Jemput...jemput...sila ooo sila!
Ada makan-makan sket berkongsi rezeki dengan Mr Bossess, kawan-kawan office dan jiran tetangga.
Makanlah apa yang ada. Jangan malu-malu dan sila tambah jika suka. Sapa malu-malu nanti balik rumah termimpi-mimpi...hahaa
Bukanlah kebiasaan kami makan ketupat palas cecah rendang. Family kami on Aloq staq side memang dah biasa dan lebih gemar makan ketupat cecah sambal daging...Fuh! marvellous!! tiada tandingan. Tapi sebab kami dah blend dengan lifestyle di ibu kota [Aiceh! ayat meng-gaban] maka kami senang masak rendang saja. Seperti tahun-tahun yang lalu, kami guna tiga ekor ayam untuk buat rendang.
Malam sebelum tidur, kami goreng ayam dan blend bumbu siap-siap. Orang tua-tua pesan kalo nak masak-masak untuk kenduri, mana yang boleh blend malam sebelum tu silalah blend terlebih dahulu simpan dalam peti sejuk. Buatnya esok pagi takdak elektrik??? Toink!!!! uh! mimpi ngeri!
Makan nasi saja lar jawabnya.
Esok pukul 6 pagi kami tumis rendang....chenggg!! Terhenti lamunan jiran-jiran pabila bau aroma tumisan...Ahaks!
Kami juga bersungguh-sungguh promoting healthy and balance diet sepanjang musim perayaan. Ulaman segar daun pegaga dan kacang kelisa/botor yang sedap lagi berkhasiat sebagai pelengkap hidangan. Harapan kami kepada cikjah, marilah kita sama-sama mengamalkan pemakanan sihat. Kepada yang tidak pernah cuba ber-ulam, jomlah ramai-ramai ber-ulam! nyumm..nyummm....
Pheww! Alhamdulillah sumernya berjalan lancar dari pagi hingga ke 12 tengah malam. Style kami tak suka tangguh-tangguh. Malam tu jugak kami dah siap kemas. Esok boleh terus simpan insyaAllah tahun depan ketemu lagi. Mana lauk yang masih ada kami panaskan sebelum tidor.
Susah-susah jar tetamu datang bawa buah tangan. Terima kasih.
Kami ada tips untuk dikongsi dengan cikjah. Sekarang nie memang sangat mudah bila kita buat acara makan-makan di rumah, di office, di surau atau masjid, di tempat piknik atau di mana-mana jua. Mudah sangat-sangat sebab cikjah dah tak perlu penin-penin nak pikir pasal cuci pinggan mangkuk, sudu garpu dan cawan. Sumer pakai barangan kertas, polistrine ataupun plastik. Lepas makan terus buang dalam plastik sampah.
Sungguhpun begitu, janganlah cikjah amik ianya terlalu mudah hinggakan tidak sempat untuk berfikir seketika. Cikjah kena fikir golongan tetamu yang datang dan hidangan yang disajikan pada hari tersebut. Takkan nak makan nasi minyak lauk ayam bagai guna pinggan polistrine sudu plastik? Nak cucuk ayam tercucuk pinggan. Isi ayam belum terkopek sudu plastik dah patah...silap-silap ayam terbang ke pinggan orang sebelah...hahaa. Kesian tetamu. Serba salah depa nak makan. Nak minta itu ini rasa macam terlebih-lebih pulak. Kalo ada dan perlu dah tentu tuan rumah dah sediakan ye tak? Pada kami, keselesaan tetamu adalah sangat penting. Ingat cikjah, kita kena jadi host yang baik, bijak dan mesra lagi berbudi bahasa. Aiceh!
Untuk acara makan-makan di rumah kami, sememangnya kami akan kategori-kan tetamu yang datang. Bagi tetamu bukan Melayu yang kebiasaannya makan menggunakan sudu garpu kami sediakan pinggan kaca dan sudu garpu besi. Lebih mudah dan selesa untuk tetamu nikmati hidangan. Janganlah berkira sangat stakat basuh pinggan 10-20 biji tu.
Bagi tetamu Melayu yang semestinya sangat biasa makan menggunakan tangan tok-tokk, kami sediakan pinggan polistrine. Kami galakkan tetamu cuci tangan di dapur sebelum dan selepas makan. Boleh sabun-sabun tangan...Ahaks! Depa pun lebih enjoy makan hingga tak terkata. Kami pun gembira!
Selain itu kami juga turut memikirkan takkan tetamu bukan Melayu nak makan guna sudu garpu bagai tapi duduk bersila atas lantai. Awkward right? Lainlah tetamu Melayu sebab memang dah biasa makan pakai tangan duduk bersimpuh di lantai. Untuk itu, kami sediakan meja dan kerusi untuk keselesaan tetamu.
Mengikut pengalaman kami, ada lar dua tiga kali kami pernah terkial-kial nikmati hidangan di beberapa acara rumah terbuka orang lain. Macam mana nak cuil isi ikan tongkol dengan sudu plastik? Makan pulak duduk atas kerusi tanpa meja...satu tangan hold plate nasi, satu tangan control sudu...adeh...
Tuan rumah tak offer suruh cuci tangan dalam rumah pun. Maybe sebab tuan rasa dia dah provides sudu garpu, silalah guna...Erkk!
Berhempas pulas dan kontrol adab jugak lar untuk sesuap sudu nasi...hahaa
Pernah juga kami buang sampah dan basuh tangan di dapur tuan rumah...huuu mak haii!! sampah dah tersemburrr kluar dari tong sampah, pinggan cawan penuh dalam sinki. Takdak kain lap tangan dan dapur berkecah macam ada pertandingan gusti sumo...uh!
Kami tak gossip, bawa cerita atau komplen, cuma terdetik di dalam hati kecil kami bahawasanya kami berjanji dapur kami tak akan jadi begini! It was a learning process.
Dan janganlah sesekali cikjah jadi kampungdotcom, pi basuh tangan kat garden tuan rumah. Eeuuww!! Tak kelass lar cikjah....buat malu burung jar. Basuhlah tangan kat tempat sepatutnya, sinki di dapur atau ruang makan jika ada.
Ada tu plak hidangkan mee kari tapi di dalam mangkuk kecil bersaiz 4 inchi yang mana sesuai untuk hidangan cendol. Sangat comel mangkuk itu. Tak tergamak kami nak amik lebih-lebih. 3 suap, mee dah abis. Lepas tu plak, mee asik jatuh-jatuh sebab licin kerna makan guna sudu plastik tanpa garpu duduk bersimpuh di lantai. Derita jugak lar nak abiskan 3 suap tu...heheee
Maka, jika cikjah inginkan keselesaan berada di acara makan-makan rumah orang lain, hendaklah cikjah tawarkan keselesaan yang sama ketika orang lain berada di rumah cikjah. Harapan kami cuma satu, jika tetamu datang dan berasa selesa di rumah cikjah, mungkin depa pun akan jadikan ianya contoh malah mungkin depa akan jadikan acara di rumah depa lebih baik dari rumah cikjah. Mana yang baik jadikan tauladan, mana yang tak baik jadikan sempadan. Tak perlu nak berbelanja besar cukup sekadar apa yang ada yang penting bersih, selesa dan sedap adalah suatu bonus!
Satu lagi pesan kami cikjah, kawal dan awasi anak-anak kita ketika berkunjung ke rumah orang. Alhamdulillah jika anak-anak cikjah berkelakuan baik dan mendengar kata. Adab-adab ketika berkunjung ke rumah orang mesti kita jaga dan sentiasa amalkan. Dulu masa kami muda-muda dulu slalu kena jadi pengawas kat rumah my mom time sedara dan rakan taulan datang beraya bawa ramai budak. Datang rumah orang macam tak penah nampak bantal. Bantal kat sofa buat main baling-baling macam bola baling dalam rumah. Kerusi bulat kecik tu buat lompat-lompat pastu golek-golek keliling ruang tamu rumah. Aww! Disaster!!
Memang ada kids yang naughty tahap gaban... nauzubillah! kami tulis nama and submit kat guru besar. Ahaks! Tak lah, takder masa nak tulis-tulis nama, kami terus pi dekat budak tu diam-diam pastu jegei biji mata atau buat mata hantu kasi dia takut sket. Terus budak tu dok diam celah ketiak mak depa. Yang tak tahan tu, mak pak buat tak nampak jar kelakuan keterlaluan anak-anak depa. Ishh...ishhh...kesian.
Kalo kami time kecik dulu, pi rumah orang dok tepi mak diam-diam. Mak suruh makan baru makan, mak ajak balik baru balik. Tak berani nak terjerit lompat kat rumah orang macam kat rumah sendiri sebab takut nanti mak kuteii.
Terbaru, kami sangat terkejut apabila rata-rata tetamu yang kami jumpa di beberapa acara sibok dok main candy crush on the handphone. What???!!! kemaruk sangat kah sampai menghadiri majlis di rumah orang pun nak main candy crush? Di mana budi bahasa sebagai tetamu? Punya qalit main candy crush sampai anak melalak pun tak hirau. Owh my! Such a bad attitude mom. Anak melalak tahap gaban sebab nak main game kat handphone jugak tapi mak tak nak bagi. Anak tu tak salah sebab mak dah tunjuk such a bad example depan mata dia.....uh! urut dada tengok situasi sedemikian.
Apa-apa pun, jagalah adab dan berbudi bahasa-lah di mana jua cikjah berada.
Biarlah tak segak tapi baik hati penuh budi bahasa...Aww!
Selamat menjamu selera!