Sesungguhnya kami bangga dapat masak dan makan masakan sendiri
di rumah. Kami pasti cikjah juga punya rasa yang sama :)

Amboi! sedapnya hidangan tengahari hujung minggu di rumah ini. Begitu menggoda jiwa. Begitulah hasilnya jika cikjah bijak memilih menu sajian setiap hidangan.  Tak perlu hidangan mewah dan pelbagai. Cukup sekadar mempunyai kombinasi dan jalinan rasa antara satu sama lain. Baru harmoni hidangannya. Aiceh!

Sekiranya sajian cikjah sudah bergulai, tak perlulah nak masak tomyam lagi. Tak matching sangat dah tu...hehee
Lainlah kalo anak nie nak makan gulai, anak tu nak makan asam pedas, datang darling nak makan masak lemak cili api plak...hahh sudah. Nampak macam ada 3 negeri jar kat meja makan. Namun kami tidak menggalakkan ibu-ibu memberi pilihan kepada anak-anak untuk setiap sajian mereka. Ini kerana ada di antara ibu-ibu yang mengamalkan konsep "tanya anak hari ini nak makan apa". Ada 2 anak, maka 2 sajian berbeza. Sorang nak makan sup ketam seorang lagi nak makan ketam goreng cili. Nak manjakan anak pun biarlah betul caranya. Sudahlah kuasa memilih di tangan anak, kuasa memasak pula diberikan kepada pembantu rumah indon. Ahaks! 

Hakikatnya, seorang anak mestilah makan apa jua yang dimasak dan dihidangkan oleh seorang ibu. Ketika kami kecil dulu, apa jua yang dihidangkan di meja makan, itulah santapan kami. Tiada istilah tak suka atau tidak gemar sesuatu hidangan. Justeru, lahirlah generasi yang tidak terlalu memilih makanan mahupun hanya makan lauk tertentu sahaja. Namun, tak salah jika sekali skala ibu masak lauk kegemaran anak-anak sebagai ganjaran atau mengembirakan anak-anak. Pasti lebih bermakna. 

Kalau dilihat anak-anak zaman sekarang, mungkin ramai yang tak makan ikan apatah lagi ikan kering. Hari-hari mak hidangkan lauk ayam. Ramai yang tak makan sayur atau ulaman kerana tiada penekanan betapa pentingnya sajian sayur dalam setiap hidangan. Walau dulu mak cuma hidangkan tiga ekor ikan goreng, namun SubhanAllah cukup untuk satu keluarga besar. Tapi anak-anak kita hari ini dapat ikan seorang seekor. Dapat ipad seorang satu..Eh..eh! heheee

Sambal belacan buah kuini [orang Kedah panggil buah Konen]
dan ulam pucuk janggus dan pegaga

Pada pandangan peribadi kami, suatu tindakan bijak jika anak-anak kita tidak diajar terlalu memilih atau disempitkan pilihan sajian makanan harian mereka kecuali jika ia berkaitan dengan faktor kesihatan. Berilah mereka peluang dan ajari mereka dengan pelbagai jenis sajian kampung, bandar, tempatan mahupun antara bangsa. Agak susah untuk anak-anak menyesuaikan diri jika berada berjauhan dari keluarga atau bersama orang lain. Contohnya kalo mereka berkunjung ke rumah saudara ataupun rakan, bagaimana jika tiada lauk yang boleh dimakan [atau biasa dimakan] oleh mereka? Serba salah dan malu alah tuan rumah dibuatnya. Walhal, anak kita dan kita sendiri yang patut malu kerana gagal mengajar anak-anak kita tentang variasi makanan hingga menjadi seorang yang terlalu memilih tanpa disedari. Ironinya kita sedar namun kita leka dengan nikmat yang diberikan.

Sambal tumis udang
Hari ini, rata-rata kaum ibu bukan lagi seorang surirumah. Majoritinya adalah wanita bekerjaya. Pulang ke rumah selepas seharian di tempat kerja pasti memenatkan. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak memasak atau memastikan anak-anak dan keluarga mendapat hidangan yang baik dan berkhasiat. Syabas! harapan kami cuma cikjah tak amalkan hidangan makanan proses sebagai sajian utama mahupun sampingan seperti sosej, nugget dan sebagainya. Maklumlah nak cepat kan.

Begitu juga dengan makanan segera. Owh tidak! jangan sama sekali. Di sinilah salahnya kita sebagai ibu bapa, anak-anak seawal usia 1 tahun sudah diajar berasa excited walopun hanya lalu di depan McDonalds, KFC, Pizza dan sebagainya. Aduh! kesian sungguh rasanya. Bila anak-anak bagus dalam peperiksaan ibu bapa belanja makan di McD sebagai ganjaran, dah  besar, anak-anak sendiri singgah McD lepas sekolah dan bila dah besar sket dating pun kat McD...Ahaks!
Bila timbul isu boikot barangan negara tertentu, pulun berkobar-kobar tak pi makan dah. Tapi tahan sebulan jar, pastu back to routine...alahaiii.

Pajeri nenas
Semoga cikjah terus diberi keazaman dan semangat membara untuk terus memasak di rumah dan makan makanan berkhasiat dan seimbang. Eh! okay got to go...minyak dah panas nak tumis gulai...bye!