Dah lama tak datang Cameron Highlands. Tetiba terasa nak datang plak. Maklumlah kat bawah nie sekarang tengah hangat lit-lit. Macam mana lar rasanya berada di atas tanah tinggi nun di sana kan? Nyaman agaknya. Boleh makan sayur fresh banyak-banyak plak tu...Gulp!
Kalo berada di CH, memang best dapat makan steamboat loaded with fresh veggies! Uishhh!!! marvellous yumm yummm.
Buat pertama kalinya kami makan di Glory 78 Steamboat yang terletak bersebelahan Hotel De' La Ferns di Tanah Rata. One of the few halal steamboat restaurants available in CH. Restaurant baru. Kami tak terkejut restaurant nie sangat penuh dengan pelanggan sebab tak banyak pilihan restoren steamboat halal di CH. Hampir sukar nak dapatkan meja kosong. Hinggakan pukul 10.45pm pun masih ramai yang datang namun maaf tak dibenarkan masuk sebab last order sekitar 10.45pm macam tu. Pekerja pula memang tak cukup tangan. Restaurant dibuka seawal jam 8.30am hingga 11.30pm. Steamboat available only from lunch time onwards.
Kunjungan kami yang dulu-dulu, kami bersteamboat di Rosa Pasadena ---sedap. Suasana dan tertib makan terkawal sebab dalam restaurant hotel. Pernah juga kami makan steamboat di food court Tanah Rata --okay biasa-biasa saja.
Harga steamboat sekitar RM24/pax. Steamboat dihidang seperti di atas. Sadly, tak banyak sayur. Kobis??? Can't they find anything better than cabbage? Ada ka plak steamboat kobis kat CH yang terkenal dengan pelbagai sayuran hijau segar. Aiseh...
Cikjah nampak tak udang tipu tu? Ahaks! Rasa macam gelang getah okay.
Boleh pilih antara sup ayam atau tomyam. Kami lebih gemar sup ayam untuk steamboat. Namun, sup ayam-nya terlalu banyak MSG! Spoil betul. So, makan steamboat malam tu celup-celup jar lar. Tak koser nak hirup sup bagai. Kalo tak kami memang hantu sup. Uh! Mungkin sup tomyam-nya okay kot. Kami tak pasti. Cikjah kena lar try...hehee
Keseluruhannya restaurant nie is pretty okay untuk ber-steamboat. Lebih okay lagi kalo mutu sup dapat diperbaikki.
Pesanan azimat kami untuk cikjah, kalo lepas makan steamboat ramai-ramai 5-10 orang, tolong lar kemas-kemas sket meja lepas makan. Janganlah ditinggalkan bersepah macam longkang. Mahu pulak yang makan tu orang pompuan, bini orang, awek orang ataupun mak orang. Buruk kelaku. Terpancar personaliti cikjah di meja makan taw. Pekerja restaurant nak kemas meja pun senang dan cepat. Minta tolong ehh...kemas-kemas sket meja tu. ---thanks!
Tejutt gedikk kat CH. Jangan lupa bawa stoking untuk pakai waktu tidoq.
Sebenarnya kami dah lupa samada kat CH ada fan atau tidak dalam bilik hotel. Kami risau jugak sebab walopun sejuk, still I need fan untuk circulate udara dalam bilik, or else kami rasa lemass.
Ternyata memang takdak kipas di dalam bilik hotel. Alhamdulillah kami tidur selesa sebab penat sangat. Siang tadi masa memandu naik ke CH terperangkap dalam trafik jemm yang tidak munasabah.
Cikjah bayangkan dari Kea farm menuju ke Brichang cuma 2km, tapi kami kena kemut-kemutt sampai 1 jam 15 minit!!! Tak munasabah betoi. Kereta memang bumper to bumper. Lepas tu pulak, ada brain-dead drivers yang potong Q. Depa selit kot kanan dan kiri jalan. Helloo!!! Kami sumer boleh Q awat ampa tak bleh Q? Otak tertinggal kat rumah bawah montot lumbu kar?? Alahai...kesian.
Sorry no way kami nak bagi jalan to those dorky drivers.
Punca utama trafik jemm tak munasabah ini ialah Pasar Malam Brinchang [on saturday night]. Padahal takdak apa pun. Bukannya ada kucin gaduh atau ayam eksiden terpeleott di tengah jalan pun, Sumer okay jar. Ada lar dua tiga ekor lembu parking keta makan jalan sket. Tapi jemm-nya....di luar kata-kata. Sesesak-sesakk Toll Damansara, sesakk lagi Brinchang! OMG...
Hinggakan menarik kami untuk telepon balai polis Brinchang untuk tanya jikalau ada apa-apa yang terjadi, mana lar tau ada pokok tumbang kar, lori tomato terbalik ka kan. Atuk polis dengan gumbiranya abaq kat kami that it was normal. Dengan nada ceria atuk tambah lagi "kadang-kadang kalo cuti sekolah sampai 4 jam"
Errkk....Seingat kami beberapa trip kami ke CH sepanjang 8-10 tahun yang lalu pun memang dah jemm macam nie jugak. Persoalannya di sini, apakah tiada solution untuk permasalahan ini hinggakan memaksa para pengunjung tempat peranginan terkenal di Malaysia ini terperangkap dalam trafik jemm berjam-jam lamanya? Dari pengamatan kami, tiada pula kawalan lalulintas oleh polis trafik di sekitar tapak pasar malam. Namun terdapat 2 pegawai trafik bermotor di tepi jalan sebelum pasar malam. Kemungkinan menyaman pemandu-pemandu lembu yang potong Q - Rasainn!
Itu situasinya jika cikjah dari Kea Farm ke Brinchang ketika perjalanan datang. Untuk perjalanan pulang, again akan terperangkap dalam trafik jemm tidak munasabah bermula dari Pekan Brinchang hingga ke Kea Farm. Azab kalo keta manual. Berasap montott dok dalam keta. Seeloknya, kami nasihatkan cikjah keluar dari CH seawal 3pm. Kalo lewat petang, lagi teruk jemm sebab sumer orang nak balik.
Apa agaknya perasaan residen CH kan? Dengan kehadiran pengunjung yang banyak, kampung halaman depa hampir setiap hari sesak. Mujurlah ramai residen yang bermotor dari kereta...agaknya.
|
Pink Hydrangea. RM60/pot |
Fenat beletiaq pasai jemm, jom kita tengok bunga...hahaaa
Beletiaq bukan sebarang beletiaqq taw, beletiaqq ada tips dan info tu...Ahaks!
Kali nie tak banyak bunga segar di jual di Kea Farm. Sekarang tengah trend bunga segar tahan 2 tahun. Dah letak ubat katanya. Tak perlu rendam air, tapi bunga dok santek muda sampai 2 tahun. Erkkk....ntah lar, sukar untuk kami sahkan kebenaran ini. Dulu kami penah beli, katanya tahan 5 tahun. Tapi baru 3 minggu bunga dak peott. Now, tahan 2 tahun. Dah diskon 3 tahun. Ahaks!
|
Kea Farm |
Jika kami buat perbandingan dengan 2-3 kunjungan kami ke CH sebelum ini dengan trip terbaru ini, memang berbeza sama skali. Kea Farm sekarang dipenuhi dengan longgokan jualan Jagung Mutiara. Jagung manis yang sangat lazat. Makan mentah pun memang dah sedap. Harga sekitar RM10/selonggok/8 batang jagung. Tergantung pada kedai dan saiz jagung. Ada juga yang jual RM10/2 longgok [12 batang]. Kalo dah siap rebus atau bakar RM3.50/sebatang.
Sayuran yang dijual di Kea Farm dan kawasan sekitar juga macam dah tak power sangat. 3 jenis sayuran RM10. Selalunya ada 1 brokoli + 1 bunga kobis + 1 kobis. Mahaii kan??
Kat Aeon Big or Tesco di KL, brokolli RM1.80/piece. Kobis pun baru 2-3 hengget. Memang agak mahai. Pastu kobisnya kecil dan banyak kulit putih. Kami suka kobis yang ada kulit hijau-hijau. Baru lar goreng nampak santek dan sedap.
Kalo dulu datang ada lebih banyak pilihan like batang celery, sexy carrot [sebab dijual bersama pucuk/daunnya], asparagus demok, dan lain-lain.
Sayuran yang dijual pun mostly tahap reject. Maksudnya kurang sesuai untuk di hantar ke pasaraya di ibu kota atau dieksport ke luar negara. Contohnya tumbesaran terbantut, saiz yang terlalu kecil, sayur atau buah kemetot, ada gigitan atau lubang-lubang serangga dan sebagainya.
Namun, dah nama pun datang ke CH, mesti lar cikjah pakat kelabu mata dan teruja. Jadi, Awas! jangan teruja sangat. Pilih-pilih dan jadilah pengguna bijak.
Untuk pilihan strawberry, kami rasa di Kea Farm lebih santek, saiz buah lebih besar dan harga lebih menarik berbanding di Brinchang.
Sadly, gerai-gerai makan di Tanah Rata tutup on Sunday. Frust sebab pagi yang sejuk nak jugak breakfast nasi lemak dengan kopi panas. Dah lar kedai makan kat sini tak brapa semenggah.
|
Pekan Tanah Rata |
|
Motorbike for rent service available in CH tapi rate dia mahai lar... |
|
Pejabat Pos Tanah Rata. Lama betul! |
Kami berkesempatan ke pasar pagi di Pekan Tanah Rata [berhampiran Maybank/Convent school].
Kami teruja membeli sayuran di sini sebab mostly locals pun beli sayur kat sini. Mungkin locals pun tahu, kalo beli kat tempat lain harga lebih mahal sebab ada pengaruh pelancong di situ.
|
Sayuran kampung RM1/ikat ----murah! |
|
Ada daun kaduk |
|
Pegaga yang demok |
|
Kobis macam nie baru best dan tergerak hati nak beli |
|
Sayuran di sini sumernya bersaiz lebih besar berbanding biasa. Geram! |
|
Super demokk |
Comel kan this little girl. Dia ikut nenek dia jual kat gerai. Dok diam baik-baik jar atas basket. Kami gurau dengan nenek dia nak beli, tup-tupp customer sbelah kami cakap dia dah beli dulu...hahaaa
Memang cute sangat sampai customer berebut-rebutt...hehee
Saat paling kami tunggu ketika perjalanan pulang ialah gerai-gerai orang asli di sepanjang jalan terutamanya berhampiran Pos Slim. Kami ternanti-nanti tibanya ke gerai yang jual rebung!
Oleh itu, mata kena tajam. Tak sumer gerai jual rebung. Mostly depa jual madu dan petai. Takkan nak stop each and every stalls, banyak tu. Jadi kami memang fokus pada plastic rebung saja...hahaa
Hinggalah kami tiba di salah satu gerai yang jual rebung. The last 2 plastic bags. Kami beli both. RM5/plastik. Ada lebih kurang 4-5 pucuk rebung. Minta diskon tapi orang asli tak bagi taw...hahaa. Memang happy! Okay, sekarang perasaan puas hati kami dah complete.
|
Salah satu gerai orang asli yang menjual produk kraf tangan |
Tudia! Hasil belian penuh bonet keta.Beg baju sumer pindah depan. Memang suatu keterujaan melampau. Yang penting balik kami masak dan bukan simpan dalam peti ais okay. Ahaks!
Cer tengok, by the time this post was up, kami dah berjaya masak dan habiskan pelbagai sayuran kami. Lazat!
|
Masak istimewa jamu kawan-kawan makan tengahari |
|
Ulaman segar dari CH |
|
Salad lazat bawa bekai pegi office |
|
Masak lemak cili api Pucuk Labu |
|
Sambal tumis Rebung |
|
Giant oranges and strawberries |
Kami tak sopping roses kali nie, cuma waktu turun CH tu ada payung tepi jalan jual bunga kekwa. Kami stopped. Gadis bunga were 2 little girls darjah 6 and darjah 2 di depan rumah depa. Kami beli 3 bungkus bunga kekwa. RM5/bungkus. Dirt cheap! Teruja!
|
Tak ketinggalan kami sopping sayur untuk jiran dan adinda. These are for my adinda dengan ucapan selamat memasak...hahaa |
Sorry lar cikjah, kami memang tak pi tempat-tempat strawberry-merry, cactus, rose and lavender garden and etc. Kami memang fokus scone, steamboat, sayur dan rebung orang asli saja....hahaaaa