Sudah 14 hari Ramadhan. Alhamdulillah syukur.

Untuk tempoh 2 minggu ini jugak lah belum sekali pun lagi kami menjejakkan kaki ke pasar Ramadhan. Say NO to Pasar Ramadhan di sekitar KL. Yang ditunggu ialah Pasar Ramadhan di kampung jauh nun di Utara sana. Yeeehaa!

Boleh dikatakan hampir setiap hari kami buat kuih / manisan sendiri. Walopun sampai rumah pukul 5pm, tetap gunting daun pandan, uli tepung, goreng cabai bagai. Semangat!
Yang penting puas hati dapat makan kuih lazat dan dapat kongsi dengan jiran tetangga sikit-sikit. Alhamdulillah.

Untuk pertama kalinya kami buat popiah basah sendiri. Dari kulit, inti dan sos sumernya buat sendiri. Sedap plak tu. Ahaks! Tapi agak mencabar nak masak sos cili popiah di bulan puasa sebab tak leh nak rasa over-over...hahaa...namun, tetap meletop dan mencair dalam mulut. Resepi popiah basah nie kami dapat kat online lar of course kan - thank you kepada yg kongsi. Kami adjust sket-sket untuk sesuai rasa.

Popiah Basah [make  18 pcs]

Kulit

2 cup tepung gandum
3/4 air
1 telur putih
2 tbsp cuka
1 tsp garam

1. Campur cuka + garam + air. Tuang campuran air ke dalam tepung. Masukkan telur putih dan adun sebati. Rehatkan 1 jam. Bancuhan mesti lah elastik, liat-liat seperti gam. Tepung tu boleh di lambung-lambung tapi tak menitik. Agak tricky. 

2. Gunakan nonstick pan tanpa minyak. Ambil segenggam tepung dan kepal ditangan, sapu tepung di dalam kuali membentuk bulatan dari luar ke tengah. Angkat lebihan tepung. Yang tinggal di permukaan kuali ialah lapisan nipis tepung. Selepas 1-2 minit dah bulih angkat. Ulangi hingga habis.




Inti 

Udang kepal - Basuh. Gaul dengan tepung jagung dan goreng hingga garing. Tos.
Sengkuang
Lobak merah
Taugeh - celur
Bawang merah dan putih - menumis

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Masukkan garam dan gula secukupnya. Tambah sos ikan lebih enak (optional).
3. Bila sayur agak layu, masukkan udang kepal dan taugeh. Kacau seketika. Siap. Sejukkan.

Sos cili

2 genggam (50g lebih kurang) cili kering - Buang biji dan rebus
3 ulas bawang putih
8 biji buah kurma
2 keping asam gelugur
Garam dan gula

1. Kisar cili + kurma + bawang putih hingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan cili. Goreng cili seketika dan masukkan gula.
3. Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam. Masak hingga pekat seperti paste [40 minit lebih kurang].


Homemade popiah basah yang lazat! Tabur kacang goreng tumbuk untuk tambah crunchy.


Kuih Ketayap [ make 20 pcs]

Inti

1/2 biji kelapa parut muda/putih
1/2 cup gula merah
1/3 cup gula pasir [kurangkan 1 tbsp untuk kurang manis]
1 cup air
Sedikit garam
Daun pandan

1. Satukan gula + garam + air. Masak hingga larut bersama daun pandan.
2. Masukkan kelapa dan kacau masak hingga air gula kering tetapi kelapa masih lembap. Sejukkan.






Kulit

1.5 cup tepung gandum
2 1/3cup air
3 helai daun pandan [potong kecil]
Pewarna hijau
Sedikit garam
2 tbsp minyak masak

Cara: 

1. Kisar air dan daun pandan hingga halus. Tapis.
2. Masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar sebati. Rehatkan 10-15 minit.
3. Lenser tepung di dalam non stick pan. Masak satu bahagian saja dan angkat. Masukkan inti dan gulung kemas. Siap.



 Tauhu sumbat memang sedap dan mengenyangkan ketika berbuka puasa. Yumm! Tauhu sumbat senang jar...takyah resepi lar yer...Ahaks!


Ini pula Bakwan. Bakwan ialah panggilan Indonesia bagi veggie fritters. Memang sedap dan sesuai dengan kami yang hantu sayur!

Bakwan

Bahan:

Kobis Beijing
Lobak merah
Taugeh
Daun bawang
Bawang besar
5 tbsp tepung gandum
3 tbsp tepung beras
Sedikit lada putih
Sedikit Garam
Gula
Air

Cara:

1. Sayuran dihiris sederhana halus memanjang.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati dengan air yang dimasuk sedikit demi sedikit.
Jangan terlalu banyak air cukup sekadar semua sayuran diselaputi tepung. Tepung pula tidak terlalu banyak kerana ia sekadar binding agent sahaja.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Sedap dinikmati bersama atau tanpa sos.




Ketika digeget masih terasa kerangupan sayuran dan lembut tepung yang mengikat sayuran tersebut. Sedap!