Tahukah cikjah bahawa pokok hiasan yang ditanam di sekitar rumah perlu di lap dan juga di tata rias? Haa! Kami rasa ramai yang tak sedar atau tahu serta ambil peduli. Selain siram dan baja, pokok-pokok tersebut juga perlu dikemas dan dibersihkan terutamanya tanaman  indoor atau semi-indoor.

Tak lalu kot bila tengok daun-daun pokok berdebu piang seolah-olah takdak orang di rumah. No! No! No! Jangan sampai jadi begitu. Kalo cikjah memm suruh jar bibik yang buat. Kalo xdak bibik, cikjah lar kena buat sendiri...hehee. Tak susah pun, dua tiga bulan sekali basuh atau lap daun-daun pokok. Pokok akan nampak lebih sihat, segar dan bermaya. Kalo cantik, pokok cikjah, kalo buruk pun pokok cikjah jugak. Terpulang lah nak cantik atau buruk.


Selain itu, trim atau potong hujung daun pokok yang sudah buruk atau kekuningan. Potong sehujung yang boleh dan gunakan gunting yang tajam agar tidak mencederakan daun pokok.


Setelah ditata rias, pokok akan kelihatan sangat cantik seperti pokok baru. Macam cikjah lepas gunting rambut, nampak kemas dan bersih.

Selalunya pokok Rhapis memang perlu di potong hujung daunnya agar pokok kelihatan lebih menarik.



Check out my Fan Palm plant. Renda-renda di hujung daun sudah kekuningan dan it looks so ugly and affected the whole garden looks.


Selepas di potong, nampak lebih santek right?

It's okay to potong daun pokok tanaman yang dah kuning dan buruk, yang tak boleh ialah potong barisan!