Pertama kali kami menjejakkan kaki ke Johor Premium Outlet [JPO]. Sambil menyelam minum ayaq kata orang sebab flight kami dari Subang ke JB. Alang-alang nak ke Singapura, ada baiknya juga kami singgah bersopingrama di sini. Yeahh!



Sebaik tiba di Senai Airport pada 7th March 2014, kami bersarapan pagi sebelum bertolak ke JPO. Maklumlah, tetiba flight kami kena re-timed ke awal subuh pagi, tak pasal-pasal kena bangun awai. Uh! Walhal, masa beli flight ticket, kami memang dah budget masa yang sesuai sekitar 10am - 11am for departure. Tak koser nak naik flight di pagi heningg kan...ayam pun tidoq lagi. Tapi nak buat macam mana, depa ada koser nak re-timed flight depa. Bluek! Through out year 2014, kami dah rancang 9 percutian yang dikuasakan oleh Fireflyz. Aiceh! ayat hebat. Namun, baru sebulan tahun 2014 datang menjengah,  3 flights kami dah kena re-timed. Hurmmmm....

Sungguhpun begitu, kami diberi 1 peluang untuk membuat pertukaran secara percuma - terima kasih. Sudah beberapa kali terbang bersama Fireflyz dan setakat ini sumernya sangat bagus dan selesa. Berada di Skypark jauh beda rasanya dari berada di LCCT. Lebih tenteram dan teratur. Mengapa kami selesa dengan Fireflyz, sebab utama ialah dekat. Kami tak perlu rushing ke LCCT atau KLIA. 15 minit perjalanan dah sampai. Kalo naik cab, bayar ikut meter, bukan lump sump amount sehingga RM80/sehala ke LCCT/KLIA.

Untuk ke JPO, kami menaikki bas yang disediakan oleh Causeway Link dari Senai Airport. Sangat sangat mudah, selesa dan murah. Terdapat jadual perjalanan bas. Kami menaikki bas pada pukul 10am dengan tambang RM1.60/dewasa. Giless murah!

Kaunter bas Causeway Link di Senai Airport
Tidak perlu booking atau beli tiket di kaunter. Naik bas baru beli tiket.
Untuk menaikki bas ini, cikjah kena keluar dari bangunan terminal dan berjalan ke arah platform airport teksi. Platform bas terletak di hujungnya.


Keadaan bas sangat selesa dan bersih. Tak ramai penumpang. Waktu kami naik, hanya ada 5 penumpang sahaja. 3 turun di JPO dan selebihnya meneruskan perjalanan ke Legoland.


Perjalanan dari Senai Airport ke JPO hanya sekitar 15 minit. 


Setibanya kami di JPO, perkara utama yang kami cari ialah loker. Tersedia khidmat menyewa loker di dalam ruang kafeteria berhampiran surau dan wash rooms. Maklumlah, baru turun flight bawa beg baju kot kan...hahaa. Nasib baik berjaya bawa satu beg saja.


Loker kat sini canggih macam kat USS. Kena touch-touch screen dan masukkan kata rahsia...Aww!
Tak susah. Senang saja. Ahaks! masukkan duit cukup-cukup sebab no change given.

Terdapat dua jenis loker; besar dan kecil. Untuk loker besar, muat dua hand carry cabin luggage size.
Waktu dan caj yang dikenakan untuk loker besar.
Waktu dan caj yang dikenakan untuk loker kecil.

Kami memilih loker besar selama 4 jam dengan bayaran RM20. Kalo tak cukup 4 jam, nanti kami tambah lagi...heheee. Kalo rasa nak simpan lama, lebih baik amik 1 hari.

Kafeteria yang terdapat di JPO. Luas, selesa dan bersih. tapi ada banyak lalat di atas meja namun terkawal, maybe ada musim atau kawasan ini berhampiran dengan 'sesuatu'. Kami pernah alami banyak lalat di Avillion PD.
Makanan di sini adalah mengikut rate semasa cuma rasa macam tak berbaloi. Kami makan bihun sup ayam berharga RM8.90. Ada bihun dan beberapa helai isi ayam siat saja. Memalukan betul!

Kami order ais kacang tapi taknak ice cream dan chocolate sauce [hairan betul mengapa nak letak ice cream di dalam ais kacang]. Kami minta lebihkan sos gula merah. Peniaga tu terkejut dan bagitaw kami yang ais kacang dia jual sememangnya tak letak sos gula merah. Haaa????? Apa???? kami lagi tertejut! Apa kes buat ice kacang tak letak sos gula merah??? Felik! Ice cream bleh plak letak....ishhhh! 


Pemandangan dan suasana sekitar JPO. Tak dak orang sangat. Tenang rasanya nak bersopping...hehee

Personally kami rasakan sopping at JPO tak best sangat. Kebanyakkan items adalah off season. Tapi sesuai lar kan, off season = cheap price. Mungkin sebab kami dah terbiasa sopping di KL, jadi kami dapat membezakan mana yang mahal, murah, in season or off season. Pakaian terutamanya, sangat tak santek okey. Kami pi sopping kat warehouse sale pun bleh dapat better than here. Kami antara peminat kasut Guess, teruja bila masuk butik Guess ada diskon till 70% tapi kasut yang dijual mak aiii! 6 - 7 inci tingginya. Sapa nak pakai tu? Nak pakai pi mana? Murah memang murah tapi tak sesuai lah...Uh! ---- diskon tak ikhlas jar. Handbags Guess pun dari range yang tak stailista sangat. Sale kat Isetan lagi best...huhuuu. Again, sopping at JPO still value for money.

Barang-barang lain seperti cosmetics & fragrances sangat sangat murah! Waaweeee!!!
Tapi tak sumer range available. Stok yang ada pun macam balance dari warehouse sale or discounted items saja ---sedih. Again,  still value for money.

Kami teruja bila jumpa Butik Lancome. However, only selected items available on the rack. Alhamdulillah, my favourite regular products ada. Yeyy!! Paling teruja bila the price was so damn cheap. Yiippiee!! 40% off from the counter price! Rasa macam nak beli stok untuk setahun...hehee. Sabar-sabar, ada rejeki kita mai lagi okey. Patutlah kami rasa macam malas nak pi counter Lancome at mall beli stock baru walopun sebulan dah berlalu. Rezeki di sini rupanya. Extremely happy!


Both Lancome items purchased at RM376. Kalo kat counter easily RM500. DKNY body lotion purchased at discounted price of RM50. Toink!! What a bargain.



Kalo cikjah peminat barang berjenama, di sinilah tempatnya untuk mendapatkan pelbagai jenama antarabangsa pada harga yang murah. Kalo cikjah tak kesah off season ker, in season ker...no hal. Macam handbags, cosmetics and fragrances who  cares season apa pun kann. Tapi kalo  pakaian kami particular sket sebab off season-nya itu ketara bangat dehh...
Namun, pakaian dari jenama antarabangsa Class A tetap santek, berkualiti dan tak nampak lapuk. Harga selepas diskon pun masih ribu-ribu lemon. Balik rumah bibik cuci masuk mesin basuh. Aww!

Sadly, there is no Zara at JPO. Kalolah ada Zara kat JPO nie mesti best ke bintang!! Cer depa letak Zara, H&M, F21, Berskha and others alike mesti ramai awek datang sopping kat JPO.





Setelah puas soppingrama di  JPO kami bertolak ke hotel penginapan kami yang terletak di Danga Bay. Untuk ke sana, kami skali lagi naik bas. Yeyy! Suka lar naik bas. Dah lama tak naik bas. Sungguhpun ini adalah bas awam, tapi selesa dan bersih. Macam shuttle bas bukan macam bas kat KL yang penuh bangla tu taw...heheee

Kami naik bas ke JB Sentral pada jam 3pm dengan tambang RM3.70/dewasa. Kami tak taw pun jadual bas tapi secara kebetulan setelah puas 5 jam sopping di JPO, kami rasa nak proceed to hotel. Alhamdulillah.  Tak perlu tunggu atau tercari-cari. Bas tiba tepat pada masanya. Tak ramai penumpang. Ketika membayar tiket kami nampak tulisan Danga Bay di pamerkan pada cermin bas, alangkah gembiranya kami sebab bas nie memang lalu di Danga Bay sebelum ke JB Sentral. Setelah diskass dengan abang driver, beliau bleh turunkan kami di kawasan berhampiran hotel kami. Yeyy! Jadi, kami tak perlu ke JB Sentral untuk amik teksi ke hotel.

Platform bas di JPO. Platform teksi juga terdapat di kawasan berhampiran.
Perjalanan dari JPO ke JB Sentral memakan masa selama 40 minit. Owh my! Jauhnya!!!
Bayangkan kalo kami naik teksi, brapa tambang-nyer yer? Aww! Teksi pula bukan teksi biasa. Sumernya airport teksi berwarna biru. Naik bas RM3.70/dewasa saja. Lalalaaaa

Abang driver bas turunkan kami di pedestrian bridge berhadapan Danga Bay. Kami perlu cross the busy road melalui pedestrian bridge kerna hotel kami berada di arah bertentangan. Dari situ kami naik cab sebab agak jauh jugak kalo nak jalan kaki. About 2km. Kalo tak bawa luggage memang tak kesah untuk jalan. Cuaca pulak sangat panas terik. Kebetulan, sangat mudah dapat teksi. Tambang dari pedestrian bridge at Danga Bay ke hotel kami cuma RM4.10.


Taraa!! Inilah hotel kami. First time menginap di Tune Hotel. Kami pilih Tune Hotel sebab ianya memudahkan kami untuk ambik bas ke Universal Studio Singapore [USS] keesokkan harinya. Office bas ke USS terletak di bangunan yang sama dengan Tune Hotel.


Sebut saja Tune Hotel, sudah terbayang caj tambahan dan bilik sempit. Ahaks! 
Yes! sumer itu betul. Late check out pun kena bayar okey. Uh! 
Untuk bilik double room yang kami pilih nie agak selesa. Memang sempit tapi kami tak kesah sebab ianya cuma untuk tidur dan berehat. Yang penting bersih. Lagipun hari kedua seharian kami berada di Singapura. 

Paling kami tak suka ialah tahap kebisingan. So lousy. Pukul 1 - 2 pagi pun masih ada aktiviti keluar masuk bilik, Tutup pintu kedebang kedebumm!! Bercakap-cakap  kuat di lorong bilik dan ada jugak yang dok mai ketuk bilik kawan. Apa jua aktiviti di luar bilik hotel memang jelas kedengaran hingga di dalam bilik. Tensenn sebab tidur tak lena asik terjaga-jaga. Kalo cikjah check-in kat hotel, agak-agaklah kalo dah after midnight tak perlulah berlari-lari, cakap kuat terjerit-jerit, ketawa terkekekk-kekekk ketika melalui lorong ke bilik hotel. Hormatilah guest yang lain. 


Kami juga rasa agak tertipu terkilan sebab sebelum kami beli servis tambahan untuk bilik kami, kami terlebih dahulu rujuk dan baca laman web hotel. Contohnya, kami beli  24hr AC + 24hr TV + 24hr Wifi + Towel + Toiletries pada harga RM33.96. Kami dah baca kat kat Q&A, bahawasanya tempoh 24 jam AC boleh carry forward sepanjang 3D2N penginapan kami. Tidak dinyatakan dengan jelas bahawasanya konsep carry forward ini tidak terpakai pada 24hr TV dan 24hr Wifi [tapi diletakkan under satu pakej]. Tempoh 24 jam untuk TV dan Wifi bermula sebaik sahaja cikjah check-in hingga keesokkan harinya pada waktu yang sama. Haaa!! nampak tak? nampak tak?? ada game aci sembunyi di situ. Haaa....kan dah kena. Padan muka. Aww!
Masa check-in baru kami taw. Tejutt!  Kami checked in pukul 4pm, esok pukul 7am kami dah depart for Singapore sampai 10pm. Bila balik bilik, tibi tak dak, wifi pun takdak. Baik tak bayah beli kan??

Tapi nak argue pun tak guna. Kita pun sedia maklum konsep rangkaian perniagaan syarikat yang satu nie. Satgi dok cakap lama-lama kat front desk, dia charge plak sebab melebihi tempoh service percuma...Ahaks! Nasib baik ada Apple 4G. Pastu WiFi tu untuk satu device jar. Errkk!! Dah guna untuk ipad, iphone dah tak leh....kesian. Nasib baik toilet tak charge ikut brapa kali flush....hahaaa [maybe tengah dalam plan?].

Hanya satu towel diberikan untuk setiap bilik. Walhal towel pun perlu bayar dan masa beli bilik ditanya pula brapa orang dalam satu bilik. Agak-agak lar kan, satu bilik standard lar 2 towels. But I've prepared myself for all these. I brought my own towel and my own toiletries.


Sehingga check-out day pada hari ketiga, kredit AC kami masih berbaki 22 jam. Bleh cikjah bayangkan betapa hanya berapa jam kami spent time dalam bilik hotel selain 8 jam tidur setiap malam? Time tidur kami memang tak on AC. Tak suka. Kami prefer fan instead.

Well, apapun, satu pengalaman menarik sebab ini pertama kali kami menginap di Tune hotel. Paling penting keadaan bilik bersih walopun bilik air-nya have sedikit unpleasant smell. Pulun kami spray minyak wangi. Satu lagi shower kat sini sangat sangat best like very best! Airnya banyak dan kuat. Memang best giles. Front desk were very helpful dan quite informative. Cikjah boleh request front desk untuk panggilkan teksi. Lokasi Danga Bay ini memang terbaik sebab ianya berhampiran dengan pelbagai tempat tujuan yang memang berada dalam itinerary kami. Happy!


Salah satunya ialah Kacang Pool Haji yang terletak di medan selera bersebelahan Bomba Larkin. Memang sedap dan terbaik! 


Bangunan medan selera Bazaar Larkin terletak betul-betul dihadapan jalan utama. Kami menaikki teksi dengan bayaran RM10 [lebih kurang] dari hotel. Untuk makluman cikjah, owner Kacang Pool Haji nie lah yang kawen dengan Wan Maimumah recently tu [URTV plak sekejap].

Rasanya sama sedap dengan yang kami masak hari tu. Ahaks! Walopun kami tak pernah makan kacang pool, tapi kira terer jugak lar sebab bila kami rasa the real kacang pool, rasanya ada di situ dan of course lah Kacang Pool Haji lagi power kan...heheee

Pekerja gerai tengah sibuk goreng telur sunny side up. 
Mesti cuba. Terbaik dan kenyanggg!
Tauhu bakar di gerai Kacang Pool Haji. Sedap! Kuahnya memang rasa lain dari yang lain.
Macam sata tapi sebenanya pais ikan dengan sedikit rasa herba. Kecik comei saja.  Terdapat di gerai bersebelahan dengan harga 7kupang satu.  Sedap!


Satu lagi tempat yang juga tersenarai di dalam itinerary kami ialah Restoran ZZ Sup Tulang yang terletak di Jalan Petri berhampiran JKR daerah dan bersebelahan Bangunan Yayasan Warisan Johor. Kami datang sini dengan menaiki cab dengan bayaran sebanyak RM13 [lebih kurang] dari hotel di Danga Bay. Masa perjalanan adalah lebih kurang 15 minit.

Ramai orang laparr tak tahan sangat dah. Kenderaan 'di-parking' di tepi jalan walopun terang-terangan ianya adalah garisan double line. Harap cikjah tak vongokk macam nie. Jangan susahkan pemandu lain hanya kerna ianya dirasakan menyenangkan diri sendiri.


Kami tiba di sini sekitar jam 10.30am. Memang peak hours untuk sarapan dan minum pagi. Tempat penuh! Hari kerja plak tu. Ramai pekerja dari pejabat-pejabat berhampiran keluar minum pagi [bukan sarapan pagi okay].


Kami minta menu takdak pulak. Terpinga-pinga jugak kami dok pikiaq nak makan apa. Mungkin sebab restoran nie pemes dengan mee rebus tulang, jadi tak perlu menu kot. Sumer orang dah taw kalo datang sini mesti order mee rebus tulang.

Namun terdapat beberapa pondok kecil menjual pelbagai makanan. Tergantung nama hidangan di pondok tersebut.


Kawasan ruang makan di sekitar restoran. Sejuk dan macam kampung saja rasanya di bawah rendangan hijau. Ada ruang bersila atau duduk di kerusi. Kalo makan nasi tengahari lauk campur memang terbaik!




Mee rebus tulang
 Menu paling pemess ialah mee rebus tulang. Terdapat pilihan tulang kambing atau tulang lembu. Kami tak makan kambing, jadi kami pilih mee rebus tulang lembu. Rasanya sedap tapi kami bukan penggemar tulang jadi pada kami biasa-biasa saja. Kuahnya sangat pekat dan bayangkan lah isi serta lemak pada tulang-tulang itu. Awww!! Workout at gym 6 jam pun blum tentu bleh selesai isu kalori taw. Ahaks! Alang-alang dah sampai, kami mestilah cuba.

Sup tulang lembu dan nasi putih

Kami juga order sup tulang lembu dan nasi putih. Sedap! Kami memang suka sup. Sup-nya agak berempah serta banyak bumbu tapi sedap dan tidak berminyak sangat. Nasi makan sket saja sebab dah enjoy minum sup dan makan isi lembu dah jadi kenyang.

Bubur nasi
Hahaa...cikjah jangan ingat kami tamak taw, awal-awal  lagi kami dah berhajat nak order sumer menu yang ada. Next, kami order bubur nasi yang juga my favourite. Sedap! First time makan bubur nasi ada sambal belachan. Mesti order.


Laksa JDT
Kalo ke Johor, mestilah makan laksa Johor. Nick name laksa Johor nie ialah Laksa JDT [Johor Darul Takzim]. Sedap!
Kami frust sebab tak dapat order Lontong. Huwwaaaa......
Lontong dah abes. Nampak sangat orang Johor suka bekpes lontong. Terdapat dua jenis lontong di sini. Lontong kuah [kuah lodeh] dan satu lagi lontong kering [tanpa kuah lodeh tapi ada rendang dan sayuran]. Gulp! kecur air liur dah nie...takdak rezeki kami nak makan lontong.

Sumer makanan ini di-order tanpa mengetahui harganya sebab takdak menu. Total kami bayar termasuk minuman ialah RM31. Berbaloi pada kami sebab makanan sedap dan porsi berpatutan. Selesai makan, kami minta tuan restoren panggilkan teksi untuk kami pulang ke hotel.

Berada di JB adalah satu pengalaman menarik bagi kami. Pernah beberapa kali kami datang ke Johor tapi tidak berpeluang ke tempat-tempat makan atau melawat kawasan sekitar. Turun flight terus ke Mersing - Sibu Island. Turun flight terus ke Desaru. Apatah pula pengalaman menaikki bas awam dan teksi sangat mengujakan kami. Paling banyak naik teksi di JB...hahaa.

Ada satu lagi insiden unik kami lalui. Seorang driver teksi pompuan kami nampak masa kami kat lobby hotel. Dia datang sebab nak amik penumpang. Paling tak disangka, semasa proses bincang-membincang [sebab guess ada 5 orang, teksi hanya bawa 4 orang saja], kakak nie dengan selambanya sedang jilat ice cream McD. Owh my!!! Sambil bercakap sambil menjilat ice cream! pompuan! driver teksi duta kecil negara!. Selesai berbincang, teksi dipandu sambil menjilat ice cream!!!!!! Mana etika sebagai pemandu teksi yang membawa beberapa jiwa lain di dalam kenderaannya dan mana etika sebagai seorang pemandu kenderaan di jalan raya yang mana lagaknya itu boleh membahayakan jiwa lain di atas jalan raya yang dikongsi bersama?


Untuk pulang, kami bertolak dari Tune Hotel ke Senai Airport dengan Skybus. Jangan main-main cikjah, Skybus skarang dah bulih booking online taw. Kalo dulu berdiri depan kaunter 1 hari sebelum perjalanan pun tak dapat nak beli tiket in advance. Sekarang dah bulih purchase ticket online through Skybus wesite. Sangat mudah. Kebetulan terdapat promo untuk Skybus JB. Route baru buka agaknya. RM8/dewasa sehala dari 3 hotel terpilih di JB ke Senai Airport. Inilah pertama kali kami naik Skybus. Namun terdapat sedikit kekeliruan sebab kat tiket [website print out] ia tulis sila tunjukkan tiket kepada kaunter bas 30 minit sebelum naik bas. Sebaik checked-in tercari-cari kami kaunter Skybus di bangunan Tune Hotel namun confirmed takdak. Kami called nombor Skybus and consult dengan kakyam office Skybus;

Kakyam: Takpa, tunggu jar. Bas memang datang samada ada penumpang atau tidak.
Kami: Oooo...okay. Pukul brapa bas sampai? Kata kena tunjuk tiket 30 minit sebelum naik bas. Macam mana kalo bas sampai tapi takdak seat?
Kakyam: Tunggu dalam pukul 3.15pm-3.20pm. Bas selalu tak penuh pun.

Okay...okay got it. Kami dah budget masa untuk ambil bas pukul 3.30pm. Dengan itu, kami punya cukup masa untuk tiba di Airport. Setelah late check-out at Tune Hotel pada pukul 2pm, kami pun lepak di lobby hotel sambil baca suratkhabar. Banyak masa lagi kot 2pm ke 3.30pm. Sedang kusyuk baca suratkhabar tiba-tiba terdengar bunyi hon yang sangat kuat. Laa!! bas skybus dah sampai. Baru pukul 2.30. Uh! Nasib baik kami memang dah standby. Bergegas kami menaikki bas. Dalam bas takdak orang. Kosong. Lepas kami duduk, bas terus jalan. Eh! eh!! baru pukul 2.32pm. Dalam jadual cakap bas tiba pukul 3.30pm. Macam mana kalo ada penumpang lain yang sambil leka dan tak alert? Dengan selambanya turun tunggu bas sekitar jam 3.15-3.30pm? Apakah itu sudah dikira terlepas bas untuk ke airport? Uhh!!! Alhamdulillah syukur sangat sebab kami tak terlepas bas. Sebab tu tak kira apa jua trip, kami mesti buat itinerary dan sentiasa siapsiaga. Apatah lagi kalo melibatkan pengangkutan awam.


Walopun bas singgah di BlueWave hotel dan satu lagi hotel namun tiada penumpang yang naik. kami tiba di Senai airport pada jam 3.05pm. Walhal jadual sebenar perjalanan yang 'di-published' untuk umum ialah 3.30pm dari Tune Hotel dan sampai di Senai Aiport pada pukul 5.30pm. Bayangkan? Sebagai pengguna pengangkutan awam, semestinya kita mahukan a reliable information and services. Janganlah canang lain, buat lain. Kesian pengguna. Cara pemanduan bas jugak agak menakutkan. Potong sesuka hati di lorong paling kanan dan terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan. Dah jadi macam road bully dah. Takut kami kat dalam bas.


Balik di KL, kami semak semula jadual bas dan rupanya terdapat dua maklumat yang bercanggah.
Jadual black and white di atas adalah jadual yang diberikan oleh kaunter Tune hotel kepada kami dan maklumat dari jadual ini jugaklah yang dimaklumkan kepada kami oleh staff Skybus KL sewaktu kami called depa untuk dapatkan maklumat bagi merancang trip kami kira-kira sebulan sebelum bertolak.


Ini pula jadual Skybus yang kami amik dari laman web Skybus sendiri pada 11.3.14. Terdapat kesilapan KETARA pada Skybus 1 dan 2.  Bus route saling bertukar di antara dua jadual di atas. Mana satu yang betul? Masa kami called untuk dapatkan maklumat dari Kaunter Skybus, kami diberitahu hanya 3 waktu perjalanan iaitu 9am, 12.15pm dan 3.30pm dari Tune Hotel ke Senai Airport. Tidak pula dimaklumkan ada satu lagi bas bertolak pada pukul 10.15am, 2.15pm dan 5.15pm.

Kami bukanlah kerekk, tapi apa jua bentuk maklumat yang disampaikan kepada pengguna mestilah tepat. Maklumat sekarang sumernya dihujung jari tapi mestilah efficient and accurate. Kesimpulanya, rancang, kaji dan kaji sesuatu sebelum memulakan perjalanan. Semoga bermanfaat.
Bas mana jadual mana yang kami naik? kami pun tak taw. Janji sampai airport dan tak kena tinggai kapai terbang...hahaaa
Kemungkinan besar kami naik bas 2 berdasarkan jadual dari laman web yang mana kami sama skali tak tahu kewujudan bas pukul 2.15pm.


Apa-apa pun kami suka JB. Tempatnya bersih dan JB sedang pesat membangun. Jelas kelihatan laluan serta lingkaran expressway-nya yang gah, penambahbaikkan kawasan pesisir pantai dan banyak bangunan berunsur sejarah  masih terpelihara baik. In next entry kami citer pasal USS plak okey. Daaa!!