Menggamit memori silam ketika waktu kecil. Ini lah antara sajian kegemaran kami. Fucuk tumis air. Fuh! Paling kami suka is the fucuk. Kalo fucuk dalam kuah lodeh, memang kami senduk fucuk lebih...hehee

Fucuk  memang sinonim dan ia adalah salah satu bahan masakan popular masyarakat cina. Namun, di kampung kami malah di beberapa kawasan lain juga kami pasti sajian ini adalah suatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat melayu. Faktor utama ialah kerana hidup berjiran dan rukun tetangga yang harmoni di antara masyarakat melayu dan cina di kawasan kampung. Banyak bahan masakan dan cara masakan kedua-dua masyarakat utama ini disilang-guna dan diadaptasi sesama sendiri  dalam penyediaan makanan harian. Berlakulah improvisasi. Aiceh!

Selalunya di rumah kami sajian ini adalah sajian emergency. Haaa...maksudnya, kalo kat dapur dah takdak lauk dan malas nak pi kedai maka inilah penyelamatnya. Selain bahan-bahannya bleh disimpan dalam kadar yang lama, ianya juga murah tapi SEDAP!


Empat bahan utama. Fucuk, kincham [dried lily bud], tanghun dan kentang. Kalo ada cendawan hitam [black fungus] juga bleh ditambah sekali. Bertambah lazat.

Selain fucuk, kami juga suka that kincham or dried lily bud. Owhh lalaa! Rasanya sedap sekali. Kami ada tengok docu kat food channel how they grow the tiger lily flower beratus ekar luasnya di satu kawasan berbukit bernama Sixty Stone Mountain di Taiwan. SubhanAllah cantik sangat! It is not an easy job though. Bunga yang ditanam akan keluar serentak dan mesti dikutip sebelum kembang. Kadang-kadang, depa kena kerja sampai malam. Kalo bunga dah kembang, maka dah tak leh buat kincham. Usai mengutip, bunga akan dikeringkan beberapa hari.


Two photos courtesy by the blog owner on google search engine kami pinjam untuk tunjuk dan share ngan cikjah betapa luas dan cantiknya ladang tiger lily ini.


Tiger lily yang kembang hanya bertahan sehari sahaja. Di sini, disediakan satu kawasan tanaman tiger lily yang sengaja tidak dipetik dan dibiarkan kembang untuk tarikan pelancong. 

Patut lar sedap kincham nie sebab bunga dia lawa...heheee
Kalo cikjah ke Cameron Highland, pasti akan berjumpa kincham segar yang berwarna hijau. Samada dijual sebagai sayuran atau snek dengan kaedah goreng celup tepung.

Cara memasak fucuk tumis air ini sangat mudah. Paling penting pada kami mesti letak daun sup supaya lebih wangi dan memikat selera. Kami sentiasa pastikan pantry kami ada fucuk, kincham dan tanghun. Kalo lapar masak fucuk saja without rice, just like soup. Slurp!