Happy birthday Pienkcat!!! Alhamdulillah, di usia baru nie kami meraikannya di Smokehouse, CH.
Aikks? Rasa macam baru jar datang Smokehouse 4 weeks ago, tup tup ke sini lagi...
Alhamdulillah cikjah, rezeki. Syukur pada Allah dan kami sangat sangat sangat gembira!


Masalah. Kami memang bermasalah. Kami taktaw how to keep good stuff to myself alone. Kami tak tahan. Maka, kami tingin sangat nak share dengan cikjah keindahan, kedamaian dan keharmonian alam di Smokehouse ni. Harap cikjah gembira membaca post nie dan boleh dimanfaatkan.



Seperti biasa, kami lebih suka datang CH melalui Simpang Pulai instead of Tapah. I don't mind driving further 45km after Tapah just to take Simpang Pulai stretch. Sebab utama ialah jalan lebih besar dan selesa.

Namun, ketika ini [May 2014], kerja-kerja membaik pulih tanah runtuh di laluan Simpang Pulai masih sedang rancak dijalankan. Kira-kira 3/4 perjalanan dari Simpang Pulai menuju ke CH, hanya satu laluan dibuka kepada pemandu di kawasan kejadian tanah runtuh. Tak panjang pun. Less than 500 meters. Namun, pemandu dari arah naik dan turun harus tunggu giliran masing-masing untuk menggunakan satu laluan tersebut dan terdapat pekerja tapak yang mengawal lalulintas. Dianggarkan waktu menunggu sekitar 10 - 15 minit. Harap bersabar.

Seperti yang kami ramalkan, sebaik tiba di Brinchang sekitar 1pm, keadaan trafik mula sesak namun sedikit terkawal sebab mungkin masih awal. Peniaga-peniaga pasar malam sudah mula memasang khemah dan memunggah barang jualan. Nak dijadikan cerita, kami memang planned taknak sarapan di rumah sebab dengan harapan nak singgah gerai makanan orang kampung di sekitar Simpang Pulai sebelum naik ke CH. Kami singgah di dua gerai makan dan takdak satu pun jual nasi campur! Singgah gerai makan depan balai bomba Simpang Pulai pada jam 11.30am dan alangkah terkejutnya kami sebab orang kedai makan cakap lauk belum masak. Tray hidangan bukan main lagi, berbelas-belas di atas meja. Uh! Frust skali sebab kami suka makan lauk kampung kalo ke luar kawasan. Dah terbayang lauk masakan makcik atau tok kampung yang masak.

Takpalah, then kami decided lunch kat Tanah Rata walopun kami boleh lunch terus kat Smokehouse sebaik tiba. Seriously kami craving for nasi campur. Takdak nasi campur kat Smokehouse okay...hahaa
Fenatt kot 3 jam lebih driving dari KL. Jalan jemm plak tu.  Sebelum check-in hotel, kami terus ke food court Tanah Rata. Owh my! ramainya orang. Fullhouse! Maklumlah tak banyak pilihan kedai masakan melayu. Kalo ada pun, masak ala-ala saja. Tak semenggah. Sedangkan CH ialah tempat tumpuan pelancong hampir saban hari terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah. Food court pun tak bersih dan tak selesa sangat. Kecil dan sempit. Pokok bunga pun kedekut dan malas nak tanam. Pada kami tahap kebersihannya sangat tidak melambangkan tahap kawasan pelancongan terkenal di Malaysia. Kesian. Namun, kami masih craving for nasi campur. Semua pintu kedai makan kat food court tu kami jengah namun tak berkenan sebab very poor hygiene level. 
Setelah ulang alik macam inspektor kesihatan makanan, kami decided makan kat gerai makcik yang hujung namun dengan syarat kena pakai spek hitam sambil makan supaya tak nampak apa yang tak perlu lihat. Tapi, lauk sumer dah abes! Jam dah 1.30pm. Laparrrr. 

Lauk pauk di kaunter makanan sumernya comot belemoih dan tinggal kuah. Sambal belacan sebalang pun dah abes menampakkan dasar. Titisan sambal belacan penuh kat atas meja sebab pelanggan gelojoh menyenduk lauk. Beberapa keping hirisan timun berselerak di atas kaunter makanan. Yang tinggal hanya lauk sambal udang kecik. Sayur habis. Yang tinggal sesenduk kangkung goreng belacan yang sangat lebam dan hitam.

Then, kami amik nasi dan lauk udang. The rest kami order lauk lain. Paling penting hidangan kami mesti ada sayur. Mestilah makan sayur. What do you expect kalo dah di CH? Sayurnya segar, demok-demok hijau dan pelbagai. Kami pun order sayur campur. Jeng! Jeng!!


Tara!!! inilah sayur campur di CH. Hahahaaaaaaaaaaa
Gulin-gulin kami ketawa. Sayur campur letak togeh, kobis, beberapa hiris  carrot, beberapa serpihan bunga kopis dan hirisan dari separuh sotong. Harganya RM5! Toinkkk!!!!

Ishhhhh....ini lah yang kami maksudkan. Tak semenggah! Nak berniaga tapi tak ikhlas. Sayur campur ada brokoli, bunga kobis [BUKAN KOBIS!], carrot, cendawan & etc kot...
Togeh dalam dish nie baru 2kupang. Kobis dari kebun CH baru singgit kot. Alahai.....kesian. Dah lar tak bersih. Kira salah plak tu. Harga asal RM19.50 dia charged kami RM26. Nasib baik kami kira balik. Uh!


Sup Tulang [RM6]. Rasanya tawar dan tak flavour sangat. Memang out! Daun sup pun tak bleh tabur ka? Sup apa tak letak daun sup?

Kami teraniaya. Too bad sebab kami sangat craving for nasi campur. Nyesal! Kami makan sekadar mengalas perut yang berkeriukk sakan dan mendambakan nasi campur. That's it, kami memang tak akan datang makan kat situ lagi. Kalo pun ada gerai yang masak sedap, lauk menimbun tapi tak bersih.....eeuwwwek!
Tolong lar wahai para peniaga, jagalah kebersihan demi kesihatan tambahan pula di tempat tumpuan pelancong. Susah sangat kah untuk menjaga kebersihan?


Akhirnya, kami tiba di Smokehouse. Hati gembira! Segala episod duka lenyap. Kami bahagia...lalalaaaa


Taraa!! Meet my new friend Space Sloth Bear from Craftholic. Owh! I adore the Craftholic. Sumer cute! Paling geram yang XL size. Sama size ngan cikjah kot. Cute!

No worries. Take your time to register me in. I can wait...hehee
.

Menunggu untuk check in. Rehat seketika di lounge sambil dihidangkan welcome drink - tea or  coffee.




Usai urusan daftar masuk, kami dibawa ke kamar penginapan.
Welcome!


GlenLee suite located at main wing building. One of the highly recommended suite to stay at Smokehouse. I am happy.



Melangkah masuk, terus hati terdetik wow! this suite sangat luas, bersih, kemas dan nyaman.



The adorable four poster bed. Tapi pretty small lar. Not even a queen size bed I guessed.
The bed sheet, towels, even curtains are clean and fresh. Nothing to complaint.


Dah ngantuk ker??








 Another things yang kami suka ialah en suite bathroom. Complete with bathtub and shower. Luas. Boleh main zerropoint kat dalam tu...hahaa

Bathroom window overlooking straight to the garden.







view from my suite
view from my suite

Namun ingin kami maklumkan to cikjah, keadaan boleh menjadi agak tidak terkawal, bising dan menganggu privacy bila ada tetamu luar [non check-in guest] yang singgah ke Smokehouse semata-mata nak amik gambar atau afternoon tea tiba-tiba bertindak menjadi over exciting. Ahaks! Cakap kuat, ketawa bahak-bahakk, keloi-keloii seolah-olah dia jar dok kat Smokehouse tu.

Memang jelas kedengaran segala perbualan. Tambahan pula yang banyak datang tu cha-ya-nun-alif. Mai afternoon tea at Smokehouse, tapi macam yamcha kat kedai kopi Ah Seng! Uh!!
Hello! Kalo ikut British tradition, afternoon tea orang minum senyap-senyap. Cakap dan sembang pelan-pelan penuh tertib dan budi bahasa. Takdaknya cakap kuat-kuat. Ada juga non check-in guest mat saleh datang for afternoon tea, takder lar bising macam kopitiam pun...

view from my suite

Lepas tu plak, tetiba ada 4 bas rombongan sekolah stop kat Smokehouse untuk sessi fotografi. Memang non-patron tak boleh masuk, namun dibolehkan amik gambar dari luar. Bisingnya owh my! Macam rombongan singgah zoo.
Ingin kami suggestkan kepada Smokehouse  sebab memang sukar nak halang orang singgah amik gambar dan sebagainya tapi harap dapat dipacak papan tanda

AMBILLAH GAMBAR. NIKMATILAH GARDEN KAMI NAMUN SILA JANGAN BISING DAN HORMATILAH PRIVACY TETAMU KAMI - thank you!

Kepada cikjah pula, jika ke sini hormat-menghormatilah. Give and take. Jangan lar terlalu gelojoh dan teruja hingga mengganggu tetamu yang lain - thank you!


Walkway inside the main wing building

Sebaik checked-in kami memang tiada niat untuk keluar kemana-mana. Seriously kami memang tak keluar dari Smokehouse. Cuma singgah di Kea Farm ketika perjalanan pulang.
Makan dan minum sumernya di dalam hotel. Pasar malam Brinchang? No...not interested - thank you.

Awal-awal lagi kami dah reserve table for dinner. Selalunya kalo on weekends meja memang penuh sebab ramai non check-in guest datang lunch, dinner or afternoon tea di sini. Maklumlah, makan sedap, suasana indah.

Bar area

Selepas Maghrib, kami turun ke lounge area untuk dinner. Di sini ada tatacara. Jangan plak cikjah terus ke meja makan. Sebaliknya, cikjah akan dibawa ke Bar area. Di sana nanti ada waiter yang akan ambil order. Silalah tunggu sementara hidangan makan malam disediakan. Bila sumer sudah ready, cikjah akan dijemput ke meja makan. Penuh tertib. Kami suka.

Cuma mohon kepada cikjah yang dining kat sini jangan lar datang pakai seluar pendek nampak juboxx [opps!] dan T-shirt saja. Jaga lar imej dan penampilan sket. Pakai pakaian mengikut tema, ini bukan stall char kuew teow tepi jalan.

Kalo non-muslim bleh lar minum-minum wine dulu at Bar while waiting for the food to be served. After placing the order, kami terus ke lounge area. Sesakk nafass dok kat Bar sebab bau busuk masam wine....eeuww!


Makan malam di Smokehouse sangat sangat sangat sedap!
Sangat sangat sangat best!
Tenteram, tertib dan tak bising.

Menu untuk lunch dan dinner adalah sama. Sumer sedap-sedap. For me, the way chef describes the lamb dish is amazing, too bad kami tak makan lamb.

Highly recommended dish - Sirloin steak with Yorkshire pudding

Yummy! Mixed grilled. A combination of lamb, sirloin, beef bacon, chicken sausage and topped with egg.
Tak makan lamb, request to replace with sirloin :)
Towards the end of the dinner yang sangat lazat itu tetiba nun di hujung sana ada mat saleh pompuan dok sehh hinguss guna saputangan/tissue di mejanya. Errkkk! Zass! terus kami bercakap dalam hati, what the heck dok sehh hinguss kat meja makan di tempat awam? Kat fine dining restaurant plak tu. Pengotoq piangg! Cikjah taw apa itu sehh? Sehh tu macam blow inguss larr. Uwekk! Nasib lar meja dia dan meja kami agak jauh. Tapi cikjah bayangkan mat saleh kan besaq ragam. Hidung plak terpacak besaq macam serombong kapai. Bila dia blow tu macam ada mikrophone dalam hidung dia. Satu restaurant bleh dengar. Gegaaqq. Owh my! Gross. Kalo baby okay lar bunyi macam cute jar tapi ni dah tua more than 50 years old kot.

Bukan skali, tapi tiga kali. Pada saat kali ketiga tu, tiba-tiba a foreigner guy sitting with his family next to the mat saleh's table cakap "excuse me, can you go to the toilet please"...Dekat giles kot meja depa dua. Jarak 2 kaki jar. Mungkin dia pun dah tak tahan. Tiga kali kot dok seh hinguss kuat di sebelah meja dia.

Uh! Maka tercetuslah perang. Seriously memang gaduh. Siap bangun nak tumbuk-tumbuk. Pada kami, mat saleh pompuan tu lar memang tak beradab dan salah. Lelaki yang tegur tu memang berani dan tak salah. Dia cakap cara baik tapi, pompuan mat saleh tu tak bleh terima. Pompuan mat saleh tu siap cakap "excuse me I'm not blowing in your plate, I'm using my hanky"

Apakah?? kuwang ajaran betul. Nonsense.

Si suami mat saleh pompuan tu mestilah nak backing bini dia yang pengotoq tu. Kena plak yang foreigner guy tu memang nampak macam taiko casino gitu. Owh my!
Namun keadaan ditenteramkan oleh staff hotel dan restaurant.

Pengajarannya di sini, manners always come first. Always.
Jangan pandang enteng pada adab sopan santun dan budi bahasa. Itulah cerminan peribadi kita.


Sarapan pagi pun best ke bintang!
Walopun cuma English breakfast, takdak nasi lemak, bihun goreng & etc, tapi perfect. Tambahan pula dengan suasana pagi di Smokehouse dan ambiance inside the restaurant....uuuuulalaaaaa...memang best!

The homemade jam - strawberry and marmalade are awesome!









Sepanjang berada di Smokehouse, kami hanya beristirehat di bilik dan di kawasan garden. Memang menenangkan.



On the check out day. Banyak betul beg anak-anak...hahaaa


Tenang sekali bercuti di CH kali nie. Pecah rekod sebab hanya satu tempat persinggahan ketika perjalanan pulang - Kea Farm. Jumlah belian pun cuma kurang RM50. All these!
Yeyy! kami hebat dan tak tamak sangat...hahaaa


Kali nie sayuran yang dijual agak elok berbanding kunjungan kami 4 weeks ago. Alhamdulillah, sumer sayuran belian dah selamat kami masak. Tiada pembaziran dan pameran semata.


OTW balik, as usual kena merangkang-rangkakk sebelum Kea Farm. Sedang Q tiba-tiba keta kat depan nie... toink! baling tin minuman kosang keluar dari tingkap kereta. OMG!!!!!
Terus kami hon dan geleng kepala. Memalukan! Bodoh tahap langit ketujuh! [seriously I am angry!!!]

After 2 minutes, pintu kereta dibuka dan keluar seorang lelaki ciner tua. Terus dia berjalan dan mengutip tin kosong yang dibuangnya di atas jalan raya. Kami pun turunkan tingkap dan mengucapkan terima kasih walopun dia bhodoh, tapi akhirnya dia insaf dan mahu berubah. Alhamdulillah.

Namun.......................................
sebaik mengutip tin kosong tu dia baling ke dalam sungai di tepi jalan. OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Terus I said "no thank you to you. Why throw there?"
Pakcik tua bodoh said, "throw there good"
SubhanAllah!!!
Sudah lar bodoh, vangann mengalahkan vavi plak tu.

Buang sampah dalam sungai? Sekolah mana dia belajar dulu? Bila sungai kotor, tercemar, hujan tak turun, air simpanan negara menyusut, air pun dicatu, pakat dok bising. Tapi diri sendiri takdak inisiatif, kesedaran dan tanggungjawab untuk sama-sama menjaga alam sekitar dan sumbernya. Aiishhh! memang geram sangat dah nie....gggrrrr


Para pemandu juga kelihatan sangat mementingkan diri sendiri and acting like a brain dead person. Kereta di parking di kiri dan kanan bahu jalan berhadapan Kea Farm. Agak-agak lar kot kalo nak parking. Kalo boleh nak parking keta dalam kedai agaknya. Inilah sebenarnya mengapa trafik di CH sangat teruk. Pemandu tak bertanggungjawab.


Apa lah salahnya parking jauh sket dan berjalan kaki beberapa meter ke Kea Farm. Bayangkan laluan dua hala ini dikongsi oleh lori trailer sayur, lori tangki minyak Shell, lori baja, bas pelancong dan pelbagai lagi kenderaan lain. Selain jemm, jugak boleh mengundang kemalangan jalan raya.


Cer tengok! Kak yam mana lar yang sengaja tinggalkan sampah di tepi jalan macam nie?
Kami nak buang kulit kuaci keluar dari tingkap kereta pun tak sanggup. Fikir banyak kali. Inikan pulak seplastik mydin begini? Ishh!

Kepada cikjah, tak kira kemana cikjah pergi, silalah jaga kebersihan. Bawalah amalan murni ke mana jua. Tak rugi pun --thank you.


Kami juga mencuba satu makanan baru. Buah Kelapa Laut Afrika. RM5 sebiji. Maaf yer sebab ter-snap gambar lalat. Maklumlah Apple phone nie hebat sangat...hahaaa
Ada 3 ulas isi di dalamnya.


Inilah isinya. Rasanya kenyal seperti buah nau/kabung cuma tak manis. Lapisan nipis yang menyaluti isi itu agak kelat. Elok dibuang lapisan tersebut dan simpan buah dalam peti sejuk sebelum dinikmati. Sedap jugak.

Well, indahnya berada di Smokehouse, CH yang pastinya menjadi kenangan terbaik buat kami. InsyaAllah, kami pasti kembali. Citer lain-lain tu hanyalah rencah kehidupan ragam manusia sebagai tauladan dan panduan yang mana boleh dibaikki dan dihindari sekiranya kita mahu.

Till then, jaga kebersihan dan alam sekitar okay. Bye!