Sekali lagi kami berkunjung ke Janda Baik. Sesekali teringin nak mandi sungai. Perjalanan pun dekat, tempat selesa dan paling penting bersih dan tak terlalu penuh dengan orang ramai.


Shaun gembira sebab dapat ikut serta mandi sungai. Yippiee!!


Inilah tempat favourite kami!
Penginapan kami bagi 3star tapi sungai di sini kami bagi 5star!



Walopun kat KL hari-hari hujan, Alhamdulillah kat sini cuaca baik through out my stay.


Selain sungai, kami suka garden yang luas dan lepas bebas di sini. Terasa seperti mendakap alam. Kami sangat suka. Kami dah lihat D'Ark, As-Sakinah, Teratak Malaya dan lain-lain, namun hati kami tetap di sini walopun bilik resort di sini agak okay-okay saja.


Ini adalah antara bilik terbaik di sini berhadapan sungai. Satu row blok batu ini ada 3 bilik yang selesa berkipas angin. Apple, Cherry dan Pamelo. Kami stayed at bilik Apple iaitu bilik yang paling besar dengan harga RM300/night. Lepas kecek-kecekk kami dapat diskon terbaik punya! cayalah. Tenkiu :)
Paling best, no one here! Satu resort tu, kami saja...hahaaa party!

Cuma pada hemat kami, kalo ada guest check in di sebelah bilik kami, maka hilanglah nikmat privacy. Tambah pulak kalo ada budak-budak yang terlompat-lompat, berlari-lari dan terjerit-jerit tanpa kawalan. Lebih teruk kalo kurang bernasib baik jika datang big group guest yang tidak berbudi bahasa dan tidak bertimbang rasa mai buka meja buat kenduri makan bihun goreng, nasi lemak, rojak, durian segala kat porch tu....eeuwwww!!! bayangkan tahap bising dan ketidakselesaan kepada guest sebelah? owhhhh no! Sebabnya kedudukan bilik ini sangat dekat dan tiada pemisah. Kami tak nak sejarah hitam kembali berulang like masa kali pertama kami stayed di sini. Ketika itu kami checked- in kat chalet kayu warna-warni. Owh! my goat, dahlah sempit dan tak memenuhi standard kami [Ahaks!] jiran sebelah pulak dok main buai laju-laju ada apa dalam baju tengah-tengah malam. Beregarr dinding lantai sumer hingga mengganggu tidur kami...huh!!! gross nightmare!

Alhamdulillah, stay kali nie sangat nyaman dan penuh dengan privacy :)


Ini pulak deretan chalet blok kayu yang juga berhadapan sungai. Biliknya lebih kecil dan seperti dorm askar. Terdapat 2 katil single bed dan 1 bathroom. RM150/night. Kebanyakan day check-in guest yang datang cuma untuk mandi mandi akan check-in di sini dengan kadar RM70/day.


Sungai 5star yang memanggil-manggil kami untuk mandi. Kedalaman yang sesuai dan airnya sejuk skali! Jangan lupa bawa goggle!




Seriously tak dak orang okey....lalalaaaa

Kebanyakan guest yang berkunjung ke sini hanya day check-in sahaja. Lepas puas mandi sungai, depa pun pulang. Jarang lar nak jumpa check-in guest. Yang selalu check-in di sini ialah big group training. So, before datang, rajin-rajin lar tanya reservation office takut-takut cikjah tak selesa pulak bila dah ramai-ramai.


 Variasi bunga kantan. Rupanya ada yang berwarna merah dan juga putih.


Inilah biliknya. Pada kami okay-okay saja. Biliknya luas dan bersih. Mempunyai 1 bilik mandi dan 1 bilik air. Tiada tuala disediakan hanya sabun may kecik. Paling kami tak puas hati ialah lap kaki ada satu saja....erkkk! Patutnya ada tiga. Satu untuk pintu utama, satu untuk bilik mandi dan satu lagi untuk bilik air. Kami tak selesa bila berjalan lantai basah kecah-kecahh.


Namun tersedia lengkap almari baju, penyidai tuala, wing chairs dan dressing table.


Learn from the first visit. This time kami bawa 'assistants'. Maaf lah kalo kami cerewet sket...hahaaa
Tak kisah lah, janji kami selesa. Bukannya kami menyusahkan orang lain pun. Kami buat sendiri. Bukanlah juga bilik nie tak bersih, cuma spesifikasi kebersihan kami memang sangat tinggi cikjah. Jangan main-main...hahaa

Lagipun kami tak boleh duduk dalam bilik yang tertutup rapat. Tingkap dan pintu tidak dibuka. Kipas pulak tak berpusing...Uishhh! Rasa rimas, lemas, penin dan segala.

Melihat situasi bilik dan resort di sini, rasa memang tak sesuai lar nak buka tingkap dan pintu. Firstly kami fikirkan pasal keselamatan, secondly kami khuatir kalo ada orang dok mengendap atau amik gambar curi pastu posted kat e-bay....hahaaaa

Lagipun mesti lar malu kannn bila orang lalu lalang dok tengok cikjah golek-golek atas katil....tak sesuai taw.


Kami juga bawa bantal sendiri supaya tidur lebih nyenyak. Next time datang kami nak bawa selimut plak....hahaa


Setelah kami kemas dan rawat bilik kami, inilah hasilnya....tara!!!
Barulah selesa  untuk kami bermalam.


Berhadapan bilik kami terdapat satu gazebo hanya 2m dari gigi sungai.
Tempat lepak kami dan Shaun. Shaun dah tak sabar nak makan.

Ada satu situasi, hujan renyai tiba-tiba turun. Sekejap jar dalam 15 minit. Kami pun kalut hangkat baju kat jemuran. Kami tolon hangkatkan skali untuk satu guest sekeluarga nie. Depa sumer pakat tidoq dalam bilik. Termasuklah maid indon yang dibawa mereka. Kami pun tak paham macam mana suami isteri, 2 kanak-kanak dan 1 maid tidoq dalam bilik resort yg kecik dorm askar tu. Lepas hujan stop, maid pun kluar dan nampak longgokan baju yang kami tolong hangkatkan kat atas kerusi in front of their room. Dia senyum dan cakap thank you. Eh? macam mana dia taw kami yang hangkat?

Tiba-tiba dengan laju dia datang dan duduk lepak atas gazebo kami dan mula berbicara dengan kami dengan begitu ramah mesra skali......erkkk??!! apakah?
Kami jawab secara baik tapi tak mesra sangat, sebab kami tak kenal pun dia, pastu tetiba-tiba jer datang tanya macam-macam...uh! sorry lah...kami memang tak friendly sket kalo dengan bibik indon nie...jangan bagi muka dan percaya sangat. Baik? Blum kena memang lar cakap baik....uh! uhh!!
Bila kami tak layan, dia pun blah....Alhamdulillah...lega sangat. Kami datang nak relaks and enjoy my personal time, bukan nak cari pen pall....heheee....eksenn ko jah...Ahaks!



Nomm..nommm.nommmmm....



Dah kenyang, lepak-lepak dengar lagu....lalaaaalaaa



Ang-angg yang suka nyanyi


Janda Baik ketika ini sedang meriah dengan buah-buah kayu. Bergayut-gayut durian di atas pokok. Manggis pulak cuma RM3/kg....apakah??! Kalo kat KL mahu RM7-RM8/kg. Cuma rambutan baru berputik.


Fresh dan sangat manis.


No TV in the room. Maka kami pun marathon Adam dan Hawa 10 episodes.
Kami bukanlah peminat tegar untuk drama pujaan nie, cuma sekadar mengikuti petkembangan semasa. My friend yang download all the episodes, so we all pass baton lar...haha. Stakat ni dah 40 episodes lebih,  dialog pelakon pun asik ulang-ulang dan flash back saja. Meluat betoi! Semalam dah cakap, esok pagi cakap lagi, tengah hari cakap lagi, malam pun cakap lagi...aduhai.....
Bayangkan kalo sampai 80 episodes? Adoii! 


Aktiviti kami setiap pagi ialah ber-pilates di tepi sungai. Memang best.
Kena lar exercise, sebab nanti bleh makan nasik lemak lebih sket....yahuuu!


King Dancer pose.....berat nasik lemak nie...hahaaa
lift! lift! reach! reach!




Hampir semua resort di sini tidak menyediakan sarapan atau makan. Tapi jangan risau, banyak kedai orang kampung di kawasan sekitar. Inilah warung nasik lemak favourite kat kampung nie. Memang ramai orang. Seawal jam 7am dah mula beratur panjang.


Warung nie terletak di tepi simpang berhadapan jambatan di Lorong Chemperoh 3.


Shaun was here!


and so do I....heheee
Takkan Shaun drives plak kan...


Soto indonesia dan Bakso adalah antara menu yang tersedia di Kopi n Kraf Cafe. Sedap dan murah.


Wheww!!! ko Jah kalo berciter....panjangnya macam tulis novel :)
Hahaa...excited nak share good stuff ngan cikjah. Sebab tu pulun nie...hahaaa
Anyway, it was a fantastic short refreshing river getaway. Best dan nyaman dengan suasana kampung.