I was called to write about this topic. But..about what? Hah! I'm not a politician. I'm not any party supporter. Bukannya taksub terhadap kerajaan ataupun menentang mana2 party pembangkang. I am neutral. I am Malaysian. Nak kata myself a patriotik citizen? yes, indeed. Lainlah kalau nak jadi pelarian. Lari sini, lari sana. Asalkan dapat merasakan hidup dan memajukan diri di negara yang aman dan makmur, itu sudah memadai. Tak perlu ribut2. Kecoh sana kecoh sini.
Terbaru hangat di dada2 akhbar dan kaca televisyen berikutan perhimpunan haram di ibu kota. Sekali lagi peristiwa hitam di bulan kemerdekaan berulang. Ketika negara berada dalam tahap kritikal untuk mengawal dan membasmi pendemik H1N1 tiba2 dikejutkan dengan aksi ganas dan biadap sesetengah rakyat negara ini. Ketika PM dan barisan kabinetnya rancak mempromosi dan menanam semangat 1Malaysia di kalangan rakyat, masih ada yang gagal memproses jati diri dan tujuan politik sendiri. Hemmm...amaran dan larangan dari pihak berkuasa terang-terangan di diwar-warkan kepada umum supaya jangan sesekali turun padang untuk menyertai pesta jalanan ini. Tapi, sebagai penyokong yang taat, semua itu diketepikan. Paling sedih, yang tidak tahu apa2pun turut serta memeriahkan majlis. Habis huru hara satu kota. Apa untungnya?
Habis semua kedai di kawasan terbabit ditutup. Peniaga tidak dapat mencari rezeki. Walhal di hujung minggulah, tempat membeli belah di sekitar ibu kota menjadi tumpuan rakyat lembah klang khususnya. Keselamatan orang awam terjejas dan berada di hujung tanduk. Kesesakan jalanraya amat dahsyat sekali. Bayangkanlah kacau bilau, riuh rendah dan perasaan cemas serta takut tiba2 menerkam dri? Pelancong2 dari negara asing juga merasakan kunjungan mereka tidak berbaloi malah mungkin 'mencop' Malaysia bukan lagi negara yang sesuai untuk dikunjungi. Kerosakan harta benda awam tak payah nak cakaplah. Di mana nak letak maruah negara? Apa pandangan negara2 jiran? apa pulak tanggapan negara2 luar yang selama ini ternanti2 akan kejatuhan Malaysia?
Mungkin ada di kalangan kita yang suka negara menjadi kacau bilau, huru hara dan penuh dengan carca merba politik yang tidak berkesudahan..tapi apa manfaatnya kepada rakyat? kepada pembangunan dan ekonomi negara? Mungkin ada di kalangan kita yang mendambakan kehidupan porak peranda yang tidak stabil seperti apa yang berlaku di negara jiran, Thailand? dan negara2 luar yang setiap hari penderitaan rakyatnya menjadi hidangan di dada2 akhbar?
Entahlah..cek bukan orang politik dan cek tak pandai cerita2 politik ni...tapi cek bercakap sebagai seorang warganegara yang inginkan kehidupan yang aman, damai, tenteram dan sejahtera di negara sendiri. Cek bukannya berada di negara asing. Tanah tumpah darahku. Tapi tulah...kerana sikap sesetengah kita yang terlalu bijak mentafsir, yang terima padahnya orang lain.
Cek ni kerap kali jugalah berkunjung ke negara luar, samada untuk urusan kerja mahupun peribadi. Setiap kali rakyat tempatan di negara cek kunjungi tahu cek ni datang dari Malaysia. Senyum lebar mereka berikan kepada cek. Katanya Malaysia bagus dan negara aman. Cek tanpa ragu2 mengiyakan tanggapan itu dan tersenyum lebar sampai ke telinga. Bangga! Tapi sejak dua menjak ni, kalau ada soalan dan kenyataan sedemikian rupa, cek tetap tersenyum jugak tapi berkata2 dalam hati sendiri "Malaysia bagus dan aman. Tapi itu dulu, sekarang mungkin tidak sesuai untuk jolokan sedemikian"....ummmmm...
Bukan resam dan adat rakyat negara ini untuk berdemontrasi dan memberontak liar di jalanan dan tempat2 awam. Tak malukah mereka? Apa untungnya? Di mana manfaat yang mereka dapat? Selesaikah masalah yang kononnya ingin di selesaikan dengan cara perbuatan orang yang tak berpelajaran dan tak bertamadun ini? Itulah kata orang, kalau pantai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.
Come on lah! Hampir semua yang menyertai aktiviti tidak sihat ini separuh daripanya adalah bapa/ayah/ibu/datuk/nenek kepada seseorang. Beginikah mereka mendidik anak2 dan cucu2 mereka di rumah dan di dalam keluarga mereka? Tepuk dada tanyalah minda. Bukankah kita bangsa Melayu ni amat kaya dengan adab dan budaya, tinggi budi bahasa serta sopan santun yang memang menjadi darah daging kita?
Cek sedih dan malu kepada pelancong2 asing. Kerana ada ketikanya cek jua adalah pelancong di negara orang. Cek kesian kepada peniaga2 terlibat dan orang2 awam yang tidak bersalah semata2 berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Mungkin ada yang tidak terasa kerana tidak berada di situasi tersebut. Namun, bayangkan lah kalaupun bukan kita, mungkin ibu, ayah, isteri atau anak2 kita yang ketika itu berada di kawasan terlibat semata2 keluar untuk menghabiskan masa bersama2 keluarga? Tapi lain pula jadinya. Sedangkan kita yang tersepit di kesesakan trafik harian waktu nak ke pejabat pun dah masam mencuka wajahnya...ini kan pulak tersepit di celah2 keributan sebegitu rupa.
Janganlah pulak menunding jari ke pihak berkuasa. Mereka hanya menjalankan tugas. Amaran dan larangan dah pun di berikan namun masih ada yang berdegil. Gemar berpesta jalanan. Di rumah, anak pasti di tenking atau di rotan kalau melanggar perintah ibu bapa. sama saja istilahnya.
Entahlah...kalau dipujuk makin menyebal, kalau marah baru ketawa.
kalau kerbau sekawan dapat dikawali, kalau manusia seorang tidak dapat dimaklumi.
.
Aug 2, 2009
- Author name:
- Pienkcat
- Publish date:
- Sunday, August 02, 2009
- Categories:
- morality and manners
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"