Nyum...nyummm! another masterpiece of mine! ehh! silap...recipe orang Kedah...heheee
Bihun sup utara hebat! original kaww-kawww punyer dari dapuq orang Kedah. Nombot satu dalam carta taw. Can't find no where else except in kedah or di rumah orang kedah, dijual oleh orang kedah, wife/hubby cikjah orang kedah, kawan cikjah orang kedah, dan bermacam-macam kedah lagi (tak caya? pi tanya orang kedah...huh!)
Selalunya ini adalah menu hujung minggu. Masak simple macam ni sebab cepat, mudah dan lazat. Paling penting buleh makan ulang - ulang...heheeee (kelazatan bergantung kepada chef yer).
Menariknya mengenai menu ini ialah BIHUN KUNING. Memang lain dari yang lain. Sebab itu lah ianya nampak cukup menggoda dan lazat. Tapi warning untuk cikjah, jangan pandai-pandai dok pi tukaq kaler jadi bihun hijau kar, bihun merah kar....tak lalu kot nak makan nanti....errrrkk
Cara menyediakan Bihun Kuning:
Bihun direndam dengan air panas dan serbuk kunyit sehingga lembut [5-7 minit]. Kemudian tos dan siramkan seketika di bawah air paip supaya proses memasak berhenti dan dapat membersihkan sisa serbuk kunyit [jika ada] yang terlekat pada bihun.
Nama pun bihun sup, mesti lah ada SUP kan....
For a wonderful taste use beef instead of chicken because beef give more flavour to your soup.
Bahan Sup:
Daging lembu [potong kiub/kecil supaya senang nak hiris nipis nanti]
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 inci halia [tumbuk sedikit sekadar terbelah]
Kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga
1 paket rempah sup
2 biji bawang besar + 4 ulas bawang putih - kisar
1 kiub pati sup bunjut atau pati daging
1 ikat sup bunjut
Air
Garam dan gula
Daun sup
Daun bawang
Cara:
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
- Masukkan bawang kisar dan rempah sup. Biarkan masak hingga naik minyak lebih kurang 8 - 10 minit.
- Masukkan ketulan daging dan biarkan mereneh bersama rempah lebih kurang 5 minit. Masukkan air secukupnya dan sup bunjut. Jika suka boleh masukkan kiub sup bunjut atau kiub pati daging [susah nak dapat stock kiub sup bunjut kat kedai sekarang]. Biarkan sup masak hingga mendidih.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mereneh dan daging empuk. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum tutup api. Siap dah.
Garnishing with these - bawang goreng, tauhu goreng, lobak masin, daun bawang, daun sup, limau nipis, cili merah dan hirisan daging rebus.
Yang nie kami share rahsianyer ngan cikjah okay. Sebab kami suka kalo kat dapoq cikjah ada menu utara....hahaaaa
Cikjah can give this recipe a try. Definitely you can't go wrong with this. Happy trying!
Cikjah can give this recipe a try. Definitely you can't go wrong with this. Happy trying!
Sambal Bihun sup powerr
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan cili boh. Pilih brand ciliboh yang bagus taw. Kami selalu guna cap MAZ jar. Kami tak pernah masak menu bercili menggunakan cili boh, inilah satu-satunya menu yang kami tahu masak dan kami guna cili boh. Tapi itulah rahsianya untuk sambal cili yang tiada tandingan di dunia!
- Masukkan gula. Untuk sambal cili nie memang memerlukan banyak gula. Tapi agak-agak, jangan terlalu manis. Nanti tak sedap plak cili manis.
- Masukkan sedikit garam, jus asam jawa dan 3-4 keping asam gelugur supaya seimbang rasa pedas, masin, manis dan masam.
- Biarkan cili merenih dengan api yang kecil hingga masak dan pekat. Selalunya dalam sekitar 30-40 minit atau lebih.
Well, kami harap cikjah dapat try resepi hebat ini di dapuq cikjah suatu hari nanti.
Selamat ber-Bihun Sup!