Perjalanan ke Universal Studio Singapore bermula.


Untuk makluman cikjah, this was 3D2N trip. Kami ke USS melalui Johor Bahru [JB]. Kami naik flight dari Skypark ke Senai Airport. Bermalam di JB untuk sopping di JPO dan bertolak ke USS pada keesokkan harinya. Kembali semula ke Johor untuk aktiviti makan-makan best di sekitar JB dan pulang ke Skypark dengan flight dari Senai Airport. Kami share pahit dan manis untuk makluman cikjah. Tak aci lar kalo citer yang manis saja. Kalo nak kongsi maklumat kena tepat dan saksama...hehee. Overall sumer manis okay!


Dari JB, kami menaikki bas ke USS. Bas pilihan kami ialah dari perkhidmatan Odyssey. Pejabat Odyssey terletak di ground floor bangunan Tune Hotel. Harga satu USS tiket dewasa beserta return transfer dari JB-Singapore ialah RM200 termasuk SGD10 meal voucher + SGD5 gift voucher. Kalo cikjah nak beli return tiket bas saja pun boleh. RM30/dewasa.

Mulanya kami nak beli tiket USS online direct from Resort World [RW] sebab ada promo yang lebih kurang harganya untuk Maybank credit card holder, tapi ada satu kekurangan bila dibandingkan dengan pakej yang ditawarkan oleh Odyssey. Makanya kami memilih pakej Odyssey sebab no matter what kami tetap akan beli return transfer dari Odyssey. Lebih baik sekali harung saja. Tiket promo dari RW ialah tiket valid untuk satu tarikh sahaja sedangkan bila kami called dan tanya staff Odyssey untuk buat perbandingan, dengan confident-nya dia bagitaw kami tiket oleh Odyssey valid untuk 6 bulan. Pilihan kami jelas di situ. Of course kami pilih tiket dari Odyysey sebab JIKALAU berlaku apa-apa [We never know. Always have Plan B] dan kami tak dapat meneruskan niat kami untuk berkunjung ke USS pada 8 March 2014, sekurang-kurangnya tiket kami tak hangusss! Kami masih ada pilihan untuk ke USS pada tarikh yang lain asalkan within 6 months period. Siapa nak rugi kann?

Tapi entah mengapa kami selalu saja dapat maklumat SALAH DAN TAK TEPAT. Walhal kami terlebih dahulu talipon, bercakap dan tanya orang bertugas untuk mendapatkan sebarang maklumat. Kami nie teliti dan organize orangnya. Tak suka last minute plan, caca  merba dan cincaii saja. You know what cikjah?? Tiket dari Odyssey tu tipu! Staff Odyssey cakap valid 6 months tapi bila kami dapat tiket tu, ia valid untuk satu tarikh sahaja iaitu 8 March 2014. Owh my! Marketing strategy kah? Satu hal lagi bila kami tanya apakah kami akan dapat complimentary meal and gift voucher, jawapan yang diberikan ialah "Tak pasti. Siapa beli cepat dan kalo masih ada kouta memang akan dapat". After kami beli tiket dari Odyssey depa pun antar e-mail kat kami mengatakan confirmed kami akan dapat meal and gift voucher. Yey! happy!!. Bila hari amik tiket, gift voucher takdak-----pulak! tapi kata confirmed.  Bagi menebus cakap ala-ala confirmed tapi tak confirmed kami dipulangkan RM15 bagi  menggantikan gift voucher bernilai SGD5. Small issue tapi again prinsip penyampaian maklumat kepada pelanggan bercanggah. Uh! kesian kesian kesian sungguh. Sesungguhnya orang jujur semakin pupus.


Seawal jam 7am kami sudah berkumpul di perkarangan Tune Hotel. Mengikut jadual, bas akan bertolak pada jam 7.30am, namun pada hari tersebut bas bertolak pada jam 8am. Kami opted for small bus sebab tak ramai dan kebanyakkan passengers adalah bukan keluarga.

Owh my! menaikki bas dari JB ke Singapura umpama bertanding dalam Amazing Race. So amazed!
Berlarian-larian dan naik turun tangga bangunan...hahaaa
Kami terasa lucu dalam hati. Namun Alhamdulillah walopun di sebalik kekalutan dan pelbagai kerenah manusia di kedua-dua bahagian bangunan imigresen dua negara namun segalanya terkawal dan paling penting cikjah kena cekap, alert, pantas dan aktif.  Bersikap pantas is okay tapi awas jangan kasar, kurang budi bahasa and asik nak menyondol jar okay. Salah satu mengapa kami pilih bas kecil ialah tak ramai penumpang dan bila tak ramai penumpang, urusan di kaunter imigrasi lebih cepat. Bas dapat jalan lebih awal sebaik cukup bilangan penumpang.


Untuk makluman cikjah, TAK BOLEH amik gambar di bangunan imigresen Singapore. Nanti kamera kena rampas. Kat Singapore nie sumernya duit. Salah sikit kena denda duit. Yang peliknya dapat pula rakyat dan pelancong ikut peraturan di sini [takut kena bayar ler tu]. Tapi bila balik Malaysia tak bulih ikut plak peraturan mahupun guna akal bertahapkan common sense. Stakat buang puntung rokok, tisu, candy/sweet wrapper atas jalan raya atau di tempat-tempat awam dah tak makan saman. Dah berbuih mulut dok pesan jangan buang sampah merata-rata, tapi tak jalan jugak. Bas atau lori besar tak boleh pandu dan potong di lorong paling kanan pun tak diendahkan oleh pemandu jahat. Kesian Malaysianku. Bila ada peraturan denda atau bayar saman, mulalah kata kerajaan kejam dan tak prihatin rakyat. Aww!

Basement parking di USS. 
Kami tiba di USS pada jam 10.30am. Drop off area ialah di Basement. Naik tangga ke atas dah masuk USS. Untuk pulang, penumpang harus berkumpul di Drop off area yang sama sebelum 7.30pm. Jangan selfish. Hormat penumpang lain dari bas yang sama. Kalo others bleh sampai before 7.30pm mengapa cikjah tak boleh kannn? Bas akan bertolak exactly at 7.30pm. Sorry no waiting. After 7.30pm balik sendiri okay. Bai-bai!
Keadaan basement parking bersih, terang cahaya dan tidak berbau asap kenderaan walopun di kawasan parking bas.

Yeyy!! I am in the USS park. Hoorayy!! Buang satu digit di hadapan umur asal, dah jadi kanak-kanak riang semula...hahaa


Terdapat 7 zones di dalam USS. Dapatkan map sebaik masuk entrance untuk rujukan. Tersedia banyak water fountains di sekitar USS. Bawa bekas untuk free refill saja. Jangan lupa bawa wet tisu atau botol untuk isi air khusus nak masuk toilet sebab here no water in the toilet [kat sinki sumer ada lar] Depa pipi tak basuh...Erkk! *Beyond my imigination pipi tak basuh dengan ayaq---gross*


Sungguh terhibur dengan keletah all characters here. So adorable and real!



Queue for Canopy Flyers ride. Best!  
Ahaks! Kami gelakk dulu okay sebab nak bagitaw cikjah kami tak naik the pemes Transformers Ride and the Revenge of The Mummy or any ride link to roller coaster. Kami tak selesa and fobia. Kalo Matt Damon ada teman naik skali baru kami naik. Without him......uhh nevermind, thank you...heheee. But for cikjah, please go ahead. Have fun!

Kami naik Canopy Flyers pun almost kecutt pelut tapi syukur sebab it flew super fast. Tak sempat nak rasa takut dah abes. So relieved! Waiting time was about 40 minutes. Tapi kami jimat 10 minit sebab dapat potong Q kerna depan kami banyak big groups so depa bagi hat sorang atau dua orang naik dulu. Yeahh!

Kami naik Jurassic Park Rapids Adventure. Takut! sebab kami dah taw how the game works. Kawan kami dah citer. Kami takut lebih kepada bila nak jatuh dalam ayaq. Takut kasut basah, baju basah....hahaa. For this game advisable bawa poncho atau bleh beli di USS. Kami memang bawa poncho setiap kali pegi travel. Beli kat Daiso RM5 saja. Lawa pun lawa.



Battlestar Galactica roller coaster tutup for public. Masih dalam safety review after the crack incident.
Fuhh! nasib baik. Lega.

Sesame Street Spaghetti Space Chase. My most favourite ride. So baby and cute!!!
Excited!


Hampir di setiap attraction or character points akan ada USS photographer ready to snap photo for us.  After 30 minutes cikjah bleh beli gambar cikjah at The Dark Room at certain price as low as SGD20/piece. Jangan lupa posing meletupp okay! hahaa

Pienkcat posing madonna. Aww!






The peak of the tour was the Hollywood Dream Parade at 5pm happening at New York area. 
Ramai orang. Pastikan cikjah be there to get the best spot to enjoy the grand parade as early as possible or else kempunan tak nampak sebab sumer orang pakat berdiri and block the view.
















Terdapat beberapa restoren halal di dalam USS. Alternatively terdapat food court di luar USS iaitu Malaysian Food Street. Cikjah bleh kluar dari USS park untuk ke sini. Simpan tiket USS cikjah untuk urusan keluar dan masuk USS. However, meal voucher [c/w USS ticket] not valid here.

Interior view of Malaysian Food Street

Terdapat hanya dua gerai halal menjual nasi biryani dan nasi lemak.

Nasi lemak with beef. SGD6.50.
Rasanya like so nasik lemak cha-ya-nun-alif. Okay lar sedap cuma tak rasa like the asli nasi lemak  melayu kampung.

Nasi Biryani Ayam. SGD8. Sedap!
Jangan lupa makan sayur!
Chicken salad bought at Mel's Drive-in restaurant  inside USS park. 
Dijadualkan pertunjukan bunga api pada jam 8pm, tapi kami tak sempat nak tunggu. 



Selain main games yang best di USS, cikjah juga bleh amik gambar posing madonna with characters yang kluar. All characters are friendly. Excited! 



Cuaca sepanjang kami berada di USS sangat baik namun agak panas terik dan kering. It make me tired easily.


Tepat jam 7.30pm bas bertolak pulang ke JB. Perjalanan bagi laluan bas sangat lancar dan tiada kesesakan langsung. Namun trafik sangat teruk bagi laluan kereta dari kedua arah JB - Singapura - JB kerana sudah menjadi kebiasaan rakyat Singapura keluar masuk JB pada hujung minggu untuk makan dan membeli belah. Maklumlah bila depa berada di Malaysia, depa jadi kaya. Sebab tu terdapat banyak chinese restaurant besar-besar di sekitar JB. Kebanyakkan pelanggan mereka ialah rakyat Singapura. Trafik dikatakan lebih teruk pada hari Jumaat kebiasaannya.

Kami tiba di Tune Hotel pada pukul 9.00pm. Walopun dah malam, kami bergegas pula ke Kacang Pool Haji untuk makan kacang pool sedap sekali lagi. Nyumm!


Pengalaman di USS?
Well, sangat best!