Cantikkknya manisan itu !
Ingredients:
- 1 pkt agar-agar [15g]
- 6 cawan air
- 1 cawan gula [lebihkan kalo suka manis]
- 1/2 tin susu pekat
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 keping roti gardenia
- Cincau / agar-agar yang diwarnakan hitam
Tips : Ambil sedikit adunan agar-agar dan warnakan hitam. Biar keras dan baru dipotong halus.
To get black colour I mix RED+BLUE+PURPLE [kaedah saintifikk sendiri...heheee but it works!]
Methods :
1) Masak agar-agar dengan air
2) Bila larut masukkan gula
3) Bila mendidih masukkan butter , susu pekat dan esen vanilla
4) Ambil sedikit adunan dan kisar bersama roti -----Awas ! make sure your blender can handle hot stuff ! Kalo kurang yakin, buat magic sket. Tambah air sikit saja to lower down the temp.
5) Tuangkan roti kisar ke dalam adunan agar-agar semula. Kacau sebati dan tutup api.
6) Tuangkan lapisan warna hijau sebagai kulit. Biar sedikit keras.
Tips : Jangan terlalu keras kerana takut nanti lapisan tidak bercantum. Jangan terlalu cair [tidak beku] kerana warna akan meresap ke lapisan yang lain. Jadi.....agak~agak okay :)
7) Tuang lapisan tanpa warna sebagai kulit putih. Biarkan sedikit keras.
8) Seterusnya tuang lapisan merah sebagai isi tembikai. Taburkan cincau atau agar-agar warna hitam sebagai biji tembikai. Sejukkan.
Ready ! ^_____^