Welcome back :)

In this entry I'm sharing the places of interest around Taiping. Baaaaaanyak sangat tempat best kat sini. Macam~macam ada! and I suggest cik jah do all of them! Wheeewww!

First and foremost mesti lar PICNIC at Taiping Lake Garden.


Segala persiapan memang chek bawa dari rumah. Bersiap sedia cik jah oiii....
Kalo stakat lapik surat habaq pastu makan koci....kat blakang rumah pun bleh picnic...aceh! Chek memang suker picnic [dry picnic lerrr...kalo wet picnic kat ayaq terjun errrkk..tak baper suker :P. Kalo kat beach chek x picnic. Chek suka baca buku and Zzzzzz...lol]


Betapa cantiknya Taiping Lake Garden nie tak dapat digambarkan. Sangat cantik, bersih, luas dan sejuk mata memandang. Kalolah cik jah orang Malaysia, wajiblah datang ke sini at least sekali seumur hidup.
Sehinggakan tengah hari remang panas lit~lit dalam pukul 12pm ~ 3pm pun ramai orang dok picnic [that's include me though...lol].


Kalo stakat tripod terpacak hebat kat atas rumput dengan DSLR Nikon D90, D7000 kar MarkII kar...sepah~sepah dok tersangkut kat tengkuk si~photographers...huh! nyampah! jeles okay~~~~~.*  chek amik gambar pakai iphone & compact cam jer...lol


Pokok~pokok di tepi jalan yang sangat tua dan super big! Tak dapat bayangkan kalo satu hari nanti pokok~pokok cantik ni  tumbang  kerana usia yang uzur T__T


Seolah~olah membentuk terowong.



.....and kalo datang sini tak amik gambaq kat sini, memang tak sah. Wajib! Tengoklah rumput kat depan bench tu...sampai botak sebab terlalu ramai orang duduk atau amik gambaq kat sini :)



Tenang. Damai . Indah


Nah! amik ko sampai qemot~qemot the picnic blanket sebab pulun golek~golek hindustani...heheeeee
2 hari berturut~turut chek picnic kat garden.
Tiap kali chek bentang my checkered picnic blanket tu, sumer mata pakat dok jeling....huhuhuuuu
Lawo lar tu....chek sorang jar dok hampaq tikaq lawo macam nie :) ahaks!



Baring~baring kat garden sambil reading story book yang laaaaaama sangat nak abes....heheheeeee


Jeng! jeng!! tak pernah termimpi bahawasanya suatu hari chek akan sampai ke puncak Maxwell Hill nie.
Kat atas nie tak ada apa. Ada lar 2~3 resorts tapi macam tak ada orang sangat. Ada cafe tapi tak buka. Pokok bunga pun tak braper nak ada. Pendek kata, enjoy view and cuaca sejuk nyaman saja :)


Paling~paling~paling tak sangka ialah pengalaman naik jeep dari kaki bukit ke puncak. OMG!!!
dah lar perjalanan lebih kurang 30minit. Jarak dalam 8km. OMG!!!
Kalo suruh naik lagi skali, chek surrender. Mengerikan!!! kulit chek yang putih nie [aceh!] terus bertukar menjadi biru!
Tapi memang mencabar adrenaline dan semangat. Syok~syok kecut gitu....errrrrrr..........
Tapi their driver giles terer. Bertahun~tahun pengalaman. Naik bukit berliku~liku, selekoh tajam & curam tak hengat dia bawa sebelah tangan jar O.O huh!


Sarapan nasi lemak kat kaki bukit Maxwell Hill.
Jangan terkejut, ramai jugak orang  datang nak naik Maxwell Hill ni. Siap berbaju sejuk bagai. Tak putus dengan penduduk tempatan dan pelancong luar dari daerah Taiping :)
Bukit ini juga penuh dengan pejalan kaki dan  pendaki bukit. Most of them dah tua~tua. Tapi masih kuat dan gagah mendaki. Kanak~kanak sekolah rendah pun ada yang mendaki dari kaki bukit hingga ke puncak! Owh! My!!


Adalah dinasihatkan supaya cik jah datang awal. Pergi beli tiket kat office dulu pastu baru lar pegi makan. Hanya 10 penumpang setiap jeep. Sekali naik mungkin ada 2 jeep atau lebih. Tempoh berada kat atas puncak ialah 2 jam. So, kalo jeep dah penuh, kena tunggu lorrr....


Akhirnya sampai...Yeyyyy!!!! Segala ketakutan naik jeep hilang bila melihat pemandangan sebegini indah...Phewwwww~~~~~


Bunga dahlia yang baru tanam. Tak banyak tanaman bunga kat sini.


Air terjun di pertengahan dakian.


...dan satu lagi wajib pergi ialah Night Safari at Taiping Zoo.
Night Safari RM16/adult. Naik tramp lebih kurang 40 minit~1 jam keliling zoo. Best jugak! Cuma sistem pencahayaan perlu diperhebatkan lagi supaya nampak lebih menarik.


Aheheeeee....sebab tak puas dengan keindahan semulajadi zoo taiping, chek pergi lagi skali on day time plak...heheeeee :)
Day visit RM12/Adult. Kalo orang Taiping dpt diskon 30%

The above are Yellow and Blue Macaw. Mulut bising yang amat. Tiong!~tiongg!!~tionggg!!! macam alarm keta :)


Orang Utan plays jokes





Zoo Taiping kecik jar. Kalo jalan kaki dalam 2.5km sajer.
Kawasan zoo cantik, banyak pokok rendang dan suasana redup dan tak dak BAU! lol



Best kan jalan~jalan di Taiping :)


These kittens belongs to the restaurant owner near Taiping Lake. Gaban hebat, mak kucing skali branak dapat 6 ekor! o.O
Sumer comel~comel dan bersih...eeeiiii~~~ geram :)


Maka, tamatlah sudah pecutian 3D2N yang sangat best.
Sangat berpuas hati :) :) :)


Maka tibalah waktu untuk pulang T__T. Kalo datang cuma 2.5hrs [KL~Taiping], tapi lain pula ceritanya bila balik....Adehhhhh.....4 jam! nearly emo already.....uhukk! uhukk!! Bayangkan right after Ipoh all the way to KL paling laju tekan minyak 90 jar.....adehhhh....skejap speed skejap kemut~kemut....siamang betul ~.~ Bukannya ada apa~apa pun on the road, cuma bilangan kenderaan yang sangat banyak.....huhuuuuu....
Alhamdulillah...chek slamat sampai rumah dengan gojesnya at 8.30pm :)

Well....apa cik jah rasa? ada rasa nak pegi holiday kat Taiping? heheeee....pegilah...Taiping best woooo! ^_____^