Alhamdulillah. Kami berkesempatan pulang berpuasa bersama keluarga di kampung. Best sangat!
Senang masuk kotak semua. Selain baju raya dan biskut raya, dalam kotak tu juga ada kerepek raya...hahaa
Siap pesan kat ticketer tu kotak nie super fragile. Alhamdulillah, sumer barang selamat. The box was handled with extra care. Tenkiu Fireflyz!
SubhanAllah! Cantiknya negeri kami Kedah! heheee...orang negeri lain jangan jeless okay.
Sekarang memang musim padi tengah menghijau di sekitar Kedah. Awesome sangat!
Macam karpet raya! hahaaa
Hari pertama di kampung, kami iftar di rumah kekanda. Owh tidak!!! Lihatlah kehebatan gambar ini...hahaa
Kekanda masak nasi daging meletop! Memang meriah buka puasa di kampung. Suka!
At my kekanda's backyard. Cantik betul sawah padi sekarang nie.
Selain pulang berpuasa dan iftar bersama keluarga, tujuan lain ialah untuk membersihkan rumah Ayahnda. Sesudah subuh, kami terus ke kubur. Takut kalo lambat-lambat nanti matahari dah naik. Hangat lit-lit kat Kedah sekarang nie. Hangatnya memang luar biasa. Kami start pukul 7pagi sampai pukul 11am. Fuh! Puas hati dan dahaga [hahaaaa....sket jar].
Rumah Bonda kami dah siap kemas. Dah cuci peti ais, dah cuci bilik air. Langsir sumer dah cuci dan gantungkan langsir baru. Barang-barang dapur untuk raya sumer dah siap beli. Baru lah senang hati. Sekarang giliran rumah Ayahnda pula.
Bersemangat! Rumput tebal hingga mencecah 5 inci.
Tudia! sampah terkumpul. Pesanan kami untuk cikjah, jika bersihkan kawasan kubur, mohon jangan lupa bawa plastik sampah bersama. Ikat elok-elok dan buang di tempat sampah. Janganlah cabut-cabut rumput atau sapu daun pastu longgok kat tepi kubur orang lain plak. Tak baik okay.
Dengan cuaca panas, malam lepas teraweh memang kick abes dapat makan ais kacang. Believe it or not Cikjah, ais kacang nie harganya seringgit? owh my! Sedap plak tu. Ishh...
Gaya baru packaging Puding Karamel. Nampak lebih kemas dan bersih |
Salah satu keajaiban berpuasa di kampung ialah Bazar Ramadhan-nya. Memang best giless. Makanan sedap, bersih dan murah. Nak parking pun senang.
Gulai batang pisang yang cuma ada setahun sekali. |
Selalunya gulai ini dimasak bersama daging. Lazat! |
Ikan pekasam goreng live. Mahal jugak sebab mungkin sekarang bukan musim ikan sungai. Susah nak dapat ikan sebab musim panas kemarau. Harga empat ekor ikan pekasam belum goreng ialah RM7. Mahaii kan |
Cucur udang kuah kacang. Memang hanya terdapat di Kedah...hehee |
Rempah basah. Segala macam rempah sumer ada. Untuk sekali masak, harganya RM2 |
Inilah yang paling top dan berada di carta nombor satu kalo di Kedah ketika bulan Ramadhan.
Ulaman segar untuk nasi kerabu. Yeyy!!
Seikat cuma RM1. Pelbagai jenis daun ulam kampung berserta serai dan lengkuas di dalam setiap ikatan. Memang complete. Balik hiris halus-halus saja.
Partner untuk nasi kerabu atau nasi ulam ini ialah sayur keladi. Terkejutnya kami bila melihat batang keladi yang sudah siap disiang dijual dengan harga RM2/bungkus. Super cheap! Paling takjub dah siap siang. Confirm tak gatai. Tak payah nak renyah-renyah balik rumah nanti. Memang hebat lar orang Kedah ni. Aww!
Kalo kat KL, batang keladi dijual tanpa siang. Paling takut kalo dapat keladi gatai. Uh! Kami dah penah kena.
Sebab tak tahan, kami beli 5 ikat ulaman nasi kerabu dan 2 bungkus batang keladi siap siang bawa balik KL. Tahan lebih kurang 3 hari jugak. Maklumlah, kena tunggu weekend baru bleh masak. Syaratnya jangan kena air. Keladi tak perlu dibasuh sehinggalah bila nak masak. Kami simpan dalam peti ais.