Jom cikjah!
Jom masuk dapur....hahaaa
Jom kita masak dan makan di rumah seperti berada di Indonesia. Sungguh enak dan lazat masakan Ayam Kalio yang mengikut sumber bahan bacaan mengatakan ia berasal dari Sumatera ini.

Ayam Kalio sebenarnya hampir sama seperti Rendang. Namun tempoh memasaknya tidak lama dan berkuah seperti gulai. Jika dimasak lebih lama dan menjadi kering, nescaya Rendang lah ia.

Daun limau purut dan daun kesum dari kebun dapur kami

Bahan-bahan:
Ayam [sebelah]
Nenas
Santan [1 biji kelapa]
4 biji cili merah* [buang biji]
7 cili padi*
2 tbsp cili kering kisar [atau 7 tangkai cili kering yang dibuang biji dan direndam air panas]*
4 biji buah keras*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
1.5cm kunyit hidup [untuk warna kuah yang cantik]*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 keping asam gelugor
3 keping daun limau purut
Sedikit daun kesum/daun kunyit [optional]
Garam
Gula


Cara:



  1. Ayam dibersih dan digoreng secara 'pan-seared' sekitar 5 minit each side. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar semua bahan*.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit kering.
  4. Masukkan santan dan asam gelugor dan masak hingga mendidih manja.
  5. Masukkan ayam. Biarkan mereneh. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan hirisan nenas, daun limau purut dan daun kesum. Masak hingga ayam empuk dan kuah sedikit kental. Siap.


Seriously sajian ini sangat lazat dan membuka selera. Bau ketika kuah sedang mendidih tak ubah seperti berada di restoran Padang. Kami pasti ia akan memberi kelainan sajian di meja makan cikjah.

Hidangan ini agak pedas pada mulanya kerana penggunaan cili merah dan cili padi. Namun jika pandai mengimbangkan rasa, cikjah akan dapat suatu sajian yang ada pedas dari cili, masam dari asam gelugor, manis dari nenas dan wangi dari daun limau purut, lengkuas dan serai. Sempurna sekali.



Happy cooking!