolehnya janganlah terlalu pekat, kering dan berminyak sangat ataupun terlalu cair sangat. Sedang-sedang saja. kami suka pajeri yang sedikit berkuah dan tidak terlalu pekat melekat. Biar berkuah sket, bila disudu siram kat nasi uiii! mebeless! heheee
Kalo kena gaya dan teknik pemasakan serta menitik beratkan kebersihan, insyaAllah pajeri bleh tahan sampai 3 hari tanpa perlu masuk peti ais. 3 hari kami makan lauk pajeri...hahaaa. Tapi untuk pajeri, lagi lama lagi sedap taw.

Mangga dimasak bersama kulitnya supaya isi mangga tidak hancur. Lagipun agak santek untuk presentasi.

Pada pandangan kami, mangga tong dram lebih sedap dan enak di-pajeri-kan berbanding mangga telur.