Sepintas lalu ketika memandu menyusuri jalan di Kampung Janda Baik, kalo tidak mendongak pasti cikjah tak akan perasan akan kehadiran cafe yang sungguh cantik dan nyaman ini. Lokasinya betul-betul di lereng bukit di tepi jalan. Dikelilingi pokok hutan asal semulajadi kelihatan struktur binaan batuan sebuah kafe dan galeri barangan antik dan kraf tangan di celahan rendangan pohonan hijau. Ianya pasti akan memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat lantas menggamit untuk singgah dan menikmati apa jua yang terhidang di sini.
Lokasinya berhadapan Rumah Amal Nur Zaharah. Ini kerana kafe ini adalah sebahagian projek atau rangkaian dari rumah amal tersebut. Hasil jualan atau keuntungan dari kafe ini akan disalurkan ke Tabung Rumah Amal Nur Zaharah. Jadi tak salah kiranya cikjah singgah seketika di sini untuk makan dan beramal :)
Persinggahan kami di kafe ini bagaikan mengubat rindu kami kepada Ubud, Bali. Suasananya hampir sama seperti private villa yang terdapat di sekitar Ubud yang menjadi kegilaan kami. Nyaman, tenang dan jiwanya lepas bebas di rimbunan alam semulajadi. Hebat! Kami cukup teruja berada di sini.
Terdapat dua lantai tempat makan untuk bersantai.
Lantai pertama dengan anjung dan susur tangan yang sedikit rendah. Awas! mungkin bahaya kepada anak-anak kecil.
Lantai atas berkongsi kawasan dengan galeri kraf.
Pokok kayu hutan tidak ditebang, malah dibiarkan terus tumbuh melalui celahan lantai kafe.
Jika cikjah berminat, boleh beli barangan yang dipamerkan.
Menu yang disediakan sangat terhad dan disusun mengikut minggu. Kebetulan minggu ini adalah menu Soto Indonesian. Rasanya sedap dan unik. Jauh berbeda dari soto yang pernah kami masak atau makan sebelum ini. Harganya pula sangat berpatutan dan tidak keterlaluan jika kami kategorikan harga di sini sebagai murah jika dibandingkan dengan suasana dan keindahan kafe ini.
Kalo cikjah ke Janda Baik, pastikan singgah di kafe ini untuk makan dan menderma okay :)