Alhamdulillah. Dapat skali lagi kami menjejak kaki ke tanah Betawi dan Kota Kembang. Tak banyak perubahan since my last visit back in 2007 and 2008. Macetnya tetap sama dan sorga membeli belahnya tiada beda malah mula dilanda demam fesyen korea...hahaaa

Dear Cikjah, please meet my new darling Shaun. He will be with me along this shop-shop-liday :)


I took KLM. It is way better than Air Asia. At least I departed peacefully from KLIA instead the lousy LCCT. Bigger aircraft but pretty aged and super-big size cabin crews...hehee.
Memang tua-tua cikjah, bukan fitnah. Memang patut aircraft depa kena saiz besar, sebab bila cabin crews berdiri kepala depa bleh cecah bumbung aircraft. Kami yang tak tinggi nie, nak buka overhead compartment kira kena jinjat! hahaaa...memalukan taw.

Cuma yang tak best sket [sket jar] ialah KLM mengamalkan each passenger has only 1 piece of FREE checked baggage allowance max weight 20kg. Cikjah boleh bawa 2, 3 atau lebih checked baggage jika suka, cumanya kena bayar walopun jika digabungkan 2 atau 3 baggage itu masih dalam lingkungan 20kg. Jadi, amat penting untuk cikjah membawa 1 super-BIG baggage untuk sumbat sumer barang di dalamnya dengan maximum weight 20kg. Mesti ingat tu! Tak jadi hal sangat waktu depart from KL, tapi yang susah hati bila nak depart dari Jakarta. Banyak barang beli woooo.....hehee

Namun begitu AA tetap di carta nombor satu. Nak check in sebijik beg 15kg pun kena bayar RM35. Ingat Tok Tony tu pemurah sangat ker nak bagi cikjah free check-in luggage? huh!---now everything has a price! Nak counter check-in pun kena bayaq 10 hengget....iskkk..iskkk....


Only 1 free carry-on baggage  max weight 10kg and 1 handbag allowed on the aircraf. Jika cikjah bawa beg sandang galas belakang dan 1 handcarry, itu sudah dikira 2 handcarry and you are not allowed to do that walopun beg sandang itu sebenarnya adalah handbag cikjah. Sebab setengah orang lebih gemar menggunakan beg sandang instead of shoulder handbag ketika travel. Maka kena lar pandai-pandai explain atau merayu sket time check-in. Ada kalanya kalo nak slamat, cikjah declare jar beg sandang itu as laptop bag. Remember this okay! Believe me departing from Jakarta before entering boarding hall, ada staff akan kira berapa handcarry carried by each passenger.


Kak yam, kak nah, kak peah, kak ton posing madonna before take off.


Arrived at kota Betawi around 7pm. Had dinner near Bandara before heading to Kota Kembang.


Perjalanan ke Kota Kembang, seperti biasa memang sangat macet sebab it was weekend. 2 hours drive bisa menjadi 4hours drive...Huh!
Apa-apa pun, kami slamat sampai dan checked-in kat hotel nearly midnite. This round, I has no power to decide on accomodation. Undi  majoriti. End up we all checked-in at Sukajadi Hotel. Owhhh my goat!!!!
Sukajadi hotel sucks! Smelly towel, no soap, lousy breakfast and what a small room. I can't even swing a cat. Uh! I keep telling myself, kalo pi holiday, accomodation is one of the top criteria. Bukanlah nak hotel mahal berbintang-bintang tetapi cukuplah sekadar selesa, bersih dan tak bising.
Nak dijadikan cerita, my room facing the main road. Every seconds ada keta lalu lalang. Macam mana nak tidoq? On top of that, takder tempat menarik pun di sekitar hotel.

Biarlah apa pun yang terjadi dan selalu orang cakap, takpalah kalo check-in hotel besa-besa jar, nak buat tidor malam jar pun....urmm.....think twice even triple pun worth it. Kalo tak leh tidor, tak bersih macam mana nak survive and enjoy the trip for the next 4days?

My choice to stay at Papandayan Hotel during my first visit and second visit was at Guelis Hotel memang terbaik. Walopun fenin kepala tahap meletopp sebab kena buat reasearch, survey and read a lots of blogs, travel reviews and etc semata-mata to decide which hotel to stay - absolutely berbaloi. Guelis Hotel tu sebelah jar dengan Episode dan Penyawangan Restaurant and fronting Grande. Ulang alik FOs 50kali pun tak kesah :)


[Jangan propa! this photo was edited using HDR sebab tu nampak macam kaki karat okey...hahaa]
I've never been to Pasar Baru before sebab I opted for Tanah Abang at Jakarta, lebih besar dan selesa. Tapi kali ini disebabkan kedatangan kami berhajat, maka wajiblah ke Pasar Baru yang sempit, macet dan penuh dengan manusia. Let the shopping begin!


Tara!!! Beratus kedai kain macam nie located inside Pasar Baru building. Fenin! Oleh sebab kami tak punya banyak masa, maka kami picked one big shop dengan harapan boleh beli semua di satu kedai. Jimat masa.


Memang julinn lar mata bila memandang fabric renda sebegini. Pelbagai warna. Kalo cikjah datang tanpa warna tema, abes lar. Terus rabun dan sangat susah nak buat pilihan. Semuanya sangat sangat santek!


Tapi awas, periksa belian dengan cermat dan jangan sampai tertipu. Sebab kita kurang familiar dengan matawang rupiah dan mungkin keliru dengan bilangan '0' yang banyak. Kira kuantiti atau bilangan meter kain secukupnya. Kadang-kadang kita beli 10m, tapi dalam bil depa tulis 12m.

Satu lagi, amati dan periksa fabric yang dipotong oleh jurujual, kadang-kadang ada yang rosak atau koyak. Mata kena tajam.

Selain itu, layanan jurujual dan tokey kedai memang tip top tahap meletup. Cikjah duduk jer rilek kat sofa, jurujual yang datang bawakan atau cadangkan kain depan idung cikjah. Tapi awas! apa yang dibawa atau dicadangkan itu selalunya yang mahal!!! Kalo kita pergi ke longgokan kain yang semurah RM10/meter, jurujual akan keluarkan ayat-ayat "owh! itu tidak bagus kainnya, cuba yang ini" nun jari ditunjuk pada yang mahal di sudut sana...hahaaa

Tidak mungkin sama skali jurujual akan recommend-kan kepada customers kain lace yang santek semurah RM10/meter. Secara average, mereka akan cadangkan kain berharga RM50/m ke atas. Terpulanglah kepada cikjah. Jadi, jangan buta-buta menyerah diri kepada jurujual untuk membuat pilihan belian cikjah. Bawa-bawa berjalan sekitar kedai dan tanya harga. Satu lagi style jurujual, mereka tiada kuasa untuk menentukan harga. Bila customer tanya berapa harga, mereka akan panggil tokey kedai dan rujuk kepadanya. Di situlah kita sebagai pelanggan akan rasa spesel. Kononnya tokey kedai bagi kita harga murah dan istimewa direct from him. Tetapi sebenarnya itu adalah marketing strategy. Jangan sampai tertipu. Naik meluat kami bila kami tanya berapa harga, mesti nak rujuk tokey kedai. Lepas tu mulalah keluar ayat-ayat manis melampau. Minta diskon kedekut. Bluek!


Lace sarat berbatu-batu RM200/meter.


This one around RM180/m.




Okay tak kaler ijau? hehee


Selain itu, cikjah mungkin akan diberi complimentary drink. Fuhh! free....minum jar lah. Tapi minuman hanya akan diberi jika cikjah dah start potong kain...hahaaa. Kalo dok tanya itu ini, tapi tak jugak potong kainnya, minum air liur jer lah :)


All the lacey fabric! Yeyyy!!! RM1.5k all in this foldable travelling bag.
Memang tak puas hati lar sebab beli kalut-kalut. Kalo bleh, nak 2 hari focus kat Pasar Baru jar...hehee


Tunjuk sket


Been in Kota Kembang a few times, tapi never bothered to do sightseeing sebab shopping is a lot more important for me. Tapi kali nie, kami pegi Tangkuban Perahu. Tak sah lar kalo pelawat datang Kota Kembang tapi tak tangkap gambaq kat sini.



Tempatnya memang menarik dan highly recommended untuk datang. Cuacanya dingin dan saujana mata memandang. Bau sulfur agak kuat memenuhi ruang udara sekitar and pinta kami please please please janganlah naik kuda. Kesian kat kuda-kuda di sana. Kurus dan nampak menderita. Tampak dipaksa untuk dijadikan tunggangan pelancong. Kadang-kadang ada kuda yang cuba berlari laju. Agak merbahaya kepada penunggang terutamanya kanak-kanak. Kalo cikjah tak beli dan skaligus tak support aktiviti horse riding nie, maka dapatlah cikjah jaga kebajikan kuda-kuda tersebut dari terus tersiksa. Please....let's support the animal welfare. Thank you so much!






Vendors selling snacks.





Row of shops at Tangkuban Perahu.


Posing Posh Spice with sweetie little baby Zara


Warung jamu


Check out the ayam togel gantung yang kuyuss. Makan nasi padang, blum penah jumpa ayam saiz A, sumer size S or XS


Sedap! Keledek goreng, pisang goreng, tauhu goreng and etc. Harus cuba :)



Toko Tiga jual jeans. Tak ada apa yang menarik pun. I took a chance lepak at their indoor garden.


Sambung lagi....jom kita ke...



Ramainya orang di dalam kedai Kartika Sari. Memang wang besar! Bisnisnya maju skali!


Selain femes with Brownies, ada pelbagai jenis kuih tempatan dijual di sini.






Beli brownies untuk sedara, kawan-kawan dan jiran sebagai buah tangan. Kalo cikjah tanya yang mana lagi sedap, I would say Brownies Kukus paling sedap instead of Brownies Bakar.
Sila periksa expiry date brownies belian cikjah okay. Takut blum sempat pulang ke tanah air, dah expired.


Mangga yang dijual tepi jalan. Sungguh harum dan lazat. Kami beli sket untuk makan kat hotel. Memang luar biasa lazat dari mangga yang pernah kami makan di Malaysia!


Gilo ko kalo datang Kota Kembang tapi tak pegi Rumah Mode! Ahaks!
Wajib! Wajib! Wajib! datang sini. My personal opinion, tak payah nak wasting time pegi FOs yang tak baper femes. Baik datang Rumah Mode, semua ada kat sini. Kualiti lebih bagus dan memang nyaman shopping di sini. Besar, ada air-cond, clean washrooms, yummy restaurants and cafe dan landscape yang santek. Beside Zara stuff, one of my favourite department at Rumah Mode is lingerie...hehee

Dari mula lagi kami dah planned nak stock up undergarments at Rumah Mode. My stock purchased 4 years ago masih dalam keadaan baik dan sangat selesa. Paling penting very cheap okay :)  At Rumah Mode, DKNY's nylon without a stiches brief panties just RM10/piece?! Owhh! hard to resist...tring! dan kami juga suka collect nightwear. I don't really like PJ though sebab kalo nak basuh it considers 2 pieces. Kalo dress/gown...kami basuh 1 piece jar....heheeee


Shaun taking a break at RnR.  Pegi toilet and minum kopi dulu before heading back to Jakarta.


First time visiting Monas. Ramainya locals walopun di kala senja. Ternyata locals gemar lepak di tempat-tempat awam sebegini. Seolah-olah ada konsert...Erkkk! Tapi sebenarnya takder apa pun kat sini selain monument nasional itu.

Sepanjang jalan persiaran sekitar taman, penuh dengan para penjual. Jualannya bukanlah apa-apa sangat. Cukup sekadar bentangan sekeping kain lusuh di atas jalan tar, beberapa barang jualan, atau beberapa tin minuman, atau beberapa kotak rokok, atau beberapa bungkusan keropok di bawah sinaran bulan semata.


Destinasi berikutnya ialah Mangga Dua. Yeyyyy!!!
Janganlah dilabelkan Mangga Dua ini seperti mana-mana shopping mall di Malaysia. Kerna ada yang berpendapat, tak datang sini pun takper, sama jar barang yang dijual kat Malaysia. You are wrong cikjah! Totally wrong!  Ternyata cikjah kurang mahir selok belokk dan teknik membeli belah...Ahaks!

Barangannya berbeda dan harganya jauh lebih murah. Tersedia pelbagai branded  imitation stuff like handbags, watches, purses, shoes and etc. Gred A, AA or AAA pilih dan bayar saja. Selain itu, di lantai satu atau bawah skali, terdapat longgokan gerai-gerai kecil menjual handbags dan sepatu semurah Rp50,000 ataupun RM17. Fuhhhyoooo!!! Walopun cuma RM17, jika bijak memilih mutunya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan barangan yang di jual di sekitar Malaysia seperti di pasar malam, uptown flea markets, petaling street and etc. Malah lebih baik dari online korean stuff. Cuma kena fikir banyak kali, macam mana nak bawa balik.



Shaun posing in front of the restaurant before having dinner.


Back to hotel in Jakarta. Huaarghhh!!! *yawning* nighty nite all


Checking out and leaving Kota Betawi....wuaaaaa....shopping tak abes lagi, tapi duet dah abes....huawwwwaaaaa



On the way to aiport. Bye-bye Jakarta, jumpa lagi!


Sedap plak Starbuck newest flavour Sea Salt Caramel Machiato. Fantastic!


Streching!


Chilled out at boarding hall.


Finally Shaun slamat tiba di Malaysia. Shaun on the Aerotrain to the KLIA main terminal building. Shaun kini berstatus warganegara Malaysia...heheee


Welcome to your new home Shaun! muahhhhh!!


Kami suruh Shaun posing with the new sexy nightwear gown from Rumah Mode. Takkan lahh kami nak posing plak kan, takut nanti tercabut wayar komputer cikjah...hahaaaa


Shaun bawa ramai anak rupanya ^____^
Jenuh kami kena jamu nasik...hahaaa


Wahhh!!! memang mengasyikkan berada di Kota Betawi dan Kota Kembang. Memang tempatnya untuk membeli belah. Lepas nie balik Kuala Lumpur, cuti shopping 3 bulan sebab dah muakkss sopping....heheee