It's a beach holiday and it's the Perhentian island again. Yeyy!!!
Selamat berjemurr di pasiran putih nan gebu dan lautan biru seluas mata memandang yang pasti tiada jemu.
Arial view of Kota Bharu from the plane |
Perjalanan kami adalah pada May 2014 dan dimulakan dari KLIA2 yang tak ubah seperti shopping mall. Interior yang cantik, pelbagai pilihan kedai tersusun baik, ruang menunggu yang selesa dan pelbagai kemudahan lain yang cukup memudahkan pengguna sesebuah lapangan terbang. Berada di KLIA2 cukup tenang dan lapang dada. Keadaan di International check-in sedikit sibuk kerana jumlah penumpang yang agak ramai. Namun, berada di domestik boarding hall cukup selesa. Paling teruja banyak kedai menanti cikjah untuk memberikan terapi minda. Shopping-lah sepuas hati. Soon, akan ada cinema di KLIA2. Tak boring lah kalo kena layover, transit atau flight delay. Ahaks!
The gigantic Kelantan River |
Sebaik tiba di Kota Bharu Airport baru kami terdetik, inilah pertama kali kami menjejakkan kaki di negeri Kelantan. Wahh! Welcome to Kelantan.
Untuk ke Pulau Perhentian, cikjah mestilah naik boat di Kuala Besut, Terengganu. Airport yang paling hampir dengan Kuala Besut ialah Kota Bharu. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam dengan tambang RM78/teksi/sehala. Jika dari Kuala Terengganu airport, jarak perjalanan adalah sekitar 2 jam.
Alternatively, cikjah bleh naik bas dari airport ke bandar Kota Bharu dengan bayaran tak kurang dari RM3/dewasa/sehala (anggaran). Dari KB, bleh ambil teksi tempatan ke Kuala Besut. Harga teksi tempatan mungkin lebih murah berbanding teksi airport.
Kaunter teksi tersedia di dalam airport sebelum keluar dari arrival hall.
Jika cikjah belum buat arrangement untuk boat transfer, boleh juga dapatkan package teksi with boat transfer di sini. Harganya tak pasti sebab boat transfer kami sudah termasuk dalam package holiday arranged by the resort. Tiket boat transfer juga boleh dibeli di jeti Kuala Besut.
Kami tiba di Jetty Kuala Besut sekitar 1pm.
Untuk makluman, terdapat 2 waktu perjalanan boat:
Kuala Besut → Pulau Perhentian : 11am dan 2pm
Pulau Perhentian → Kuala Besut : 8am dan 12pm
Kami opted for bot 2pm due to the flight arrival time. Kami adalah antara last passenger untuk ke pulau sebab mostly kalo ke pulau mesti lar naik bot paling awal sebab waktu berada di pulau yang santek itu sangat berharga....hahaa
Maka bila dah cukup orang, bot terus jalan sekitar 1.30pm. Itupun lewat 30 minit sebab tunggu dua family baru sampai tak lama selepas kami tapi depa nak lunch dulu. Kami agak keliru sebab kat package resort memang tersedia lunch. Takpa, tunggu jer lah kan. Laparrr kot.
Senarai harga teksi di jeti Kuala Besut |
Cuaca sangat baik. Speed boat melambung-lambung membelah badai Laut China Selatan. Uishh!! best sebab abang bot bawa laju sampai rasa nak tercabut baju...hehee
Yeyy-yeyyy!! dah sampai.Hati bergelora tergedik-gedik nak terjun laut. SubhanAllah cantiknya Pulau Perhentian.
Kali terakhir kami ke Pulau Perhentian ialah pada 2007. Dek kerana dok termimpi-mimpi laut dan pantainya yang maha hebat tu, maka sekali lagi kami ke sini. Terdapat Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Personally, kami lebih suka Perhentian Besar. Kalo bercuti di pulau, kami jenis yang sukakan percutian yang tenang, aman, damai dan diam-diam. Kami tak berapa suka night life, clubbing or what so ever yang mengganggu kedamaian percutian kami. Cukuplah sekadar menikmati keindahan ciptaan Allah, rehat sambail baca buku cerita, makan dan jalan-jalan kawasan sekitar.
Sekali lagi kami kembali ke Perhentian Island Resort (PIR) di Pulau Perhentian Besar.
Untuk makluman cikjah, pantai paling cantik di Perhentian ialah PIR. Tak hairan lah ramai kakyam dan abang john yang menginap di resort lain datang mandi dan snorkeling di sekitar PIR.
Jeti baru with handrail. Jetty lama tanpa handrail tampak lebih klasik dan bersahaja |
Pantai PIR dengan butiran pasir putih yang halus |
Jernih dan birunya air laut di sekitar PIR |
Kos penginapan di PIR agak mahal berbanding resort di kawasan sekitar dan Perhentian Kecil. This is because they are selling the gorgeous beach.
Pada kami, harga mungkin faktor kedua sebab faktor utama ialah keindahan alam dan keselesaan tempat penginapan. Kami ambil Fullboard 4D3N Package. Tak payah risau apa-apa dah sebab all taken care. Kami tak amik snorkeling package sebab frankly speaking kami tak baper minat snorkle sangat, takut hitam dehh....hahaaaa
Kalo kami nak snorkle, kami bleh beli or arrange sendiri nanti. Lagipun, kami dah plan nak ke satu pulau yang sangat hebat nanti.
The famous view of PIR jetty from hill |
Untuk makluman cikjah, Pulau Perhentian adalah pulau yang dikategorikan antara 10 pulau tercantik di dunia. Bangga kan? Yes, Malaysia cikjah. Negara kesayangan kita sendiri. Tring!
Waktu terbaik ke sini ialah sekitar May hingga September. Air laut berada pada tahap paling cantik ketika bulan September. Pada July dan August terdapat ramai pelancong dari Itali dan kalo orang tempatan nak ke sini, sila buat tempahan awal okay. Silap-silap kalo walk-in depa tak layan kecuali kalo cikjah menyerupai Julia Roberts. Ahaks!
Sama seperti last visit, kami stayed at Semi Suite chalet with ocean view.
Bilik luas, bersih, kemas dan selesa. Bilik dikemas dan fresh towel given setiap hari.
My room view |
Juga terdapat Deluxe dan superior chalet dengan harga lebih rendah. Lokasi bilik-bilik ini terletak di bahagian belakang semi suite tanpa ocean view namun jika sukakan kehijauan alam, it's a good choice though.
Tidak seperti dahulu, sekarang dah banyak water taxi available di setiap pantai sekitar Perhentian. Cuma kami rasa tambangnya agak mahaii!
Dari PIR ke Long Beach RM10/seorang/sehala. Jarak perjalanan adalah sekitar 12 minit. Pegi balik dah RM20.
Dari PIR ke Fishing Village pun RM10/seorang/sehala dengan jarak sekitar 10 minit. Sebab tu kalo peak season, untung besar lar driver water taxi nie. Tambang paling dekat dan murah ialah RM5.
Percaya atau tidak, water taxi ini juga bersedia memberi khidmat ketika malam hari. Tambang taxi selepas 7pm adalah double dari kadar biasa.
Water taxi at PIR |
Modern fiberglass speedboat used as water taxi |
Fuhh! driver water taxi nie hebat taw cikjah, tahap rempit. Memang melambung sakit montot lar tapi best sebab teruja laju...hahaa
Kalo driver hat senior sket pandai elak ombak. Bot tu rasa smooth jar. Maklumlah banyak pengalaman di laut.
Cikjah, lihatlah keghairahan ini!!!
Super awesome!!!!
I told you that PIR has the best beach ever. Tak tipu okay...hahaa
Setakat nak bagi ikan makan, snorkeling or diving kat tepi-tepi pantai PIR pun dah puas. Sebab tu pantai PIR adalah lokasi tumpuan aktiviti snorkeling. Setiap hari, banyak bot berenti di tak jauh dari pantai menurunkan kakyam dan abang john yang excited nak snorkeling. Di sini juga adalah tempat favourite penyu! Yes, kami pun jumpa penyu kat sini. Besaqqq! Comel. Kami beruntung sebab waktu tu cik penyu dah bosan dok kat dasar laut, so dia nak muncul ke permukaan ayaq nak tengok burung, pulun lar we all follow dia. Dapat tengok. Cute sangat!
Kami jamu kepok goreng pun pulun ikan-ikan nie makang. Blup! blupp!! bunyinya.
Bayangkan kalo cikjah bawa anak-anak datang sini. Mesti depa excited. What an experience...
Cikjah baling roti terus ikan datang. Waktu macam nie cikjah snorkle...fuh! ikan-ikan tu swimming depan idung jar. Ada jugak lar kena geget. Ikan geget kat pelut, kat tangan dan kat bibir! hahaaa
Nakal ikan nie. Tapi tak sakit pun, geget semut jar.
Tapi ada kakyam tu dok terjerit-jerit "geli lar, geli...geli lar ikan-ikan nie..I geli"
Hishh! Geli telinga kami dengaq kakyam gedix dot com tu. Ahaks!
Cantik tak kerja tangan kami?
Bukan cucuq badak tau....hahaaa
Pasir yang mulus tu dikepal-kepal menyerupai batu. Ramai taw orang lalu lalang stop amik gambar. Kebetulan nearly sunset, jadi gambar nampak penuh dengan cerita.
Berada di sini, sungguh enak sekali. Laut yang cantik dan penginapan yang bersih dan selesa. Cuma ada beberapa perkara kecil yang kami tak berapa suka, rasa terkilan dan ianya sedikit mengecewakan kami. Benda kecil tapi di pandang enteng oleh PIR.
Pertamanya ialah quantity instead of quality.
Owh my! PIR adalah tempat tumpuan big groups. Kumpulan-kumpulan besar [mostly local] datang bersilih ganti. Tak ramai, sesebuah group cuma 15 - 50 orang SAJA! Kalo cikjah bertuah, mungkin ada 2, 3 big groups check-in at the same time. Nah! amik ko. Macam pesta!
Resort bayaq mahai yang tampak class, tenang dan damai terus jadi macam budget resort. Seriously it turns to a lousy resort. Less privacy. Yang datang tu plak tahap jakun. Mandi pantai terjerit-jerit dan terlompat-lompat. Maklumlah free trip. Company bayaq, organisasi bayar or etc. Datang bawa diri jar. Everything provided tu yang jadi jakun sesangat. Lagaknya macam mandi di pantai PD! Seriously lousy.
Other polite guests dok baring, rehat, reading and taking nap kat kerusi pantai sumer terkejut dengan kejakunan itu.
Jagalah adab dan susila. takkan lah kita tengok jiran kat kerusi pantai sebelah tengah taking nap tetiba kita nak jerit keloi kawan kat tepi pantai kan....memang kesian sangat.
Relaxing by the beach |
Karaoke plak kat tempat terbuka di tengah-tengah resort. Dari pukul 8pm hingga 11pm! Hangit telinga kami dok dengan nyanyian sumbang. Paling geram tempat karaoke tu berhampiran dengan semi suite yang harganya paling mahai!
Kami bayaq mahai bukan nak dengaq segala kebisingan yang ada. Kami bayaq mahai sebab nak dengar deruan lembut ombak menghempas pantai, buka pintu terus nampak lautan biru dan menghirup udara segar bayu laut tak kira siang atau malam. kami ingin dekat dengan alam. Kami bukan nak dengar cheap lousy karaoke songs. Kami bukan nak dengar orang jakun mandi laut terjerit-jeritt. Like I said kalo cikjah bertuah dapat a few different big groups at the same time, mungkin cikjah akan dihidangkan cheap lousy karaoke session every single night. Muntah!
Please lar. Kami memang tak boleh terima. Kalo dalam setiap chalet tidak dibekalkan TV, apa maksudnya?
Ini maksudnya pihak PIR mahukan privacy untuk para tamu-nya. Tapi mengapa menghalalkan karaoke di tempat terbuka berhampiran bilik penginapan yang so called diklasifikasikan sebagai paling ekslusif dan mahai?????? Kalo kami nak suasana happening, riuh rendah dan meriah dengan night life, awal-awal lagi kami dah pilih Perhentian Kecil but that was not kind of holiday that I was looking for.
Jika benar PIR hanya mementingkan QUANTITY berbanding QUALITY, maka kami cadangkan kepada PIR binalah sebuah bilik karaoke kalis bunyi jauh nun di hujung resort dekat-dekat dengan hutan sana. Mungkin skaligus dapat menghiburkan monyet-monyet dan unggas kesepian di hutan [entah-entah lari bertempiaran haiwan di hutan].
On top of that, ada plak tu sesetengah group gather ramai-ramai dan bersenam pagi dengan poco-poco diiringi muzik yang kuat di laman utama berhampiran restoran. Senak perut kami. Kami datang beach holiday yang penuh privasi, bukan datang kem motivasi atau bina diri.
This kind of ambiance is TOTALLY UNFAIR FOR SINGLE, COUPLE AND SMALL FAMILY HOLIDAYMAKERS. UNFAIR!
Untuk makluman cikjah, di PIR bayak chayanunalif tanah besar. Owh my, ini satu lagi hal. Depa nie attitude-nya agak kasar and no manners sket. Bercakap dengan volume yang kuat dan nak menyondol jar. Sebab tu sekarang dah tak ramai mat saleh kat PIR. Kalo ada pun datang mandi kat pantai jar.
Unloading |
Selain itu, kami juga agak terkejut dengan etika staff PIR. Seolah-olah tidak hormatkan tetamu sama sekali. Ada suatu hari tu memang hari stok makanan baru untuk kitchen sampai. Keluarlah beberapa staff lelaki dan wanita muda [macam trainee jar] dok punggah barang dari bot angkat masuk lori berasap diesel yang agak kritikal busuknya untuk dibawa ke kitchen. Namun, sepanjang proses hampir 1 jam itu, masyaAllah... sangat bising dan mengganggu ketenteraman tetamu di pantai. Para pekerja terjerit-jerit bising sambil kerja-kerja memunggah barang di pantai di mana betul-betul berhadapan deretan semi suite chalets dan kerusi pantai di mana ada tetamu sedang berehat, taking nap and reading. So unbelievable! Kalo dah etika staff PIR sendiri dah macam tu, tak heran lah kalo karaoke session itu adalah perkara biasa.
Sepatutnya, kalo ikut hospitality book, mana boleh macam tu. Privacy dan keselesaan tetamu adalah keutamaan. Banyak resort dan tempat bercuti kami dah pegi, ada setengah tu para pekerja dilarang menonjolkan diri pada tetamu. Namun kerja-kerja penyelenggaraan berjalan lancar dan sempurna. Sangat privacy.
Entah di mana silapnya, semi suite sebelah kami dihuni oleh 8-12 orang dalam satu bilik. Owh my! Bayangkan??? Bilik yang comfortably homed 2 adults and 2 kids or maximum 3 adults itu dihuni oleh 8-12 orang remaja lelaki dan perempuan berbangsa cina tak taw dari negeri atau negara mana. What do you expect when 8-12 adults in a room during beach holiday? Party beb! party!
Bunyi pintu ditutup dan dibuka jelas kedengaran ke bilik kami bila malam menjelma. Selewat 12.30am masih lagi aktif dengan pelbagai aktiviti. Malam pertama kami selamat sebab depa blum check in. Malam kedua, seolah-olah ada unggun api circle di dalam bilik sebelah. Singging, clapping and shouting excitedly. Sabar. Kami sabar. Mungkin holiday spirit. Takpalah, biar kami terganggu sket. Kami hormat jiran dan tetamu lain. Sabar.
Beautiful day on PIR beach |
I did ask the reception tentang situasi bilik sebelah kami;
Me: Excuse me, how many person checked-in kat bilik x?
PIR: Oooo...sekejap saya chek [sambil mencari-cari senarai bilik].
4 orang.
Me: Betul ke 4 orang? I tengok kat dalam tu ada lebih dari 8 ke 10 orang. [dalam hati: Aikks?! bukan maximum in a room 3 adults jar ka? *confuse*]
PIR: Oooo...mengapa cik? Bising ker? Dia bawa kawan-kawan dia la kot cik, itu bukan masalah kita [resort] lah cik. Makan pun bukan masalah kita sebab kita provide ikut berapa orang check-in saja.
Owh my!!! Bukan masalah resort? What kind of brain dead answer by the resort reception. Kalo macam tu, kami check in untuk twin sharing pastu malam kami hangkut family kami, family cikjah, family kakyam, family kakton dok ramai-ramai dalam semi suite yang mahai tu. Agaknya bila share kos, sorang bayaq RM5 jar. Jimat giless! Lagipun, resort bukan kacau. Bukan masalah resort. Who cares!
Ini tip untuk cikjah taw, jangan membazir nak amik banyak bilik. Amik satu bilik cukup. Muat untuk satu kampung. Jimat!
PIR beach |
Keduanya ialah sampah. Dari pengamatan kami, big groups nie agak cenderung membuat dan membuang sampah di sekitar pantai terutamanya selepas aktiviti berkumpulan. Botol-botol plastik dan tin minuman, plastik bungkusan makanan, kotak rokok di tinggalkan begitu saja. Puntung rokok bersepah di pasiran pantai terutamanya sekitar kerusi pantai. SUNGGUH KAMI SESALI SAMA SEKALI. Pantai milik kita yang cantik dan bersih pasti tercemar sekiranya perkara sebegini berterusan.
Satu-satunya lunch meal yang kami rasa agak membuka selera |
Ketiganya, makanan.
Makanan kat sini memang awful. Bukan kami nak memburuk-burukkan tapi inilah pengalaman kami. Kalo cikjah baca review kat internet tu, bersepah orang dok komplen about the bad food at PIR.
Sejujurnya, kami sendiri sudah terkena food poisoning masa first visit tahun 2007. Kami datang 4D3N jugak. On day 2 kami muntah, pening dan loya hingga kami tak dapat buat apa-apa for the entire day. Whole day gone. Nasib baik datang 4 hari. Kalo tak, rugi giles bayaq mahai.
Sungguhpun kami agak ragu-ragu sewaktu nak decide untuk kembali menginap di PIR disebabkan makanan-nya, namun kami cuba pejam mata sebab memikirkan suasana pantai dan laut PIR yang maha cantik itu. Kami ambil risiko sungguh pun kami agak risau sebab mostly reviews mentioned about the bad food. Tapi, bukankah 7 tahun sudah berlalu? Kami pasti sebarang langkah untuk memperbaikki mutu serta kawalan standard PIR telah dipertingkatkan.
Namun, kami salah.
Kali ini, kami terpaksa berebut-rebut makanan dengan big groups! Kalo datang lambat, makan lah apa yang ada atau kena beratur panjang macam kat dining hall boarding school. Kesian.
Seriously sepanjang 4 hari berada di PIR, kami makan untuk kenyang dan tenaga sahaja. Tak enjoy pun. Takkan tak makan pulak sebab sumernya dah dibayar dalam package. Mahai kot. Kami tak faham kombinasi menu oleh F&B. Untuk makluman cikjah, selera kita ketika berada di pulau agak lain. Tambahan pula selera akan dipengaruhi oleh kepenatan badan akibat aktiviti mandi laut & snorkeling serta terik cahaya matahari. Tiba-tiba waktu lunch ada gulai daging kambing yang pekat likat dan ayam masak merah yang berasaskan sos semata [bukan cili kisar]. Apakah?
Kembang tekakk nak makan. Sayur plak sungguh layu dan kusam. Tidak menyelerakan.
Kami tengok masakan nya sumer berkuah pekat dan likat berasaskan sos semata. Ada satu menu tu, sambal belacan dan ulaman siap ada ulam petai dan jering dihidangkan pada waktu makan malam. Sungguh pelik sekali. Hidangan sebegitu cukup membuka selera pada waktu tengahari lah.
Pada pendapat kami, untuk hidangan tengahari buat lar menu ikan/ayam bakar di cecah ayaq asam. Tak perlu bakar fancy-fancy. Bakar naked atas grill dapur gas pun dah okay. Tak semestinya bakar atas arang. Sama saja macam goreng ayam/ikan. Lepas tu ada ulaman dan sambal belacan dan menu berkuah like asam pedas, singgang ataupun lauk lain yang ringkas seperti lala tumis serai, tomyam and etc.
Mengapa kita nak sajikan menu memenuhi tekak para pelancong asing sedangkan jika mereka ke negara kita, mestilah makan cara kita. Inilah peluang dan masanya kita memperkenalkan makanan kita di mata dunia. Jika pelancong tempatan sendiri ramai yang cakap makanan di sini tak best, apa plak pandangan pelancong asing kan? Hurmmmm.....
Hidangan bubur manis harian takdak masalah. Sumer sedap. Yang masalah ialah bubur nasi untuk sarapan pagi. Pekat melekat. Daun bawang atau daun sup memang takdak sebagai garnishing. Sekadar ada saja.
Kami juga perasan that menu on weekend agak meriah dan ada rasa berbanding weekdays. Bila kami tanya kepada F&B [sebab kami noticed ada kelainan rasa dan varieties dalam hidangan] katanya chef lain yang masak. They have 2 chefs. Tak pasti plak kami samada kebetulan jadual chef jatuh pada weekends atau resort intends to serve good food on weekends sebab weekends adalah waktu puncak mingguan. Jika benar, kesian sapa mai on weekdays. Uh!
To cikjah, jangan lah terlalu kusut dan susah hati, ini adalah pendapat dari pengalaman peribadi kami. Mungkin selera dan kepuasan bercuti cikjah berbeza dengan kami. Catatan kami hanya sebagai rujukan. Buatlah pertimbangan sendiri. Sungguhpun demikian, isu karaoke itu sama sekali tidak dapat difahami dan until now kami masih tertanya-tanya kenapa orang melayu sekarang kalo buat kenduri kawen jar mesti nak ada karaoke. Nampak sangat takdak taste and cheap. Bingit! Tolonglah cikjah, tak payah lar dok bawa budaya karaoke dalam masyarakat melayu kita. Takdak faedah walopun sekupang. Suka juga kami nak ingatkan bahawasanya walo di mana jua kita berada, jagalah adab dan tata susila. Jaga kebersihan alam sekitar yang dipinjamkan kepada kita ini dan jangan lar jakun sangat kalo dah bercuti dalam kumpulan. Hormatilah orang lain.
Kepada pihak resort, jangan lar pulak kerana mengejar wang ringgit semata, kehadiran tetamu kecil seolah-olah tiada nyata. Bayarannya tetap sama, layanlah sama rata. Jika perlu, hantarlah para pekerja ke kursus atau kelas bimbingan agar penuh ilmu di dada. Sayang sekali sebab aset PIR paling berharga dan hebat di mata, pastinya kita mahu permata ini kekal selamanya dan kekal menjadi yang terbaik dan tercantik di dunia.
Until then, more beautiful stories and places around Perhentian coming soon...jap, nak sapu cream gebu...hitam hangitt sangat dah nie....cheers!