Yuuhuuuu!
I just got home from Jakarta and Bandung. So, ini kira kes tertunggak baru nak citer...heheee
Sepeninggalan kami sebelum berangkat ke negara Betawi, wajiblah kami memastikan kebajikan my garden members terjaga pada tahap yang paling maksimum. Segala persiapan telah dirancang seminggu lebih awal. Hati memang risau, sebab for the past 4weeks hujan cuma turun 3-4 kali sahaja. Cuaca memang panas dan setiap hari kami siram pokok. Lambat siram, kesian kat pokok, dahaga yang amat.
Berbekalkan sedikit idea kerastangan, kami buat self watering bottle special for my beautiful Petunia. Mengapa Petunia saja yang dapat layanan istimewa? Sebabnya kerna, Petunia nie sangat sensitif. Hari-hari mesti minum ayaq at least 2 kali sehari. Pokok-pokok indoor yang lain okay jar. Sekali siraman, at least boleh survive up to 3-4 days.
Kami isi air siap-siap dalam botol dan tebuk tiny hole [sekadar menitiskan air secara minima] pada penutup botol. Gantung botol secara terbalik supaya air dapat menitik turun ke dalam pasu. Kami tak tebuk atau potong mana-mana bahagian botol sebab takmo botol kami nie nanti jadi rumah jentik-jentikk bin nyamuk plak. Okay set! Pokok checked. Lepas nie nak antar kucing comell kami boarding kat hotel plak.
Air dalam botol masih berbaki dan terima kasih Allah sebab sepanjang ketiadaan kami, memang hari-hari hujan. Syukur!!