Inilah dia kek pujaan  yang sedang menjadi juara carta nombor satu di kalangan bloggers tatkala ini.


Jom kami ajak cikjah share-share  the caramel cake recipe yang sedang hangat di pasaran ini.  Thanks a bunch to bloggers yang sudi berkongsi resepi nie on their blog.  Muchas gracias !



Jeng ! jeng ! My first attempt.
Let's get started !



Making the Brown Sugar:
1)  2 sb gula pasir dimasak atas api perlahan di dalam loyang 8 or 9 inci.
2)  Masak hingga perang. Biarkan sejuk. Bunyi seperti kaca retak akan kedengaran bila gula sudah mengeras. Sila jangan melatah.

Making the Caramel
1/2 tin susu cair
70g gula kastor
1/2 st esen vanilla
3 kuning telur

Methods:
1)  Kacau susu dan gula hingga larut
2) Kacau telur dan esen vanilla perlahan.
3)  Satukan bahan 1 & 2. Tapiskan ke dalam loyang brown sugar tadi. Ketepikan.



Making the cake batter 1
70g gula kastor
3 biji kuning telur
135mn air
45ml minyak masak  [kami guna olive oil.  Bleh guna minyak mazola, canola etc]

Methods:
1) Pukul telur kuning, minyak dan air hingga gebu.  Tambah gula dan pukul lagi hingga naik sekali ganda.



Making the cake batter 2
140g tepung gandum
1 ts baking powder

Methods:
1)  Masukkan tepung dan baking powder yang diayak ke dalam cake batter 1 [ sila turn off mixer dulu wokey]
2)  Masuk sikit-sikit dan kacau perlahan hingga sempurna. ketepikan.



Making the meringue


6 biji putih telur
70g gula kastor
1st krim of tartar


Methods:

1)  Pukul putih telur hingga buih or soft peak [peralatan yang digunakan haruslah betul-betul kering].
2)  Masukkan gula dan krim of tartar.  Teruskan memukul hingga adunan kental dan kaku [stiff peak.  Kalo terbalik pun tak jatuh]
3)  Masukkan 1/3 meringue dahulu ke dalam adunan tepung kek.  Gaul guna kaedah kaup balik.
4)  Kemudian,  baru masukkan baki meringue.  Kacau perlahan hingga sempurna.



Bahagikan adunan mengikut warna pilihan.
I was super excited picking up all my fav colours ! Weeeee



Acara kerastangan. 
Tuangkan adunan warna 1 di tengah loyang yg mengandungi karamel. Tuangkan adunan warna 2 di bahagian tengah di atas  warna 1. Ulangi proses hingga selesai.


Bakar kek menggunakan kaedah steam bath. Guna api bawah sahaja.


Panaskan oven kepada 170C terlebih dahulu.  Masukkan kek [rak paling bawah] kemudian barulah diturunkan suhu kepada 160C.



Bakar selama 50-60 minit atau hingga kek masak.  
Kek naik santek skali...aiceh!



Sejukkan kek sekitar 10 minit supaya ia renggang dari loyang.  Terbalikkan di atas pinggan dan ia akan jatuh sendiri.
Kek pun siap! Lazat dinikmati ketika sejuk.

The cake turns out very gorgeous and delicious.  Cuma my personal opinion is the cake  was too soft and nearly no texture.  Kemungkinan besar kerana kek ini menggunakan adunan meringue.   Kuantiti tepung yang digunakan pun sangat sedikit dan tiada penggunaan butter.

As for the caramel, kami tak leh makan banyak-banyak.  Sebab the eggy taste makes me cepat muak [sorry... maybe sebab kami bukan penggemar karamel kot].
So,  alternatively kami makan sikit-sikit tapi ulang banyak kali.....yummm...yummmm



Owh ! ya,  selamat mengemas dapur .....Good luck ! heheheeee