First time kami datang sini.
Itu pun secara kebetulan. Plan A; nak makan soto, dah sampai depan kedai tetiba tokey kedai suruh balik sebab kedai dah tutup. Buka semula pukul 5pm. Toink! Takkan nak tunggu 2 jam?
Tukar Plan B; makan lala tepi laut. Dah sampai sana tetiba jalan nak masuk ditutup dan laluan trafik di-divert ke laluan lain oleh polis bantuan sebab ada pertandingan memancing tepi pantai. Adesss...rosak Plan B.
Kami berada betul-betul di persimpangan jalan, nak belok kanan atau kiri? Lebih berkat kalo ambil kanan...hehee.
Kereta dipandu perlahan menyusuri jalan kampung tepi laut. Asik betul melihat pemandangan kampung dan sesekali kalo takder pokok-pokok, nampak air laut yang tengah mengalun kuat. Tiba-tiba! ternampak papan tanda Aroma ikan bakar.
Terus apa yang bermain-main di fikiran kami sebaik sahaja Plan B tak jadi tadi terpacul di bibir manis merah menyala...Eeuuwww! "Eh! jomlah kita makan kat Aroma. I've heard about this place but I've no idea that it is so near to the place we used to come. Lets keep driving darling" Aiceh!....hahaaaa. Harap-Harap Plan C menjadi.
After 15 minutes, kami pun sampai ke restoran Aroma yang tersergam besar di tepi jalan dan betul-betul mengadap laut. Jam baru 4.20pm.....Wah!! early dinner lar kita hari nie darling.....heheee
Kami pilih tempat makan gazebo sebab nampak lebih menarik dan betul-betul di tepi pantai. Gazebo-nya okay-okay saja. Dah nampak usang dan tahap bersih kami bagi 3star saja. Tapi memang sedap lar bila bayu laut dok hembuss kat pipi yang comel ini...hehee
Tapi nak duduk dekat meja saung atau gazebo buluh ini kena bayar RM10 atau RM20. Macam gazebo kami kecik jar so kami cuma bayar RM10.
Ini saung besar. Memang sesuai untuk family ramai-ramai.
Ini plak area meja makan yang biasa. Duduk sini free.
Ombak laut menghempas pantai memang agak kuat. Lebih menakutkan sebab air laut di sini berwarna sedikit kehitaman. Mungkin sebab sekarang tengah musim monsoon.
Dah sampai sini, cikjah harus pegi cari meja dulu. Dah ada nombor meja baru datang pilih ikan, ketam, sotong, udang dan segala.
Banyak review dan komen yang kami baca rata-rata mengatakan tempoh makanan nak sampai ke meja makan setelah pesanan dibuat agak mengambil masa yang lama. Ada yang setengah tu dah tumbuh janggut baru dapat order. Maka, kami pun stanby mental dan fizikal.
Selepas 40 minit, order kami pun sampai. Tapi tak jemu sangat menunggu sebab kami enjoy the view and environment from my gazebo. Dah, jom makan!
Tahap lazat? Urrmmm....kami bagi 4star. Hampir sama lazat dengan Parameswara di Umbai, Melaka. Hargapun lebih kurang saja. Cuma kalo ketam dan ikan tu di masak dan dibakar lagi 5-8 minit pasti lebih sedap....hahaaa