Cikjah, jangan buang roti yang dah expired!
Jom kita buat bread crumbs. Tapi syaratnya roti blum tumbuh kulat okay...hahaa

Kalo roti dah expired 2-3 hari boleh jar. Kalo nak guna fresh bread pun takdak masalah. Cuma di sini, kami nak anjurkan supaya jom kita berjimat cermat. Roti expired / stale bread nie selain boleh bagi makan burung, atau letak dalam peti sejuk untuk nyah bau, buat bread pudding, croutons dan sebagainya, cikjah juga boleh buat serbuk roti percuma untuk kegunaan masakan yang lain. 

Cara: 


1. Panaskan oven 180C. Bakar roti lebih kurang 15-20 minit sehingga keperangan. Kalo guna fresh bread, disarankan potong kiub kecil-kecil dahulu supaya roti cepat kering kerana fresh bread mempunyai kelembapan yang masih tinggi berbanding stale bread.


2. Pecahkan roti kepada saiz yang lebih kecil supaya kerja mengisar lebih mudah. Kami gunakan food processor.


3. Kisar roti hingga halus. Siap!
Simpan di dalam bekas yang sesuai.