.

.

Oct 28, 2014


MashaAllah! SubhanAllah!
Santeknya negeri Kedah. Negeri lain pun santek jugak, cuma negeri Kedah lebih sket. Ahaks!

Walopun dah terlewat nak bicara pasai Raya Haji sebab dah masuk Maal Hijrah namun kami nak juga citer pasai kepulangan kami menyambut raya haji di kampung tiga minggu yang lalu...kalo tak citer, tak dapat lar kami tayang gambaq kampung halaman negeri Kedah yang meletop-letop nie...hehee

Gambar meletop snapped with iphone di atas tu ialah rumah sedara kami ketika pergi menziarah raya haji.


Sebab cuti tak lama, kami balik naik flight saja on Raya Haji's eve. Ramainya orang kat airport sampai tak cukup tempat duduk. Hampir sumer evening flights delayed sebab cuaca buruk. Hujan lebat dan sedikit ribut. Sungguh kami tak sangka masih ramai yang rendah moral dan takdak sivik. Tempat duduk di dalam boarding hall memang dikhaskan untuk manusia duduk tapi depa buat tempat letak beg! Kalo orang tak ramai okay lah letak beg atas kerusi, tapi ini tidak, orang punya lah ramai  berdiri dan dok pusing-pusing hall cari seat, Sket pun kakyam, kaknah and kakpiah tak terasa nak ubah beg supaya orang lain boleh duduk walopun orang dah lalu depan batang idung dia yang kembang tu. Uh! Memang kesian. Muka lawa, pakai lawa tapi moral rendah.

Berbeda plak dengan situasi kami, Kami siap panggil amoi tu duduk sebelah kami sebaik saja kami ubah beg kami. Smoga cikjah tak macam kakyam yang rendah moral tu. Apa salahnya berkongsi. Bukan berkongsi suami pun...erkkk!

Oleh kerana kami balik on raya's eve, kami dah minta tolon kekanda belikan daging, tulang dan barang-barang nak masak untuk hidangan pagi raya. Biasanya hidangan untuk raya haji tak semeriah raya puasa. Ketupat dan makanan utama saja. Kuih raya kalo ada adalah suatu bonus. Kami dah planned nak masak bihun sup for the pagi raya. So, sambal cili kami buat siap-siap kat KL dan bawa balik kampung. Sebab kami sampai Kedah dah malam, kami juga dah minta tolon kekanda rebus tulang dalam slow cooker. Esok pagi raya kami tumis kuah sup saja. Owh, demikian lah perancangan kami. Alhamdulillah sumernya berjalan lancar. Kami buat 3 bungkus bihun.

Daun sup kat rumah kami bungkus elok-elok bawa balik Kedah.
Haaa...takmo membazir okay. Dah ada tak perlulah beli baru lagi.


Sebaik memasuki ruang udara Alor Setaq, tudia! bendang terbentang luas penuh dengan air. Kuantiti air dalam bendang sampai dah melimpah ruah. Kalo hujan masih berterusan sehari dua lagi, gerenti banjir.








Kesian para petani, kerja-kerja bendang tak dapat diteruskan kerana kuantiti air dalam bendang terlalu banyak. Kena tunggu surut sket kot.


Kagumilah gambaq kami ini cikjah. Juga kawasan bendang sekitar rumah sedara kami. Memang santek!


Bendang kekanda di belakang rumahnya pun penuh dengan air.


Taraa! Kucing baru at my mom's house. Muka nebess giles sebab this kitten consider pretty wild. Tak penah mix dengan human since baby. The mother is a stray cat that decided to make my mom's house as her permanent resident. Tak bela sangat lar cuma sentiasa bagi makan. Masuk rumah pun jarang-jarang. Tapi kami terer sebab dapat tangkap dia. Gotcha!

I named her Congett sebab bila nampak manusia terconget-conget dia melarikan diri....hahaaa


Paling best kalo menyambut raya haji di Kedah nie ialah kenduri korban! Yes!! best giless.
Tahun nie kebetulan both my mom and kekanda buat korban. So, banyaklah kami makan kenduri lauk daging korban yang lazat dan hebat! Suka!!!

Selalunya kalo kenduri korban menunya sangat ringkas seperti nasi daging cecah ayaq asam atau nasi putih dan gulai daging campur kacang panjang. Fuh! Tak payah lauk lain dah. Makan nasi berpinggan-pinggan.

Tapi kenduri korban kekanda paling terbaik. Ada macam-macam lauk. Ada nasi putih lauk gulai daging ceroi-ceroi, gulai itik, daging masak kicap, ikan bakar cecah ayaq asam, nasi kerabu dan sayur keladi! Lepas tu ada pencuci mulut bubur pulut hitam yang meletop! Tudia! Kebetulan plak it was my lunch just before flying back to KL. Lepas makan terus ke airport. Kekanda bungkuskan lauk plak tu. Owh my kekanda! I love you!! Sampai KL, lauk gulai pun panas lagi. Sekali lagi makan sedap time dinner. Yeahh!


Cer cikjah tengok, sekotak tu penuh dengan daging korban untuk bekalan pulang ke ibu kota. Dasat.


Tips kami untuk bawa pulang daging korban ialah pastikan daging disejuk-beku dan simpan kemas di dalam bekas plastik untuk mengelakkan sebarang kebocoran atau lelehan air. Sampai KL, daging still keras macam batu.

Kami tak suka campur aduk barang makanan di dalam beg pakaian. Lebih mudah dan selesa kami masukkan sumernya ke dalam satu kotak. Tenteram jiwa dan tak perlu fikir apa-apa. To travel in style, pastikan kotak tu kotak yang elok dan dibungkus serta sealed dengan santek. Janganlah tangkap muat saja okay. Ahaks!


Taraa! ada macam-macam. Bahulu ikan wajib sebab favourite cecah dengan ayaq tea..hehee


Sebekas penuh kekanda titipkan cabai melaka. Kecik potet jar saiz dia. Tapi pedas berdengungg!


Separuh kami dah buat cabai jeruk. Nyum!


Ini kami pelik. Sangat-sangat pelik. Rasanya naik flight bukan naik bas. Ahaks!
Entah macam mana boleh lepas ground security and cabin crews check. Bukan saiz cabin baggage pun. There are so much bigger! Twice bigger! Beruntung pasangan suami isteri nie sebab depart from Alor Setaq airport. Kalo kat KLIA2 or worst LCCT tobat kena tinggal baggage nie kat airport. Kalo nak bawa jugak sila bayar ratusan ringgit if taking AA.

Lepas tu macam comell jar kan parking beg kat dalam flight macam tu....hahaa
Pada hemat kami, rasanya depa nie sampai airport sangat sangat lambat. Kaunter check in dah tutup. Fortunately depa dah buat web check in, so depa bleh boarding as usual. Cuma masalah luggage saja. Namun begitu? takkan takdak satu mekanisma untuk menanggani masalah macam nie? Banyak masalah yang timbul lebih-lebih lagi melibatkan aircraft safety.

Stewardess dah jeling-jeling. Nasib baik abang kargo ada lagi, so naik lah abang kargo dalam aircraft amik beg depa, tagging and bring it to the back of the aircraft. Humakkhaii!

Servis tip top betul Fireflyz nie. Passenggers tu tak dak kena apa-apa pun, in fact dilayan dengan baik plak tu. Untung depa. Orang Kedah memang baik-baik belaka. Ahemm!


Sebaik memasuki ruang udara KL, Uwek! Meluat! Menyampah!
Jerubu rentas sempadan tak habis-habis walopun hujan hampir setiap hari. ..alahaiii negara jiran. Gajah terbang pun memang tak nampak. I saw nothing!
Immediately terus rindu langit biru negeri kedah..............................



Oct 22, 2014



Masih ada banyak stok daging korban dalam peti sejuk? Tak taw nak masak apa? Haaa!, kalo dah jemu makan gulai daging atau nasi daging, bleh cuba buat Beef Stew plak. Hidangan nie sangat sesuai dengan kami yang sekarang ini sedang mengamalkan pengambilan karb dalam kuantiti yang minima.

Rasanya juga lazat dan sangat enak jika dimakan dengan roti bakar. Yumm! Memang kena dengan cuaca hujan sejuk-sejuk.


Bahan:

Beef [potong kiub]
1/2 yellow onion
3 garlic [crushed]
1/2 yellow onion [potong 4]
2 bay leaves
Carrot
Potatoes
2 tomatoes [diced]
Beef stock
1tbsp worcestershire sauce
Salt
Pepper
Oregano + thyme + rosemary
2-3tbsp corn flour
Red and green bell pepper [optional]

Cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam non stick pan dan goreng daging sekejap [pan-seared]. Ketepikan.
  2. Panas minyak dalam periuk dan tumis diced onion, crueshed garlic, diced tomatoes dan bay leaves sampai layu.
  3. Masukkan carrot, potatoes, pan-seared beef, worcestershire sauce, beef stock and all herbs. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan potongan onion dan bell pepper. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan biarkan mereneh 30-40 minit atau hingga daging empuk.
  5. Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam periuk. Renehkan lagi sekitar 5 minit supaya kuah menjadi sedikit pekat. Siap!

Cheat:
Beef stock boleh digantikan dengan chicken or prawn stock.




Oct 20, 2014



Wahh! Tajuk macam suspender jar...Ahaks! apa yang magic sangat tu?

Memang magic cikjah. This is the easiest way to make ice cream with only just one ingredient, banana! Confirm ice cream baik. Takdak anasir-anasir nakal yang bleh mendemokkan seseorang. 


Caranya mudah dan sangat menjimatkan. Kalo di rumah cikjah ada pisang beli kat supermarket yang santek-santek tu tapi tak sempat atau lupa nak makan bila dibiarkan akan menjadi ranum dan terlalu lembik. Jangan buang!

Kupas, potong pisang dan simpan dalam freezer. Seelokknya biarkan 24hours. Kemudian, kisar di dalam food processor. 2 minutes, banana ice cream siap!


Smooth dan lazat. Tak perlu tambah gula, susu atau apa-apa. Untuk lebih keriangan, waktu serve tu bleh tabur toasted walnut, badam or etc.

Ice cream nie agak cepat melting sebab it just a frozen banana. Takdak binding agent or what so ever. Namun jangan khuatir. Boleh disimpan semula di dalam freezer dan ulangi proses mengisar jika mahukan konsistensi ice cream semula sebelum dinikmati.


Pasti hebat untuk anak-anak cikjah. Nak buat pun mudah dan paling penting kita tak membazir pisang yang terlalu ranum dari dibuang begitu saja. Selamat mencuba!



Oct 18, 2014


Update cik pumpkin. tak taw lar sempat berbuah ke dak, Halloween dah dekat nie...hahaa


Ini lar rutin kucin itam demok kalo berada di backyard garden. Golek-golek dan lepak-lepak tengok pokok tukang kebun dan burung di langit.


Pokok labu tukang kebun pun bukan main meriah sekarang nie. Menjalar sini sana. Kalo kucin itam demok tidur di situ semalaman, tukang kebun pasti ia pun kena belit dengan cik labu.


Sengaja tukang kebun treat kucing itam demok roaming freely di kebun dapur while tukang kebun sibuk memasak. Tapi every 10 seconds tukang kebun mesti jeling ke luar. Takut jugak tetiba kucing itam demok meroyan cuba melarikan diri...hehee


Eh, hello! jangan makan ulam daun cekur tukang kebun tu. 


Tudia! bukan main lagi tidoq ternganga. Tukang kebun tumis gulai pun tak bangun. Gulai tukang kebun sedap kot...awat tak bangun?




Cer tengok tu, one happy cat tengah ronda-ronda di taman sari. Aiceh!


Selepas seminggu cik labu mengeluarkan putik bunga, kini ia sedang berkembang mekar. Sempat tukang kebun tengok the first bloom. Happy! Awal-awal pagi lagi cik semut dah berderet beratuq dari luar dapur rumah terus menuju ke dalam bunga labu. Amboi! Cepat betul gossip tersebar. Harap bunga cik labu nie dapat bertahan dari serangan cik semut.




Tahniah cik labu! Banyak betul kuntuman bunga. Jangan lupa hadiahkan tukang kebun sebiji dua buah labu okay.


Bunga cik labu lazimnya mekar pada awal pagi. By 10am to 11am dah kuncup. Bunga labu hanya mekar sekali sahaja. Terdapat dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina. Cara mudah untuk kenal pasti bunga betina ialah bunga betina ada macam bulb atau bola kecil pada bawah bunga di mana that bulb will grow menjadi buah labu kemudian. Manakala bunga jantan pula hanya kuntuman bunga semata.


Dari pengamatan tukang kebun, sumer kuntuman bunga yang terhasil adalah bunga jantan. Bunga jantan tak akan menghasilkan buah. Ia akan gugur bila sudah kuncup. Namun, adalah normal bagi pokok labu untuk mengeluarkan banyak bunga jantan sebelum mengeluarkan bunga betina pertama. Nampak gayanya, all those flowers tukang kebun amik buat celup tepung saja...Nyum!




Oct 16, 2014


Antara menu makan malam kami yang senang dan cepat disediakan. Jimat masa dan tak perlu berperang sangat kat dapur...hahaa


Bahan:

Udang saiz sederhana 
Salad pilihan
Timun
Tomato cherry
Lada Benggala hijau

Bahan [salad dressing]

Jus orange [dari 1/2 biji]
3tbsp olive oil
Garam
Gula [sedikit]
Lada hitam

Cara:
  1. Kupas kulit udang, devein dan cuci bersih. Celur di dalam air mendidih 3-5 minit. Tos.
  2. Satukan jus orange, olive oil, garam, lada hitam dan sedikit gula. Kacau sebati.
  3. Gaulkan dressing bersama salad dan rehatkan 10 minit sebelum dinikmati. Yummy!




Oleh kerana udang yang kami guna agak besar dan fresh walopun sudah dua minggu di dalam freezer, maka kami ambil kepala dan kulit udang untuk dijadikan stok. Boleh guna untuk masakan yang lain. . Hampas kisaran kepala dan kulit udang kemudian boleh dijadikan baja pada pokok. Dapat berjimat dan tiada pembaziran.

Tips untuk menyimpan udang supaya tahan lama dan segar ialah cuci udang dengan tepung dan simpan di dalam bekas. Perahkan limau nipis dan simpan di dalam freezer. InshaAllah ok!

Cara membuat stok udang:
  1. Didihkan air dan rebus kepala dan kulit udang selama 15-20 minit.
  2. Biarkan sejuk dan kisar hingga halus.
  3. Tapis dan masukkan di dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk.

Stok udang yang pinky 

Haa! best kan cikjah? Dapat masak dan makan makanan sihat serta dapat berjimat plak tu. Wheww!!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"