.

.

Apr 12, 2012


Gulp!
Set hidangan makan tengah hari yang sangat sangat lazat! Paling lazat sebab masak sendiri di dapur sendiri....heheee
Memang tiada cacat celanya. Blum tentu makan di kedai dapat lauk sedap macam nie kan? Aiceh! hahaaa... Ada Ikan cencaru sumbat cili,  Pajeri nenas,  Sambal belacan nenas + tomato dan Lalapan segar....Bismillahirrahmanirrahimmm....


Ikan cencaru kembar empat. Muka photostate sumer kan.....hahahaaaa


Cili sumbat istimewa. Resepi campak-ria ke dalam blender :)

Bahan:

3tbsp cili mesin atau 10 tangkai cili kering - buang biji dan rebus [lebihkan kalo nak pedas]
1 batang serai
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
1cm kunyit hidup
Belacan
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukupnya
2tbsp kelapa parut [optional]

Cara:

Kisar semua bahan hingga halus dengan air yang minima.  Jika menggunakan kelapa parut, masukkan kelapa parut di saat akhir mengisar supaya kelapa parut tidak terlalu halus. Siap!


Sumbat inti ke dalam ikan cencaru yang telah siap di-garam-kunyitkan dan goreng macam biasa. Fuyyooo!!!
Waktu menyumbat jangan tamak nanti inti abes terkeluar waktu digoreng...uh!


Kesedapan berganda dengan menu Pajeri Nenas yang tiada tandingan lazatnya...heheee
Serius. Memang lazattt.


Dan semestinya ada sambal belacan dan ulaman segar.


Ulaman terung rapuh,  kacang kelisa,  tomato muda dan cili hijau. Cara menghidang ulaman biarlah 'sedap' dan membuka selera.  Galakkan anak-anak cikjah supaya turut 'berulam'. Bukan sahaja sedap malah baik untuk kesihatan.


Teman istimewa ulaman mestilah Sambal Belacan. Tak kisahlah apa jua jenis sambal belacan yang cikjah sediakan ia mesti sedap! Kali nie kami buat sambal belacan nenas dan tomato. Memang berapi dan lazat! Luarbiasa hebat!

Bahan:

4 cili merah
6 cili padi
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Belacan
Sedikit asam jawa / jus limau nipis
Garam
Gula
1/2 biji tomato masak
Sepotong nenas -potong kecil

Cara:

Kisar kasar semua bahan kecuali nenas dengan air yang minima. Masukkan potongan nenas dan kisar semuanya ke tahap 'medium fine'. Siap!


Wahhhh!! Selamat mencuba. Gerenti makan tengah hari cikjah bergegarr lagi hari ini...heheee

Apr 10, 2012

Nak update Projek Selom :)


Seminggu selepas diubah ke dalam pot [as per my previous entry].


Selepas 3 minggu, inilah perkembangannya. Tiada serangan penyakit, ulat, belalang atau semut hitam....Alhamdulillah.


Selepas 4 minggu inilah hasilnya! Boleh tahan jugak, cuma kami blum taw bila nak 'tuai' hasil sebab blum berkira-kira nak masak apa...lalalaaa


Apr 9, 2012


Owhhhh tidak! Inilah masakan kampung yang sentiasa menjadi igauan menggamit memori kami. Cuma, kalo di kampung resepi ini di masak menggunakan siput paip dan bukannya kerang.

Pheewww!!! sedap terangkat cikjah. Gulai siput paip dan daun kaduk. Kombinasi yang perfect! Tapi sayang, kali terakhir kami menjamah resepi lazat ini ialah hampir 20 tahun yang lalu....sedih....
Mungkin sebab utama ialah siput paip dah pupus di zaman sekarang. Amat sukar untuk jumpa siput paip di market sekitar Kedah. Orang kampung atau pesawah padi pun dah tak cari siput paip dah sekarang nie. Depa dok pulun main iPad tepi bendang jar la nie....heheee

Tapi tak per, tak dak siput paip, kita ganti dengan kerang....yeehaaa!
Alkesah, Gulai kerang dan daun kaduk ini adalah masakan istimewa dari Thailand. Kami pun tak taw. Kemungkinan besar, resepi ini dikongsi antara Thailand dan Negeri Kedah adalah tidak mustahil, sebab faktor geografi dan penempatan yang berdekatan. Sebenarnya banyak masakan Thailand yang diserap dan dijadikan menu harian penduduk di sekitar negeri Kedah.

Daun kaduk kat backyard garden kami pun memang sedang tumbuh hebat, so apalagi....jom kita masak the awesome Cockles and Wild Betel Leaves Curry!


Bahan-bahan:

Kerang
Daun kaduk
2 . 5tbsp rempah kari
1tbsp cili mesin
1 labu bawang besar -kisar
2 ulas bawang putih -kisar
3 hiris lengkuas -kisar
1 inci kunyit hidup -kisar
Bawang merah + bawang putih -menumis
Serai -ketuk
Daun kari
Cili padi
Santan [1 biji kelapa]
Garam dan Gula
3 asam keping


Cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan serai hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Bancuh rempah bersama bahan kisar dan cili mesin dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk. Biarkan rempah mereneh hingga sedikit kering dan naik minyak.
  3. Masukkan santan dan asam keping. Masak hingga mendidih.


4.  Masukkan kerang dan cili padi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biarkan mereneh hingga kerang masak.


5.  Masukkan daun kaduk dan biarkan gulai mereneh selama 8-10 minit supaya daun kaduk kecut dan 'flavour-nya' menyerap ke dalam gulai. 


Siap! Cukup memikat selera!!
Kalo cikjah rajin, kerang bolehlah direbus dan  dikupas terlebih dahulu  dari kulitnya sebelum dimasukkan ke dalam gulai. Tapi kami suka masak dengan kulit kerang untuk presentasi dan hidangan nampak lebih asli dan menyelerakan :)



Gulp! atas meja ada Gulai kerang dan daun kaduk, ada Sambal udang petai, ada Mieng Kham dan Ayam goreng tumbar jintan.
dan nasi jangan lupa okay! heheeee


Mentalnotes: Daun kaduk adalah rahsia penyedap gulai ini. Daun kaduk mempunyai rasa dan bau herba yang unik. Tidak hairanlah ia mampu membuka selera sesiapa sahaja terutama penggemar ulaman kampung :) Happy trying  cikjah!


Apr 5, 2012

Wahhh!!! inti karipap daging tengah simmering dalam kuali....urrmmmmm....bau best jar nih!

Malas nak baking-baking, terasa nak buat kuih Malaysia plak lar.
Jeng! Jeng!! projek karipap daging on weekend. Kesedapan tiada tandingan! Sementara kami rehatkan doh kulit karipap, kami tumis inti dulu.....phewww! terangkat dapur kami cikjah. Kami guna homemade rempah daging yang dititip istimewa oleh kekanda kami dari Kedah nun...tapi cikjah guna rempah kari biasa pun sedap jugak ....hehee


Kami memang beef fan, kalo buleh nak masak apa-apa pun nak guna daging. Lebih flavourful berbanding ayam. Setengah orang tak suka letak daun sup dalam inti karipap, tapi kami suka sebab ia membuatkan inti karipap lebih wangi.


Tara! inti karipap daging yang superhebat sudah siap, mari kita kelim karipap....erkkk! cikjah bleh tulun kelim karipap kami tak? tak larat taw kelim karipap nie....rasa macam nak nak buat satu GIANT karipap. Nah! seketoi karipap siap! hahaaaaa

Bahan:

5 biji ubi kentang  -kupas kulit dan potong kiub kecil
Daging lembu  -terlebih terkurang. Banyak daging lagi sedap. Potong kiub kecil
1 paket rempah kari daging
1tbsp cili mesin
Daun kari
Daun sup
Bawang merah + bawang putih  -tumis
1 bawang besar + 3 bawang putih  -kisar
Sedikit kulit kayu manis / bunga cengkih / bunga lawang
Garam dan gula
Air secukupnya

Cara:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Bancuh rempah kari bersama cili mesin dan bawang kisar dengan sedikit air. Masukkan ke dalam periuk. Masak rempah hingga naik minyak dan sedikit kering.
  3. Masukkan daging. Renehkan di dalam rempah selama 10 minit. Masukkan air secukupnya dan ubi kentang.  Jangan masukkan air terlalu banyak. Cukup sekadar menenggelamkan ubi kentang dan daging.  Ingat cikjah, we are cooking inti karipap daging, bukan gulai daging!...heheee... Jika kurang air, boleh tambah lagi kemudian. Masak hingga daging dan ubi kentang empuk dan kuah sedikit kering. Tapi awas! jangan sampai ubi kentang hilang teksturnya okay. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.                                                                                                                              
  4. Masukkan hirisan daun sup. Gaul sekata supaya wangi daun sup meresap. Renehkan dalam 5 minit dan tutup api. Siap! Biarkan sejuk sebelum diguna.


Apr 3, 2012

Hari nie nak beletiaq sket pasal manusia yang suka sangat merokok.
Sedap sangat kah rokok yang busuk tu? Lazat sangat kah sampai ada yang sanggup hisap rokok sambil berak??? Eeuuwwwww....grosss!!!!
Bangun pagi terus sarapan rokok, buka puasa sanggup tak makan dulu tapi wajib terus hisap rokok.....alahai.

Mungkin pada kita bila tengok lelaki merokok adalah biasa, tapi macam mana pula bila tengok perempuan merokok? huh! For me satu saja istilah tepat for a smoking lady.....you just like a B*tch ... Opss!


But it's true.  Dah banyak kali pengalaman kami terjumpa pompuan macam nie kat tempat awam. Yang bestnya pakai baju kurung comel elok, tapi lepas makan....tudia! asap kepoi-kepoi kluaq kot mulut macam serombong kapai...cool lar konon....erkk! Dan paling mengejutkan bila kami pernah terjumpa pompuan bertudung tapi hisap rokok...apakah??!!....ada cikjah, jangan ingat tak ada. Tapi kami think positive lar untuk dia, mungkin dia tengah sakit kronik sekarang, dari dia membunuh diri terjun bangunan atau lombong which is haram in Islam, mungkin itulah cara dia membunuh diri secara halal kot...

Mungkin tidak terlalu keterlaluan jika kami bahasakan orang yang merokok sebagai BONGOKK kerana acapkali mereka ini tanpa segan silu merokok dan menghembuskan asap rokok di hadapan anak dan isteri kesayangan mereka sendiri. Mungkin mereka celik akal, berpelajaran tinggi tapi sayang, perkara semudah  bahawa merokok itu membahayakan kesihatan siperokok dan adalah lebih merbahaya kepada orang sekeliling [secondhand smoker] tidak dapat diproses oleh akal dan difahami oleh minda untuk terus tersemat di kalbu mereka....kesian...


Memang agak sukar untuk kita menangani isu yang tampak mudah ini. Kerajaan dan banyak badan NGO sudah membelanjakan jutaan ringgit semata-mata untuk "kempen jangan merokok" tapi hasilnya memang tidak berjaya.  Tips kami untuk cikjah,  jika  makan di luar  dan ada orang bongokk merokok berhampiran meja makan cikjah, jangan segan silu untuk terus bangun dan pindah ke meja yang lain. Itulah yang selalu kami buat. Kerana tindakan ini secara halus adalah satu PENGHINAAN kepada perokok bongokk. Itupun jika perokok bongokk itu faham....maklumlah....bongokk.....hahaaa
Bila dah pindah meja tu jangan lupa buatkan skali aksi kipas-kipas hidung dan batuk kronik. Mesti depa terasa punyalah. Tapi sebab depa bongokk so depa pretend nothing lar kan, 'cover asshole' kata omputih, padahal dalam hati tersinggungg berbakull tue...

Jika perokok bongokk nie boleh sesuka hati tanpa akal merokok di tempat awam walopun ada atau tidak ada signboard 'kawasan larangan merokok', kita yang nonsmoker pun boleh sesuka hati buat apa saja yang kita suka terhadap mereka. If you don't care, I am 100 times more don't care about you!

Memang lar hak nko untuk hisap rokok, tapi janganlak nko nafikan hak aku dengan sesuka hati merokok di depan aku okey!


Kami memang benci bau hasap rokok. Busukkk! kalo kami kurang bernasib baik, sometimes kat gym kami kena cycling next to idiot smoker in RPM class. Ya Allah!!! the breath, the sweat and the body odour smell like shit! Rasa nak termuntahhh!!! uwekkk!!!


Talking about this, teringat pengalaman kami berhenti rehat dan makan di satu RnR PLUS highway. Jarak meja makan di RnR kan dekat-dekat about 2kaki jar from each table pastu pulak penuh dengan manusia. Memang crowded dan sesak. Tiba-tiba ada sepasang suami isteri duduk di sebelah meja kami. Bila duduk saja, terus si suami hisap rokok. Apa lagi, kami yang sedang sedap menyuap makanan ke dalam mulut terus berasap satu badan, and I said "As Salam, bang boleh tak tolong jangan hisap rokok kat sini" sambil menggoyangkan jari macam kat dalam iklan tibi tu. Cikjah tahu apa reaksi si suami aka perokok bongokk tu?....... Tanpa bersuara dia terus jeling kat kami sambil menunjukkan reaksi muka 'suka hati aku ngannn' sambil bangun dari meja. Namun wajah si isteri dah merah padam kerana malu. Si suami itu pulak tak dapat bersuara kerana dia tahu memang salah dia merokok di hadapan orang lain macam tu. Terkedu dia dowwhh. Padan muka!

Owh ya! ada satu lagi tips dari kami dedicated istimewa untuk perokok.
Daripada ampa perokok bongokk buang duit beli rokok yang mahal tapi busuk lagi membunuh, adalah lebih baik ampa mencarum polisi insurans, sebolehnya medical atau life insurance. Ampa pun untung bila polisi dah matang. Ampa pun lega kalo tiba-tiba ampa jatuh sakit atau dapat kanser paru-paru, bleh claim insuran. Takpun kalo ampa bertemu ajal sebelum polisi matang, untung keluarga ampa sebab bleh dapat duit insuran ampa......urrmmmmmm.....think about it okay!



My photo
Malaysia
I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"