Cendawan, brokoli dan lobak  merah

Serius betul bunyi tajuk tu kan? Aww!
Bukan apa, rugi betul rasanya bila tengok atau tahu ada di antara kita yang tak makan sayur. Berbaur rasa. Rasa nak marah. Rasa kesian. Marah sebab kita sendiri yang mengabaikan penjagaan kesihatan diri. Kesian sebab betapa ruginya depa tak makan mahupun mencuba untuk makan pelbagai sayuran enak dan berkhasiat yang ada.

Maka, di sinilah peranan cikjah. Masaklah walau macam mana sedap, penuh meja sekalipun tapi kalau takdak sekurang-kurangnya satu jenis sajian sayuran, maka...........tidak lengkap dan sempurnalah suatu santapan itu. Percaya dan amalkanlah konsep ini. Aiceh! Didik diri kita, keluarga, rakan dan sesiapa saja untuk makan sayur. Tak rugi pun. Namun, seriously serious rugi kalau tak makan sayur...hehee

Siew Pak Choy dengan udang

In this entry kami decided takmo beletiaq mahupun berhujah panjang lagi berkenaan betapa pentingnya diet sayuran dalam pemakanan seharian kita. Nanti kluar wrinkle baru  di wajah kami dan kena beli krim Lancome lagi. Ahaks!

Lagipun kami percaya cikjah, kakyam, kakton sumer dah tahu dan arif tentang fakta itu namun adalah lebih baik dan bijak jika apa yang ketahuan dan arif itu diamalkan. Dalam entry ini kami himpunkan sebahagian koleksi sayuran lazat kami! Yeaahh!!!

Watercress dan cendawan

Sajian sayuran mestilah cantik dan menarik untuk memikat mata, lidah dan perut. Selain sebagai motivasi untuk menggalakkan pengambilan sayuran, malah terlihat jelas persona tukang masak pada suatu hidangan itu. Pantang betul kami melihat sajian sayuran yang lebam dan tak semenggah. Masak dan hidanglah sayuran dengan penuh kebanggaan.
....dan tolonglah jangan serve makanan dalam besen atau bekas plastik. Takdak taste betul...Ahaks!

Akar teratai, brokoli dan lobak merah
 Seperti yang selalu kami katakan, hidanglah sayuran panas-panas terutamanya untuk jenis sayuran yang di tumis atau goreng ringkas [stir-fried]. Sebolehnya organize agenda masakmasakk ketika di dapur. Clean as you go dan masaklah sayur di penghujung acara bila dekat-dekat waktu makan.

Tauhu lembut, brokoli dan lobak merah

Garlic sprout , leek and beef

Pea shoots and carrot

Broccoli, leek, carrot and dried mushroom

French beans, carrot and prawn

Hard boiled eggs and salad

Jangann beninn [sayur masak air]

Salad telur

Peria katak tumis cili padi dengan ikan masin

Hummus dan salad
Pea Shoot and Bell Pepper

Flowered Pak Choi in oyster sauce


Pucuk labu masak lemak cili api
Pucuk Ranti [Meranti] rebus dan sambal belacan
Jika cikjah tak punya waktu dan kesempatan untuk lama di dapur atau nak ubah citarasa, instead of tumis atau goreng hidanglah sayuran secara segar, rebus atau stim sebagai ulaman bersama sambal belacan. Pasti menambah selera.

Ulaman segar

Ulaman segar

Ulaman segar [pucuk samak]

Ulaman segar

Ulaman segar

Ulaman segar
Ulaman segar
Ulaman [blanched]
Kentang dan Kobis tumis pedas
Steamed french beans, broccoli and carrot
Grilled baby carrot and cherry tomatoes
Salsa
Bunga kobis, lobak merah dan cendawan

Rebung dan Bayam tumis air
Kerabu pucuk paku

Gado-gado

Pucuk geti masak lemak putih

Siew Pak Choi and dried mushroom
Roasted vegetables
Personally, kami takdak resepi khusus untuk suatu sayuran. Kami masak mengikut citarasa dan apa saja yang ada pada ketika itu. Memasak sayuran adalah suatu yang senang sekali selepas masak ayaq dan goreng ikan...hahaa
Janganlah dirumitkan ia. Masaklah! Gorenglah! Tumislah! sayur seikhlas hati. Aiceh!

Harapan kami semoga selepas ini cikjah akan lebih bermotivasi dan bersemangat dan promise akan menghidangkan sekurang-kurangnya satu sajian sayuran setiap kali waktu makan. Sama-samalah  kita mengamalkan makanan sihat dan seimbang untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan.


Maaakan kucin! eh! silap...Maaakan sayur!