Hari nie terasa seperti nak pi Ubud. Windu Ubud!
Tapi bagainamana kayaknya mau ke Ubud? kok masih di Kuala Lumpur saat ini. Ahaks!
Maka kami pun kodek-kodek lemari mengeluarkan set "arcopal Ubud". Tujuannya untuk digunakan masa plating lunch nanti. Fuhh! Nyatanya hebat sekali mbak. Bagus benar! langsung terasa seperti di Ubud dehh...hahaaa

Kami masak ayam bakar, gulai dalca, ulaman dan sambal terasi.

Beijing cabbage dan kacang bendi rebus sebagai ulaman. Hidangkan bersama sambal terasi.

Tetiba kami teringin nak makan gulai dalca.
Takdak kacang panjang, kacang buncis pun sedap.

Owh! Ini bukan ayam bakar Taliwang...hehee
Ayam bakar Pienkcat saja


Set arcopal Ubud nie memang kami beli di Ubud. Setiap kali pegi Ubud kami tambah koleksi. Kalo tak salah kayu yang digunakan ialah nibong. Untuk menjadikan pinggan ini lebih tahan lama dan menarik, satu lapisan nips varnis disapukan padanya. Oleh itu, sebelum guna kami basuh pinggan kayu ini berulang kali [at different times]. Bila dah hilang lapisan nipis varnis pada permukaan kayu, baru lah selesa nak guna. Kalo tak, rasa macam kembanggg plak nak letak makanan atas lapisan varnis tu. Namun, pinggan kayu akan nampak sedikit lusuh - but I'm fine with it. Kalo nak lebih Ubud, sila lah potong daun pisang buat alas pinggan.



Itu sajian tengahari kami, bila dah petang teringin plak nak makan pulut durian. Alahai!
Nasib baik ada durian dijual di tepi jalan. Hatta, kami panaskan dan bungkus lauk-pauk yang ada dan bagi kat security guards. Alhamdulillah tiada pembaziran. Balik kedai, kami tengok one of the guard tengah makan. Lauk panas-panas tu...sedap giless!

Okay, nak balik Kuala Lumpur nak tanak pulut sat. Bye Ubud!