Selalu dah makan ikan dan sayur, today nak ubah selera nak minum sup plak lah. Sup ayam dah selalu, so hari nie nak masak kimchi soup lah....Wahh!


Bahan-bahan:

Mat Kimchi [cabbage] -Brand Chongga [halal certified] available at Aeon Big
Taufu lembut
Kepah/Clams
Lobak merah
Bunga kobis
Cendawan Enoki
Daun bawang
Bawang putih
Ikan bilis

Cara:

  1. Di dalam periuk, masukkan segenggam ikan bilis dan masukkan air. Masak hingga mendidih. [Jika suka, boleh tapis sup untuk buangkan ikan bilis supaya nampak lebih menarik. We only need the ikan bilis flavour to enhance the soup.]
  2. Masukkan carrot, bunga kobis dan kimchi. Untuk sukatan kimchi sila ikut citarasa. Masukkan sedikit dulu dan rasa. Jika suka dan mahu lebih pedas tambah lagi.
  3. Kemudian, masukkan kepah.
  4. Bila kepah hampir masak, masukkan taufu lembut, cendawan dan daun bawang. Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya. Masak hingga kepah terbuka. Siap.



Hidangkan sup lazat ini dengan kimchi. Oooolalaalaaa


Nota sendukk: Tukang masak bukanlah peminat citer Korea, tengok drama korea pun tak penah...