Menu paling suka di dunia ialah laksa! Woot! Woott!! Sedap laksa di kedai, sedap lagi laksa masak sendiri di rumah. Laksa juga bukan sebarangan laksa, laksa lemak Kedah pujaan hati kami.


Laksa hebat mestilah mempunyai garnishing yang juga hebat. Jangan pandang enteng pada pelbagai ulaman herba yang memberikan gabungan rasa unik serta khasiat yang tiada tolok bandingnya.   Antara garnishing tradisional Kedah ialah pucuk putat, pucuk jangguih, pucuk samak dan daun selom selain timun, cili padi, bawang besar, bunga kantan, daun kesom dan limau nipis.

Minta tolong cikjah jangan hidangkan laksa dengan daun salad dan cili besar merah untuk kami taw, suatu pengkhianatan! Hahaa


Tambahkan  nilai dramatik pada laksa dengan helaian pucuk gajus atau jangguih [panggilan orang Kedah]. Pasti menarik.  Sama seperti Thai Laksa tapi lebih uummph!


Untuk royal recipe istimewa hebat warisan turun temurun keluarga Pienkcat nie jemput lah cikjah kodek lemari Pienkcat yerr...

Kodekk lemari Pienkcat