Lagi 1 week nak raya, masih ada feeling kah cik jah nak buat cookies kah? ngehheheee...al-maklumlah masing2 sibuk dengan persiapan raya pulak :)

Ada cik jah yg dah start cuti & dah sampai kampung bagai. Well, this entry bukan lah khusus untuk kuih raya semata-mata, but this recipe sangat best! & sesuai for afternoon tea or children treat at anytime & anyday...oowhhh! cecahh ayaq hangat. Sedap!


NOTES: Bulih guna any shape yg cik jah suker yer. As for me it's just for fun & to treat the kids, I use kitty shape and add some accessories supaya santek & menarik :) Kalo nak lebih classy, shape-kan bulat leper besar-besar. Nice!


The ingredients (1 adunan ikut shape ni about 35-40pcs):


370g tepung gandum [Untuk biskut sedap, ayak tepung & jemur dulu kat matahari]
1tsp baking powder [campur & gaul sebati dalam tepung gandum]
1 biji telur
150 gula [kisar halus]
150g butter [room temp]
Esen vanilla [few drops]

Method:

1) Pukul butter hingga creamy using mixer [I used Tatura butter. Tasty & gebu]. Masukkan gula sikit-sikit. Pukul lagi hingga agak2 putih

2) Masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.

3) Masukkan tepung dan kacau dengan spatula biar sekata [kurang sesuai guna mixer at this stage sebab bila tepung dimasukkan, adunan menjadi sgt berat]

4) Bungkus dengan plastic wrap dan simpan dlm fridge for at least 1 hour.

5) Keluarkan dari fridge dan alas plastic atas dan bawah untuk memudahkan kerja2 mencanai


6) Canai jangan terlalu nipis. About 5-8mm is nice. Then terap using cookie cutter kegemaran cik jah :) Kot bohsan asik dok chop bulan bintang & bunga bagai, tukar lar buat cop lain plak..cop pokok kar, keta kar, rumah kar...heheeeee


Kalo cik jah tak koser nak deko pun tak kesah. Tapi nak bagi santek & menarik mata memandang, deco ikut kreativiti cik jah ;) Bake 180C for 20-25minutes



Done! Crunchy, sweet & cute :)