Walopun dah lama kita raya, tapi kami baru nak citer...this post was long overdue! Tak sempat nak blog away sebab busy makan-makan time raya nie.

OOoooo....OOooooo....balik kampung...OoooooOOoooooo balik kampung...
On Friday, sesudah subuh shafie kami bertolak dari rumah. Alhamdulillah, perjalanan lancar walopun banyak kenderaan di atas highway. Sangkut sini sana tu adatlah, tapi tidaklah sangat teruk macam those yang mulakan perjalanan at noon time. PLUS dah advise for those yang drive heading north  sila mulakan perjalanan pada awal pagi sebelum tengahhari. Kami rasa kalo kita sumer rakyat Malaysia follow jadual perjalanan PLUS tu, insyaAllah, jalan sangkut-sangkut dapat dikurangkan. Trafik agak perlahan dari Sungai Bakap ke Tol Juru kerana sebahagian jalan ditutup berikutan pembinaan Penang Second Bridge. Maka, banyak kenderaan berkumpul sebelum tol pada masa yang sama.


Sepanjang perjalanan , kucin comell yang menjadi boss di passenger seat belakang tidorr dalam carrier. Kalo tak tidorr, wajah kucin comell rengutt dot com jar....hahaaa


The Electrified Double Track project crossing Kedah from Ipoh to Padang Besar nearly completed. The track on the left side sumer dah ready. Tunggu nak pasang electric cables jar.


It was Saturday; Raya's eve. Skali lagi sesudah subuh shafie, myself ditemani my niece yang overnight kat rumah [every time kami balik kampung] went to weekend flea market sopping barangan nak  masak for raya. Itulah my duty setiap kali menjelang raya setelah pemergian Ayahanda. Pusing-pusing ulang-alik we all kat dalam pasar tu. Best sangat! Macam-macam ada. Sungguh super ghairah bila melihat ulam-ulaman kampung, sayur-sayur segar yang dijual!


Maklumlah dah lama tak nampak panorama pasar segar kampung yang best macam nie...heheee. Daging lembu fresh bergantungan di setiap penjuru pasar. Kedai santan segar penuh dengan barisan manusia. Pakat beratoq nak beli santan buat ketupat pulut. Abang jual ayam tak putus-putus hangkat parang potong ayam. Menu hari raya fofular di kampung kami ialah Laksa dan Bihun Sup. Memang tabik springgg lar dekat para penjual. Segala ulaman dan bahan-bahan untuk masak dua juadah hebat ini sangat mudah didapati. Rata-rata peniaga menjual daun selom, daun putat, daun janggus, daun kesum dan lain-lain. Memang geram tengok ulaman kampung yang best-best itu.


Inilah hidangan utama di rumah kami setiap kali raya......Bihun Sup Kunin! yang marbelesss


Selain memikul tugasan pi market beli barang-barang nak masak, kami juga merangkap chef hari raya...Aiceh! Setiap tahun kena bangun awal dari orang lain untuk masak hidangan raya. Tahun ni kami masak bihun sup, ketupat nasi dan kuah kacang. As usual, my kekanda supplies ketupat pulut palas dan rendang daging.


Okay, sambung citer pegi pasar tak abes lagi. Nak dijadikan kesah, ketika kami sedang putar stereng kereta nak kluar dari parking, dari cermin pandang blakang kami ternampak seorang makcik tua berbaju kurung dan tudung serba putih sedang berjalan membawa banyak beg plastik dan beberapa batang daun palas melintas betul-betul di belakang kereta kami. Tanpa berfikir panjang,  secara automatik kami terus brek dan buka pintu kereta. Terus kami pelawa makcik tu naik kereta kami sebab kami memang berniat ikhlas untuk hantarkan beliau pulang ke rumah. Pada mulanya makcik tu agak keberatan sebab rumah kami dan rumahnya adalah pada arah yang berbeza. Utara selatan gitu. Tambahan pulak both of us memang tak kenal each other. Totally stranger. Tetapi kami insisted jugak untuk hantarkan makcik tu pulang.

Ketika di dalam kereta, makcik tu cakap, tadi masa datang pasar, dia pun tumpang motor orang. Untuk balik, memang dia dah plan nak jalan kaki. Alhamdulillah, rezeki kami sebab kami diberi peluang terjumpa dengan beliau. Rupa-rupanya, rumah makcik tu jauh sehh! Berkilo-kilo meter jugak. Dalam 6-8km ada kot. Kalo berjalan memang berfeluh, lapaq nasi 2 pinggan, dan dahaga ayaq 1 jag! Bayangkan makcik tu nak jalan kaki sambil bawa banyak barang. Dah lar puasa, sang matahari pun dah mula memancarkan cahaya.

Dalam perjalanan, makcik tu ada lar sembang-sembang. Katanya dia ada 4 orang anak, tapi seorang pun memang tak pernah balik raya dengannya kat kampung. Memang every year, makcik tu raya sorang-sorang. Suami pun dah tak dak. Kesian dan sedih jugak kami dengaq. Rumah makcik tu kat kawasan perumahan. Rumahnya kat lorong belakang dan paling hujung sekali.
Lepas salam, ucap selamat hari raya dan terima kasih, makcik tu jemput kami datang ke rumahnya lagi bila raya nanti :)


Cer teka apakah ini?
Deretan balang jeruk yang lazat. Sungguh mempersona skali. Kecurr air liur lalu depan stall nie. Maklumlah time tu puasa...hehee


Buah kelubi fresh!


Modern display. Kalo 15-20 tahun yang lalu, peniaga display dalam tin, tapi sekarang dalam balang kaca. Nampak kemas dan bersih.


Cikjah tahu ini kuih apa? Inilah kuih tradisional negeri Kedah. Namanya kuih Bunga Pudak. Pemess di sekitar Alor Setar, Jitra dan kawasan sekitarnya. Kuih nie dah hampir pupus. Tak ramai orang Kedah yang pandai buat kuih nie. Nak buatnya pulak sangat susah dan perlukan kemahiran yang tinggi. Kami order kuih nie dari toksu dekat dengan rumah tok kami kat Alor Setar.


Dua hari sebelum raya, kami bawa my mum pegi tesco for groceries shopping. Tudia! dua troli penuh dengan barang-barang dapur. Kalo dulu sebelum balik kampung, kami beli siap-siap barangan dapur kat Tesco KL tapi sekarang dah banyak Tesco kat Kedah...Aiceh! Senang sket :) Kami memang tukang stock up barangan dapur kalo balik kampung, so that nanti my mum dah tak payah susah-susah nak kluar pi kedai beli itu ini bila we all sumer dah balik nanti. Kalo dulu time my dad ada, beliau slalu kata kami sopping grocery macam nak bagi orang pelarian atau mangsa banjir...heheee


Ranggon creepers tengah menjalar naik ke pergola at my dad's house. Kalo tak dah penuh jadi macam bumbung, tapi terpaksa buang sket sebab nak ganti kayu pergola baru. But it started to climb again.



Ada buah nona. Pokok tumbuh sendiri dan sekarang sedang berbuah. Dah lama sangat tak makan buah nona yang harum nie.


Dragon Fruit sedang berbuah sulung.


Kawanan pokok kacang bendi yang sangat  subur walopun my mum timbun tanah di atas kaki lima yang berturap O.O




Kami beli 50 ketoi asam jawa bawa balik KL!!! Ada kakyam, kaknah kirim. Selain tu kami buat buah tangan untuk bagi jiran-jiran dan kawan-kawan di KL. Asam jawa Kedah takdak biji memang tiada tandingan....heheee


Stok rempah nasi daging dan rempah gulai untuk setahun. Tudia!!! selamat bergulai lar kalo macam nie...heheee


Kami tempah ketupat pulut daun palas 5 kilo spesel untuk orang KL makan. Maklumlah , kat ibu kota nie, susah nak jumpa ketupat palas, kalo ada pun tak sama macam yang Kedah punya :)


Beras pulut susu Siam mari in nice 5kg packaging. Buah tangan from my kekanda. Tenkiu!


Cikjah jangan tak percaya, beginilah banyaknya my barang-barang. Kalah cikjah yang ada anak 5! Ini cuma sebahagian, ada lagi 2-3 beg yang blum ready untuk dimuat masuk ke dalam bonet kereta. Memang tak celuih!


Hasilnya, passengger seat kat belakang pun penuh dengan barang-barang. Memang cikjah takleh tumpang langsung.....seyess! memang penuh. Kena beli estima agaknya...tak dapat estima, X3 pun okie...hahaaa. Hinggakan nak susun bagai pun dah tak koser. Main campak-campak jar, janji sumer muat masuk keta dan selamat sampai rumah....adehhhhhh