.

.

Jul 10, 2013


Dok tak dok, jom kita pi afternoon tea at Shang?
Aikess? Okay set, jom!


Tiada sebarang perubahan. Classic and English set still priced at RM55 each. Kuih ada lar tukar-tukar sket.  Kami suka hang out at the lobby lounge sambil bergossip kakyam astro dot com...heheeee
Sekumpulan businessman sitting behind me, bapak-bapak dari Jakarta. Ngobrolnya dari tadi asik bisnis...bisnis... bisnis...aduhh! capekkk ahhh.


Nun di hujung sana dekat bar, ada sorang "Abang Ramlee" bersinglet putih berkain pelikat kotak-kotak berdiri macho dok tarik teh tarik. 1 set Teh Tarik [biasa] with complimentary kuih koci at RM8.
Teh tarik kaww satu!


Cikjah dah minum petang?
Haipp!! Jangan minum nooo...hari nie kan 1 Ramadhan, Selamat Berpuasa semua. Ahlan ya Ramadhan Kareem.



Jul 9, 2013


WawweeEeeEee!
Dah lama tak pi berebut-rebut baju kat sale. Teruja dapat pi East India and Somerset Bay sale at Metrojaya warehouse at Shah Alam. Tapi takdak lar sampai tahap berebut sinsing lengan, tarik rambut bagai...hahaaa
Tarik duit dari purse jer. Giles best woootwooot. Lenguh tangan dok pegang baju idaman kalbu. Ahaks!


Kami memang suka pi sales yang sebegini sebab boleh dapat good quality stuff at dirt cheap price. Meroyann lompat-lompat suka ria sorang-sorang dalam hati. This time banyak baju lelaki. Santek-santek and in tip top condition. Bukan reject, bukan longgok-longgok.


Baju wanita tak banyak dan tak menarik sangat pada kami. Banyak fesyen kakyam dan makcik-makcik. Tak mo lah...Ahaks!


Kebetulan dah nak raya nie kan, maka kami pun amik kesempatan shopping baju raya untuk orang kampung.


For my BIL 1. Kalo pakai nie confirm terasa seperti YB...heheee
Jangan makan gulai kalo pakai baju nie, satgi percikk...Awww!


For my BIL 2. Juga akan terasa seperti YB kalo pakai nie...hahaaa
The exact colour is dark blue.


 For new member in the family, nephew in-law. Pasti terasa seperti artis K-pop kalo pakai nie.


For my nephew. Pasti ada awek yang ter-sangkut kalo tengok dia dress up in this...hahaaa.
The exact colour is Dark brown.


Somerset Bay sedikit mengecewakan. Tak banyak baju santek. Baju kanak-kanak pun limited. Kami dapat satu jer dress comel for my niece. Ada kakyam sorang tu pukul abes sumer size baju kanak-kanak yang ada. Walopun size besar, dia kata takpa, nanti bleh alter...alahaii...


Total damage was approximately RM350. Happy tapi tak puas hati sangat sebab baju for my nieces blum dapat. More sales to go....yeeehaaa!




Jul 7, 2013



Nasi lemak warna putih dah biasa.  Nasi lemak pandan warna hijau pun dah biasa. Cikjah pernah makan nasi lemak warna kuninn? Ahaa!!
Teringat kami waktu sekolah rendah dulu-dulu, memang femess nasi lemak warna kuninn nie. Sehingga sekarang, kalo cikjah pergi negeri Kedah, pasti akan jumpa nasi lemak warna kuninn. Orang Kedah memang suka warna kuninn! Bihun sup kuninn, kanji [bubur lambuk] kuninn, nasi lemak pun warna kuninn....hahaaa

Cara nak masak nasi lemak kuninn nie sama saja macam nasi lemak biasa cuma ditambah warna. Tapi harus diingat, bukan pewarna yang digunakan, sebaliknya kunyit serbuk atau kunyit hidup yang digunakan bagi menghasilkan warna kuninn. Personally, kami berpendapat, warna kuninn di dalam makanan akan menambah seri dan membangkitkan selera sesuatu makanan itu. Takder lah nampak pucat, tak bermaya jer kan. Tengok warna kuningn pun dah ceria. Lagipun, negeri Kedah kan hidup hijau kuninn! Muahehee


Dah lama kami tak makan nasi lemak, rasanya ada lar dalam 2 - 3 bulan. Bila kami teringin dendam nak sarapan nasi lemak, kakak nasi lemak tak meniaga plak. Memang tak reliable lar kalo peniaga ala-ala nie. Kejap buka, kejap tutup. Baru nak jadi favourite. Sudahnya, kami masak nasi lemak sendiri.


Masak sendiri nie dah tentu sedap, Aiceh! Bleh tambah kalo tak cukup...Ahaks!
Nasi lemak kuninn lauk sambal udang, ayam goreng, telur rebus, ikan bilis goreng dan timun. Gulp!


Dah makan nasi lemak lazat, jangan plak dok baring-baring pastu tak sedaq dah tertidoqq .....hahaa



Jul 5, 2013


Kami beli biji benih online. Wahhh! sampai biji benih besaq bulu mata tu pun depa buat bisness online nowwhh...iskk...hebat!

Kami tertarik nak beli sebab kami dah baca blog, a very active blog. Dah tengok gambar-gambar kebun dan bila kami sent e-mail request senarai biji benih available, the owner reply me promptly. Itu petanda baik that the online business is good and paling penting tak tipu atau indah khabar dari rupa.

Murah jer harga sepeket biji benih, cuma RM3. Ada macam-macam! Immediately terus kami rasa nak buka ladang...hahaaa

Biji benih dihantar melalui pos. RM2 untuk pos biasa dan RM8 untuk pos laju bergantung berat. My cost untuk semua belian termasuk postage cuma RM18. Within 3 days, kami dapat all the seeds dalam keadaan baik...yeyy!


Apa lagi, tak sabaq lar nak kebun-kebunn kan. Kebetulan, kami ada banyak empty mineral bottles sebab kami memang recycle botol-botol plastic rumah kami antar pegi recycle point. Projek pun bermula...jeng! jeng!!


The project started in batch. Kami tanam yang mudah tumbuh dulu. Bila dah tumbuh besar sket, nanti baru transfer to ground or pasu. Harapnya sumer dapat tumbuh gembira....WeeEeeee!



Jul 1, 2013


Semenjak kami buatkan Mieng Kham untuk makan-makan kat office kawan kami, hampir setiap masa kami diajukan soalan "bila nak buat Mieng Kham lagi? Best lar, sedap lar, buat lar lagi" Ahaks!
Asal jumpa jar itu mesti soalan standard. Kalo tak jumpa pun, depa kirim soalan through my friend. Cute!

Bukan nak kata sedap atau kami terer buat [Aiceh!], tapi Mieng Kham memang hidangan unik dan mempunyai kombinasi rasa yang sangat menarik seperti meletup-letup dalam mulut. Tambahan pula, agak sukar dan sangat rare untuk jumpa atau menikmati hidangan terkenal Thai ini at any local restaurants.

Pada kami, nak buat Mieng Kham tak susah, tapi nak dapatkan daun kaduk itu memang susah. Lain lah kalo tinggal di desa kann.


Setiap hari balik kerja, kami memang lalu satu rumah nie. Bukan jiran kami, tapi jiran se-kawasan. Memang jauh rumah dia dari rumah kami. Naik keta, abis rokok busuk pembunuh sebatang.

Entah bagaimana, kawan kami sorang nie, bersemangat waja pi ketuk rumah uncle tu minta nak beli daun kaduk! uh! memang muka tak malu. Kebetulan, uncle tu takdak kat rumah. Tidak berputus asa, kawan kami yang bersemangat itu pi ketuk rumah jiran sebelah plak...hahaaa

Aunty jiran sebelah tu cakap, uncle tu memang jual sayur-sayur kat pasar. Hari ni dia pi meniaga kat pasar Kelana Jaya. Kalo nak jumpa, datang semula after 1pm.

Hahhh!!! pukul 2pm, kawan kami yang hebat itu pun ting tongg rumah uncle tu. After citer-citer, terus uncle tu ajak pegi blakang. Huh! rupanya uncle tu memang suka cucuk tanam. Macam-macam sayur ada. Walopun duduk housing area yang tak banyak tanah, tapi pokok uncle tu banyak!!!
Uncle tu amik pisau dan tolong harvest. Bila nak bayar, uncle tu cakap tak payah, amik saja. WeeeeEeeee!!! Dah lar banyak, daun-nya pulak besar-besar dan subur. Tenkiu uncle! and hats off to my friend yang hebat gaban itu. Tak cuba mana taw kan? heheee


Daun kaduk ada beberapa jenis. Yang kami tanam kat rumah ialah kaduk kampung. Bau dan rasa-nya slightly strong tapi memikat selera.

Yang uncle nie punya maybe kaduk bandar....hahaaa
Daun-nya banyak berurat dan sedikit berkilat. Bau dan rasa agak mild. Tapi kami tak kesah, janji daun kaduk. Pasti sedap!


Kami buat 2 sets saja walopun my friend's office ada 3 floors. Satu floor is MD floor, so takdak orang. Satu set untuk floor bawah  dan satu set lagi for upper floor. Kami dok peritil daun kaduk demok 160 helai!


Bahan utama untuk sos ialah gula gerek/kabung. Masak bersama air hinga larut dan pekat. Biar sejuk.


Inilah rahsia untuk buat sos Mieng Kham. Sallots, galanggal and ginger wrapped in aluminium foil dan grill dalam oven about 20 minutes. Super wangi bau dia!


Dah grilled, kupas kulit dan blend bersama sedikit blanchan, sos ikan  dan kelapa goreng bersama air gula tadi.

Untuk resepi sila kodek lemari Pienkcat okay ^___^
Kodekk lemari Pienkcat


Siap dah set 1...


... dan set 2.

Hidangan Mieng Kham kami ada 7 various condiments ---- halia, bawang besar, limau nipis, cili padi, kacang tanah, kelapa goreng dan udang kering goreng dihidang bersama sos dan daun kaduk. Abes tupperware kami...hahaaa


Okey, they are good and ready to go. Smoga tak dak yang kempunan bila tiba Ramadhan nanti...heheee

Happy Mieng Kham!


My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"