.
Apr 24, 2009
Tajuk citer saya kali ini ialah "kisah kucinn chomell saya"
Memang dari kecik lagi teringin sangat nak ada kucing sendiri. Dulu masa zaman kanak2 family chek memang ada kucinn..tapi yer lar..family cat not my own cat..tapi sayang nyer sama juga :-P
So, disebabkan teringin sangat to have my own cat, pada satu hari lebih kurang 7-8 tahun yang lalu masa chek tengah foya2 kat office kawan chek ni kat PJ, tiba-tiba datanglah ibu kucinn & her ginger kittens berlari kejar-kejaran kat taman berhampiran. Setelah chek soal siasat mamak kedai tu, dia kata itu stray cat..”memang slalu main sini kak”
Aisehh...cun bangat! Maka my friend, chek and few mamak restaurants tu pun bekerjasama menangkap salah sekor anak kucinn itu…quite a wild kitten actually. Maybe not use to be around human. Kesian :-( niat chek cuma satu -nak membela dan bagi kegumbiraan kepada stray cat.
Dapat! chek bawa balik bagi nama APRIL...sebab masa tu bulan April..hehee
Tiba-tiba dikeheningan malam lebih kurang 2-3pagi…chek terjaga dari tidoq...bisingnya ya Allah!...ampunnnn! April was meowing nonstop! sebab power giler suara si April tu chek letak kat luar rumah…tak tahan leiii…sebab takut dia hilang, chek letak dalam kotak (cage blum beli lagi).
Esok paginya tu chek pun turun lar nak tengok si April ni…sekali….
DAH HILANG!!! :-O
La pulok!…pulun chek cari keliling rumah, padang & taman….tak jumpa sampai lah hari ni :-(…kesian April..(berdoserkah chek?..urmmm)
Then, after few months my buddy turned up at my front door with a box. Wow! Dapat hadiah ker? yeyeeee..
Bila buka..ya Allah! Uduhnya…apa menatang ni? macam hitam tak hitam..kelabu tak kelabu..yang pasti berbulu :-P kecik plak tu..ada lar dalam 6-8 minggu umurnya. Tak lalu nak tengok, sbb sebijik macam cake pisang colournya.…tapi chek tatap suka! Asalkan itu k.u.c.i.n.g.
Actually, dulu chek ada p jalan2 rumah kawan chek ni..rumah dia ada banyak Persian cats…demuk2 sumernya..macam selimut..uiii..gerammmnya! maka chek pun sajer lar cakap2 kat dia…"kalau kucinn ko ada baby nanti aku chup satu"…aisehh..sekali after less a year dia call suruh pi pilih yang mana satu…la..la..laaa
First impression was huduh + itam + long hair coat + long legs + big paws + round big eyes. Nice tail -panjang dan kembang. Ala2 persian gitu. Chek pun letak nama cik misai [bukan nama sebenar]...bermulalah episod beliau dalam hidup chek.
Cik misai is a moggie. Her mother is a pure persian (totally black colour) and I bet the father is a domestic ginger cat..sebab tu lar wajah dan hair coat colour beliau sedemikian rupa – Tortoiseshell. Couldn’t recall when was the exact date I’ve adopted her, but she’s 7yrs old now…
As to say thankful to the original owner…after 4yrs chek pun bawa cik misai balik ke kampong halamannya. Rupa2nya mak cik misah is now in heaven :-) Semua saudara beliau pun dah tak ada lagi…dah dibagi2 kat orang ..huhuu.
Masa kecik cik misai ni naughty sangat! Suka gigit kaki..ditendang2 turun katil pun dia naik balik..pastu suka sepah2 rumah..abis pokok2, basket tunggang terbalik.
cik misaipenah hilang for few days sebab gatai keluar rumah tanpa kebenaran!
cik misai penah jatuh from 4th floor twice! Auwww!
cik misai penah kejar kucinn jiran dan gaduh dalam rumah jiran tu! Ceh! Terer lar cik misai!
Ramai mungkin tak tahu..cik misai actually is a mother! What? Yup! She has 9 kittens, tapi summer dah tak der...chek dah donate kat SPCA (barbara, rosalinda, maria and clara), was given away to friends (baba & betty) and 3 died shortly after born -blum sempat letak nama :-(
As a responsible cat owner, I’ve spayed cik misai kat Vet DBKL 5yrs ago. At first I thought pity her...tapi kalo ada byk kucinn dan tak larat nak jaga pun end up neglected, lagi kesian!
Everyone can have a cat. But can everyone be a good cat master? Kebersihan adalah penting. Totally no excuse for this! Cik misai is an inside cat who doesn’t walk outside…no..no! tak bulih nak foya-foya kat luar sana tu…sat gi balik bawa macam2 kotoran degil. Everytime balik kampung or after boarding, I’ll make sure cik misai mandi…tapi masalahnya tak dak vet yang sudi mengroming beliau. Sebab depa sumer cakap cik misai garang. Cehhhh…tak glam tau cik misai ni...Lagipun after heard few scary stories from friends & internet saying that cats teraniaya/tercedera while grooming..fuh! cancel! groom sendiri lagi puas hati. Oleh kerana selalu kena mandi, tengok jer hairdryer cik misai dah hissing and pecut menyelamatkan diri (she hates hairdryer) heheee...
Selain itu, pemakanan kucinn juga perlu diberi perhatian. Sekarang berat cik misai dah 7kg hasil diet Royal Canine.
Tak tau lar nak cakap macam mana lagi...cats are my passion. Sumer cats kat dunia ni ^-^*
And of course my cik misai :-)
Sekian cerita kucinn chomell saya.
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"