Tiba-tiba teringin sangat nak makan nasi lauk sambal pedas-pedas. Gulp!
Maklumlah, sekarang nie jarang-jarang skali makan nasi, so bila tetiba kepingin tu, macam-macam nak! hahaa

Namun, kami bukanlah diet untuk kuyus menawan hinggakan kelaparan cuma sedang mengurangkan pengambilan karbohidrat. Nasi mesti  makan, namun cuba hadkan.

After work sampai rumah dah pukul 6pm, pantas ke dapur langsung dipegang periuk belanga pisau bagai. Menu hari ini ialah Nasi Ayam Penyet. Yeyy!!! Ayuh! 

Kunci kesedapan nasi ayam penyet ialah pada Sambal Ulek. Apa maksud ulek tu? Ulek Mayang? Ahaks! 
Ulek tu artinya Anak Batu = Pestle. Sambal cili tu diulek-ulek = ditenyeh-tenyeh = ditumbuk-tumbuk hingga hancur dan halus. Maka terciptalah nama Sambal Ulek.

Ulek  [Pestle] dan Cobek [Mortar]  dari batu alam gunung berapi kami beli istimewa dari Ubud, Bali
Namun, untuk resepi nie tidaklah kami berdaya menggunakan Ulek dan Cobek kesayangan kami tu sebab nak cepat kan...kami putar dalam blender saja...hehee
Lagipun muscles soreness at my both left and right upper arms sebab kemarin buat TRX blum ilang lagi.

Sambal Ulek Ayam Penyet


Bahan:

4 biji cili merah - buang biji hiris kasar*
7 biji cili padi* 
2 ulas bawang kecil - hiris kasar*
2 ulas bawang putih - hiris kasar*
1 biji tomato merah - hiris kasar*
2 inci belacan
Segenggam ikan bilis
Garam 
Gula pasir / gula merah [gula merah lebih sedap]
Jus limau nipis [dari 1/2 biji]


Cara:

  1. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis - ketepikan
  2. Goreng belacan - ketepikan
  3. Gorengkan semua bahan* - ketepikan
  4. Kisar atau tumbuk kesemua bahan bersama garam, gula dan jus limau nipis. Tak perlu air kerana terdapat lembapan minyak pada bahan gorengan. Jika blender takmo pusing jugak, bleh tambah sedikit air mineral/masak.
  5. Goreng kembali bahan kisar selama 5 minit. Hasilnya warna sambal akan lebih cantik kerana gula telah 'caramalized'. Siap!



Untuk ayam pula kami buat biasa-biasa saja. Takdak ayam kriuk-kriukk apatah lagi dipenyet-penyett....hahaa
Ayam dibumbu bersama bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, halia. lengkuas dan garam. Perapkan seketika sebelum digoreng.


Hidangkan bersama nasi putih dan banyakkk lalapan/ulaman. 
Fuh! Memang lazat tak terkata. Terasa seperti di Jakarta walhal masaknya, makannya cuma di rumah saja! Terpenyett!!!