Owh my!!!
Pulut durian Kedah style.
Terangkat!
Dah bertahun tak makan pulut durian macam nie. Untuk makluman cikjah, kalo kata nak makan durian di Kedah mahupun Perlis and a few locations di sekitar Utara, beginilah cara sajiannya.
Durian disajikan bersama pulut, santan segar [dimasukkan sedikit garam untuk rasa lemak] dan gula. OOOOooolalaa!
Memang tiada tandingan.
Pulut akan disiram dengan santan dan ditaburkan dengan sedikit gula. Jangan lupa buah duriannya okay...hahaa
Nikmatilah seperti makan nasi atau pulut mangga.
Kalo makan macam nie, 2-3 ulas durian pun dah cukup. Memang kenyang.
Namun, kalo bicara pasal makan durian di Kuala Lumpur lain pula caranya. Selalunya makan durian sahaja dan di tepi jalan! hahaaa
Sekali hadap memang boleh 2-3 biji. Wow!
Teringat zaman kecil dulu, bila ayahnda bawa balik durian [selalunya untuk makan malam] terasa seperti ianya suatu sajian yang hebat skali. Maklumlah durian bukan ada selalu dan harganya agak mahal terutamanya di permulaan musim. Kami di Kedah pula sering dibanjiri oleh durian Siam. Memang ulasnya besar-besar, kuning cantik dan sedap hinggakan membuatkan kami tak berapa suka durian kampung kerana baunya yang terlalu kuat.
Dah masuk musim durian nie, jangan makan banyak sangat taw sebab sekarang pun dah masuk musim panas...heheee