Mungkinkah ungkapan "sehati sejiwa" mahupun "sejoli" sangat cocok untuk menggambarkan situasi di atas? Ahaks!

Entahlah. Pertamanya kami nak nyatakan di sini bahawasanya bukanlah kami berniat untuk memalukan mana-mana pihak tapi niat kami cuma satu, budi bahasa, sopan santun, adab dan tata-susila itu penting walau di mana kita berada. Ingatlah, akhklak dan budi bahasa itu menggayakan seseorang dan bukannya pakaian, make up atau aksesori  mahal atau murah.

Benda mudah jangan dipandang enteng terutamanya bagi cikjah, kakyam dan kakton sumer termasuklah kami. Apa guna jika jaga penampilan tapi kalo di tempat awam dan khayalak umum begini adabnya. Sungguhpun walau di rumah sendiri bersama ahli keluarga atau pasangan sendiri skali pun, jagalah adab dan budi bahasa. Jika kurang adab dan budi bahasa, cukuplah stakat diri kita sahaja, janganlah dibiarkan anak-anak pula melihat dan jadikan ia ikutan suatu hari nanti.

Pernah juga kami jumpa kakyam makan di restoren sambil buka kasut terlunjur kaki atas kerusi. Ishh...ishh. Pantang.  Gaya orang malas makan. Makan dengan boyafriend bleh duduk elok-elok, terkepit-kepit, makan dengan suami macam-macam gaya kluar. Uh!

Buat pertama kalinya kami sangat tertarik dan bangga dengan sebuah family nie. Ketika tu kami tengah breakfast di Skypark while waiting for my flight. Empat sekeluarga sedang makan dengan meriahnya. Ada ibu bersama dua anak lelaki dan seorang anak perempuan dalam lingkungan 17 tahun ke atas. Dah besar remaja anak-anak makcik tu. Banyak pinggan dan cawan di atas meja. Ada bihun goreng, nasi lemak, roti bakar,  kopi panas, milo ais dan sebagainya.

Selepas makan sebelum beredar keluar dari restoren, makcik tu suruh anak lelakinya kemas dan susun pinggan-pinggan dan cawan yang telah digunakan. Alhamdulillah, anak bujang makcik tu terus kemas dan susun sumer pinggan dan cawan di atas meja dengan kemas skali. Kami tabik spring to the makcik dan anak-anaknya. Bagus betul ajaran makcik tu terhadap anak-anaknya. Walopun anak yang disuruh tu lelaki, namun tiada rungutan malah kerja-kerja mengemas dilakukan dengan baik dan sempurna sekali. Insha Allah, bila anak-anak makcik tu sudah berkeluarga suatu hari nanti, pasti sikap yang baik itu akan diturunkan kepada anak-anak depa plak nanti dan seterusnya. Kami sangat bangga hinggakan rasa macam nak bangun pi shake hand and say tahniah dengan makcik tu dan anak lelaki beliau. Yes, I almost did!

Kami tersenyum sendiri, rupanya I am not a freak. Sebab kami pun sentiasa pektiskan amalan yang sama macam makcik tu.

Dan skali lagi kami tersenyum puas dan bangga bila waitress di restoren tu mengucapkan terima kasih kepada makcik tu sekeluarga sebab memudahkan kerja-kerja mengemas meja. Alhamdulillah. Macam tu lah sepatutnya berlaku. Harap amalan, akhlak dan budi bahasa nie sentiasa berkembang dan berterusan.

Kadang-kadang kami keliru, bila ibu atau ayah biarkan saja anak kecilnya menabur nasi penuh di atas lantai ketika makan di restoren. Usai makan, seperti ada pertandingan banting padi pula di bawah meja...
Bertitik-titik peluh petani membanjiri lantai restoren...