Baru-baru ini telah dilancarkan satu kempen "bawa bekal" untuk mempromosi dan menggalakkan rakyat Malaysia supaya membawa bekal ke sekolah, ke pejabat dan sebagainya. Alhamdulillah, bawa bekai ke pejabat sememangnya dah menjadi rutin kami. Masaklah apa saja. Makanlah apa yang ada asalkan masakan dari rumah yang lazat dan sihat.

Honeydew, watermelon, orange, chick pea and pennyworth salad
with orange dressing. Yumm!

Tapi tu lar, nak buat benda baik, amalkan benda elok sampai kena buat kempen. Pendek kata perlu disuruh. Itupun kalau mendapat sambutan. Kalo tak, kempen tinggal kempen. Justeru itu, kami menyeru cikjah sumer supaya berjinak-jinak-lah dengan amalan bawa bekal. Tapi jangan letak twiggies atau roti azan dalam tupperware as bekal plak. Tak aci! hahaa

Tak lama dulu, kami ada menulis pasal bawa bekal, masa berlalu dan banyak benda lagi yang kami nak kongsi dengan cikjah. Maka kami lahirkan entry ini as part II.

Sekiranya cikjah memang dah mengamalkan tradisi bawa bekai, tahniah! Teruskan usaha dan semangat rajin yang maha hebat itu. Kami sangat bangga dengan cikjah and deep dalam hati cikjah, kami pretty sure cikjah pun turut berbangga dengan diri sendiri. Hebat!

Personally, objektif utama kami amalkan bawa bekai ini ialah untuk makanan sihat berkhasiat. Tak kisah jika pada cikjah objektif utama ialah untuk penjimatan. Kedua-duanya adalah sangat baik. Lauk kedai sekarang bukan main mahai. Berdengunggg mahainya. Kalo makan kat mamak sah-sah RM5-RM6 dalam genggaman mamak. Kalo sedap. Kalo tak sedap? Uh!

Kebiasaannya, antara menu bawa bekai di tangga nombor satu carta ialah nasi goreng! Sound familiar? Masa kecik-kecik dulu selalu bonda bekaikan nasi goreng with ayaq tea. Maybe sebab senang nak buat kot kan. Nasi sejuk lebihan semalam tu bonda simpan dalam peti sejuk, esok pagi-pagi goreng dengan telur dan cili padi. Wahh!!!

Di sini, kami nak kongsi dengan cikjah antara menu-menu bekai kami. Buat yang simple saja sebab pagi-pagi masa terhad okay.

Tengah goreng telur tetiba anak teriak nak susu, tengah potong carrot tetiba laling jerit tanya stokin plak...adehhh...hahaa

Walopun simple, kami tetap memastikan sajian kami penuh khasiat dan kalori yang minima. Aiceh!

Boiled lentils with grilled chicken breast and salad
Hebat dak cikjah rasa? Pepagi kami dok grill ayam. Ahaks! Senang jar nie cikjah. Preparation time just 20 - 30 minutes. Malam sebelum tidur cikjah perap ayam siap-siap. Esok pepagi grill. Hasilnya hebat sekali.

Lentils yang kami gunakan ialah kacang hijau dan kacang dhal kuning. Haa! Biasalah....sebut kacang hijau mesti hanya satu menu yang menerpa minda - bubur kacang. No! No!...bubur kacang banyak kalori. Ahaks!

Sebut kacang dhal tiada lain pastinya cikjah dok ingat dalca atau masalodeh. Well, buangkan kelaziman itu. Jom cuba sesuatu yang baru dari sesuatu yang lama. Kacang hijau dan kacang dhal di rebus al-dente dengan sedikit garam. Siap! Mudah, lazat dan berkhasiat. Selain direbus begitu sahaja, sometimes kami flavour-kan lentils kami dengan orange dressing. Yumm!

Ingin kami ingatkan cikjah di sini bahawa kacang dhal ada pelbagai saiz, warna dan ketumpatan, Masing-masing mempunyai tempoh rebusan yang berbeza. Pilihlah ikut kegemaran.

Tips: While preparing dinner, rendam lentils di dalam air sekitar 30 minit - 1 jam. After dinner, while watching TV, rebus lentils. Tak lama pun, biasanya kacang hijau 10-12 minit. Kacang dhal kuning 8-10 minit. Tapis dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas tertutup di dalam fridge.

Cara: Mula-mula rebus kacang hijau. Pada minit ke-5, masukkan kacang dhal dan rebus bersama hingga al-dente. [Awas! tempoh merebus berbeza-beza bergantung pada saiz dan kuantiti kacang]. Kalo cikjah tak confident, rebus asing-asing pun boleh...hehee

Dengan cara ini, cikjah dapat menjimatkan masa. Esok pagi dah boleh buat bekal.

Grilled chicken rib with vegetables
Omelette with blanched broccoli and carrot
Salah satu sarapan favourite kami - omelette!. Kenyang dan sedap. Letak diced bawang, capsicum, celery or anything. Yumm!

Boiled lentils with grilled chicken breast and salad

Pelbagaikan hidangan lentils with salad.

Boiled lentils with apple, tomatoes and green leafy salad with sprinkle of chia seed and flax seed

Apple and green leafy salad with orange dressing with sprinkle of chia seed anf flax seed
Orange dressing is acidic. Kalo salad di-toss terlalu awal, ia akan menyebabkan green leafy melecur. Tak santek of course. Rasa pun tak best.

Tips: Jika untuk lunch, gaul salad dan dressing dan rehatkan 10 minit [if possible in the fridge] sebelum waktu makan.


Lunch time  pun sambil-sambil buat kerja. Hebat!


Spiral pasta and green leafy salad

Haa! Kelass ko jah. Kami bawa bekal grilled teriyaki fish and stir fried bean sprout with satu penumbuk baby nasi.

Too bad kami terpaksa patahkan ikan demok sebab tak muat masuk tupperware. Yeaaa...I know...nampak tak santek kan....uh


Fruits also good for breakfast


Haa! ini rare. 2-3 kali sebulan kami akan sarapan nasi lemak. Yaahoo! Nasi lemak hijau lauk sotong...Uh! Yummm! Nasi separuh saja taw dan balance up with ulaman atau salad untuk portion sayuran. Selalunya the next day after workout day kami akan sarapan nasi lemak atau sometimes on the workout day itself. Dah makan nasi lemak mestilah make sure workout okay. Some people sayang nak  membazir. Depa sayang nak bazirkan lemak dalam badan untuk bersenam. Ahaks!

Amalan kami kalo tapau nasi lemak, kami suka bawa bekas sendiri. Remember cikjah, kita mesti cintakan alam sekitar, recycle dan jangan membazir. Kalo terlupa bawa bekas at least jangan amik plastik. Sayangilah alam sekitar. Jangan bimbang orang lain tak buat, yang penting kita sendiri mesti buat. Tanggungjawab kita.

Wahh! macam kenyang plak kami belanja cikjah dengan pelbagai hidangan nie. Harap cikjah pun kenyang juga.

Apa jua masakan rumah yang cikjah bawa sebagai bekal sememangnya sedap dan penuh kasih sayang sebab sebekas bekai tiada tandingannya dengan effort di awal pagi untuk menyediakannya. It is tremendously amazing! Hats off to cikjah and me! heheee