Pokok karipole tukang kebun sedang berbunga sekarang! Yeyy!!!
Seingat tukang kebun lar kan, dah puluhan tahun sejak kali terakhir tengok bunga pokok karipole. It's been ages. Rasa macam dah hampir-hampir lupa apakah pokok karipole berbunga? Ahaks!

Sungguh tak sangka. Memang tak sangka. Bunganya kecil dan tumbuh berkelompok. Sangat wangi namun harus dihidu secara dekat. Alhamdulillah jugak lar sebab takdak semut itam mahupun ulat bulu-bulu datang menyinggah. Takut jugak tetamu tak diundang nie datang hangkut geng dek kerana tarikan bau wangi dari bunganya.

Melihat saja pucuk daun karipole tu, arghhh!!! terus lapaq nasik. Nak makan nasi dengan ulam pucuk karipole cecah sambal blanchan. Pucuk karipole nie memang kegemaran tukang kebun. Pokok nie rendang demok elok pun sebab tukang kebun selalu petik pucuk buat ulam. So secara tak langsung ia menggalakkan pertumbuhan daun baru.

Erkk...cikjah tahu kar apa itu daun karipole?
Daun kari okay...heheee